Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 2 June 2017

Sebelum Permusafiran

Salam 7 Ramadhan....

Hari ni nak masak apa ek? Aduh lahai..... habis idea dah weyh rasanya walau baru 7 hari puasa...

Semalam mak masak kari daging, sayur kacang buncis goreng dengan telur, ikan goreng, sambal tumis lebih semalam. Sahur, kami tak makan nasi. Tema sahur mak, makan apa yang ada haha.... TLBD memang nak makan koko crunch sepanjang sahur.  Jadinya memang senang banyaklah keje mak pagi pagi, buat air panas aje hihi......

Sama macam adik Dana, anak Mak G, anak Kanda Zakie, Isnin depan Angry Bird akan daftar matrikulasi. So insyaallah pagi esok sesudah subuh, mak anak beranak akan memulakan perjalanan ke satu destinasi. Maklumlah tempat jauh, beratus batu, haruslah masa perjalanan pun panjang, ambik masa 2 hari 2 malam you haha....

2 minggu lepas lagi dah cari baju kurung basahan untuk pakai pergi kelas. Cari kat Kenanga, dapatlah sepasang Rm50 henggit. Kain pun cantik, licin, kira ok sangatlah tu. Rasa macam nak round Kenanga lagilah pulak hehehe....macam tak puas pulak pergi hari tu.

Yang kuning tu baju mami aka nenek. Nenek suruh pilih baju baju lama nenek. Ambiklah jugak 2 pasang. Buat tampung tampung pakai hari yang tak sempat basuh baju tu. Nasiblah sesaiz dengan nenek. Sebenarnya baju kurung lama mak ada je tu, tapi malangnya anak beranak tak sesaiz. Kalau mak nak alter, boleh, tapi dah macam buat baju pulak kekdahnya. Nak kena kecikkan badan, potong bawah, potong lengan...... haih!! Tak kuasa ah mak puasa puasa ni, haus! haha......
  
Beg 4 roda yang baru beli hari tu, abang dah karo pulak. So pakai ajelah beg lama dik. Nak cari beg baru boleh tahan mahal jugak weyh! Rata rata dalam Rm150 seketul, itu pun yang saiz sedang. Tetiba pulak sawan bakhil mak sampai haha.......   Tu pun ada benda yang belum masuk lagi tu. Nampaknya kena tambah satu lagi beg ah. Tau ajelah budak perempuan, macam macam yang nak dibawaknya...

20 comments:

  1. selamat masuk matrik Angry Bird. orang perempuan, pi mana pun mesti berbondot2 begnya kan. dari sekecik2 benda sampai sebesar2 alam benda nak dibawa. Hihihi. faham sangat. kita kan orang perempuan jgak. 😁

    ReplyDelete
  2. Moga perjalanan dirahmati Allah .. moga selamat pergi dan selamat kembali ..

    ReplyDelete
  3. oo dah pergi meninggalkan mak ye...selamat membawa diri angry bird
    JanjiKita

    ReplyDelete
  4. Jgn nangis tau slps hntar anakanda... Itu jer kita nak pesan... ^_^

    ReplyDelete
  5. Semoga semua di permudahkan urusan kak nom. Sedih tu berpuasa di perantauan. Teringat masa study dulu. Huhu.

    Jom g kenanga lagi. Ana esok baru nk ke kenanga cr baju raya. Murah dan cantik. Hehe

    ReplyDelete
  6. Tengok beg2 tu mesti dah sayu hati kan nom...jgn kata tidak ya,akak dah faham sngt dh...hihii
    Yalah kan matrik memang kena pakai baju kurung utk pi kuliah ,tu yg standby baju lebih2.Iqa masa Asasi uitm pun kena pakai baju kurung,makcik dia yg slim mlim lh yg banyak bagi baju.Kalau nak harap baju akak mahunya jadi kelambu berjalan pi kuliah...hahaa.
    Anak sedara akak smlm dh daftar kat Asasi.Sama lah mcm hainom ank 3 ...sblum ni tak pernah berjauhan...mujur dpt tak jauh.
    Apapun akak doakan perjalanan Hainom sekeluarga dipermudahkan pergi dan balik.

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan urusan hainom sekeluarga..

    Anak masuk asrama ke.. U ke..
    Mmg byk barang nak dibelikan nom..
    Beg anak perempuan mcm tu lah ada saja yg nak diangkutnya..
    Mesti sedih kan nom...
    Dah lah jauh ke utara sana..

    Semoga AB terus cemerlang..

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan urusan kak hainom sekeluarga, teringat pulak zaman belajar dulu. Mak jugak yang paling bz sediakan barang..haha

    ReplyDelete
  9. Mia anak beranak tolak babanya, sahur mesti nak makan nasi, lauk tak kisah, telur goreng pun jadi ..
    Pompuan okje, kalau boleh satu lemari pun nak dibawanya.

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada AB, maknya, bapaknya.
    Study smart bukan study hard.

    ReplyDelete
  11. Selamat bermusafirlah ya...
    Semoga semua urusan family HoKjer dipermudahkan dan berjalan lancar hendakNYA

    ReplyDelete
  12. Selamat bermusafir kak hainom ��

    ReplyDelete
  13. Tu Kira kecik beg tu mak, ank aku lelaki tapi begnya besar entah happy yg disumbatnya, nasib ada beg haji yg beso tu. Hari tu beli streka, bawak water heater, hanger semua bawak, bantal..nasib baik tilam tkyah bawak.. haha

    Semoga ank kita dlm peliharaan Allah kan mak. Ank ko la jauh peginya, nk pegi jenguk jauh tu. Ank aku nasib tk pilih matrik, kalo tak pegi perak dekat2 dgn ipoh nun jauh gak.

    ReplyDelete
  14. semoga selamat semuanya mak, berjauhan dengan anak, sayu juga hati mak kan. insyaAllah dipermudahkan urusan anak

    ReplyDelete
  15. Lepas ini mak rindu la kat angry bird.
    Selamat berlajar buat angry bird
    Belajar rajin-rajin yea.

    ReplyDelete
  16. kak hainom !! Lazada tengah jual beg roda besar dan murah tu.. hee~ g tengok g..

    ReplyDelete
  17. untung la mkn angin bln puasa..hihi

    ReplyDelete
  18. haha, mak cari lah kat econsave ke giant ke, ada je beg murah harga rm 50 macam tu.kalau kain berkualiti boleh tahan lama

    ReplyDelete