Apa apa pun boleh

Salam Khamis.....

Tadi baca blog Ann Ishak. Dia ceritalah yang hujung minggu hari tu dia bekfes Kuih Raya, esoknya bekfes Kerepek pulak, yelah.... misi nak menghabiskan saki baki kuih Raya Puasa sebelum Raya Haji katanya.

Samalah kita Ann..... 2 x 5 sepuluh haha..... Mak pun kekadang bekfes kerepek jugak..... Yelah, manalah nak habisnya korang, kalau mak sorang yang tukang makan. Orang dalam rumah ni semuanya tak mandang weyh kuih kuih Raya, kerepek kerepek ni. Nak bekfes spesis macam ni, lagilah tidak. 


Kekadang bekfes Kuih Tart jugak haha..... 
Bekas kuih Raya pun ada lagi atas meja tu ha..... Nenek Kebayan katanya. Sawan nak mengibas tongkat sakti belum sampai. Sekali dah rajin mengibas kang..... dengan orang orang sekali mak libas! Eh.......

Separuh orang, bab bab makan ni kena proper, kena betul betul bekfeslah kata orang. Kena duduk atas meja, kena ada mee goreng ke, kena ada nasi lemak ke,  roti bakar ke....

Tapi untuk mak, apa apa yang ada pun boleh jadi hidangan bekfes. Ayam panggang lebih lauk malam tadi pun jalan haha...

Korang macamana pulak?


Comments

  1. Den pun ado lagi kuih rayo nom..
    Jumaat nak eksport kat anak kat asrama..
    Biar dorang abis kan berjemaah..
    Tak dayo den nak abiskan sorang2😆

    ReplyDelete
  2. Nasib baik Kak Ton ambil langkah berjimat cermat membawa nikmat gitu. Kuih raya Kak Ton serdak pun tak nampak atas lantai sebabnya tahun ni tak beli pun kuih raya. Kak Ton main letak aje apa ada atas meja. Yang datang tak roger, silaplah. Minum sirap je, tak pun air gas. Hahaha!

    Kak Ton kalau breakfast mesti nak cari lontong, Mak. Nasi lemak,roti canai ni kurang sikit. Tapi kalau takda lontong, mulalah Kak Ton menyasau makan bukan-bukan ^_^

    ReplyDelete
  3. Baaanyak laaaaagi nampaknya kuih raya Mak tu. Simpan raya haji je la Mak, jimat poket pak jilap :D

    Saya bekfes kena heavy Mak, kuih raya kerepek buat kudap2 tengok TV bole la.

    ReplyDelete
  4. akak xde la nak proper sangat bab makan... hehehe... klu majlis formal mesti akan cari geng makan yg x proper sgt...

    ReplyDelete
  5. saya ni makan je apa yang boleh asalkan perut berisi...oiii kuih raya banyak lagi tu, kalau kat rumah saya tu sekali hadap je habis, orang2 kat rumah ni sukalah sangat kuih raya dan kerepek2 ni haa

    ReplyDelete
  6. wah..banyak lagi stok biskut raya akak..:)

    ReplyDelete
  7. Simpan lama2 bahaya kuih raya ni
    Takut dh luput tarikh.
    Rasanya pun dah kureng

    ReplyDelete
  8. kuih raya kalau bawak pergi office memang licin. semua balang dah kosong hihi. Singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)

    ReplyDelete
  9. kita geng mak. apa ada boleh ngap saja. tak payah pinggan cawan ait panas bagai. hihihi. tapi pak mertua jenis proper orangnya. selalu kena 'sound' sebab umi cucu dia ni sempoi sangat kot. 😅

    ReplyDelete
  10. Saya bekpes selalu kena makan jenis yg bekpes punya. hahaha. nak nasi lemak kuih muih cenggitu.

    ReplyDelete
  11. Sama la... Asal boleh habiskan lauk semalam, kita kebas je...

    ReplyDelete
  12. saya pun pepagi nestum secwn cukup dah buat alas nak kluar ngantar anak2 sek,time balik tu mulalah karipap nasi lemak semua ada tetepi jln tu..hihi
    err..biskut byk lg tu, anak2 mak dh besar jaga badan semua, kalau anak2 saya kerepek2 ke kuih tart gitu..seminggu raya, selesai semua dah.

    ReplyDelete
  13. OK ke apa makan kerepek untuk bekfes. LL no problem makan apa2 pun macam Hainom jugak. Ada kelainan betul tak? Boring jugak asyik makan mee goreng atau roti bakar.

    ReplyDelete
  14. makan saja apa yang ada mak, janji kenyang..hehe

    ReplyDelete
  15. Kalau saya..bekfast apa pun ok. Tapi kalau dapat nasi lemak....laaaagi ok..hihi

    ReplyDelete
  16. rumah e'in pun ade jugak kuih raya yang lebih-lebih.. takde orang sentuh pun.. huhu

    ReplyDelete
  17. rietta pown asal ada je boleh breakfast dah...cumanya xpernah lg la makan kueh raya ataw kerepek...hehehe...

    ReplyDelete
  18. Eh..masih ada lagi kuih raya...eluklah perabih saki baki yang ada. Minggu depan dah nak raya haji pula. Kuih lagi...

    ReplyDelete
  19. Mrs. A kalau breakfast nak yang makanan breakfast jugak...
    Kuih raya Mrs. A awal-awal lagi dah habis hiks!

    ReplyDelete
  20. hehehe dh nak raya haji akak.. kt umah tinggal sebalang kuih makmur

    ReplyDelete
  21. Samalah.. Apa sahaja yang boleh dimakan, bileh je jadi menu breakfast.. Hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts