Sesekali dapat peluang berkumpul adik beradik

Salam Khamis....

Bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, memang jarang sangatlah dapat berkumpul dengan adik beradik sendiri. Kalau bukan mereka sendiri yang ada hal, hal pasangan pun, jadi hal mereka jugak. Namanya pun dah berumahtangga kan. Tapi kalau sesekali dapat peluang berkumpul, bergossip, memang seronok jadinya! 

Walaupun cuma bertiga, tak cukup korum, sorang pergi Haji, sorang memang jauh nun di Yong Peng, sorang memang jenis tak bercampur hihi.... ( biasalah, namanya pun manusia.... walaupun satu perut, perangai tetap berbeza ), sorang tak dapat dihubungi, tapi tetap gamat macam bertujuh hihi..... Dan paling best tentulah dapat laki sporting, boleh je masuk dan join dengan adik beradik kita. Terima kasih bang!

Kejadian balik kampung hari tu.... 


Memang sungguh orang kampung ni! Kerusi pun boleh jadi meja! Hihi.... Menikmati kopi 434 sambil sambil cicah biskut roti! 


Gitulah namanya adik beradik, walaupun jarak dan waktu yang menjauhkan kita, tapi mereka tetap dekat dalam doa dan hati mak....

Comments

  1. Kalau dah dpt berkumpul Tu mmg la sedap. Makan Dan berborak x ingat

    ReplyDelete
  2. Rindunya nak berkumpul ramai- ramai dengan adik beradik nak buat BBQ...

    ReplyDelete
  3. Berkumpul adik beradik paling best kan nom..
    CH pun mcm tu..
    InsyaAllah 2 september 2017 ni buat korban di Kuang..
    Adik beradik berkumpul .. insyaAllah..
    Dah terbayang senda guraunya..

    Semoga ukhuwah adik beradik kita akan terus berpanjangan kan nom..

    Best nom dpt cicah biskut kering dgn kopi tu...
    Tu la mknan kita dulu2 masa kecik kan..

    ReplyDelete
  4. Samalah dgn kami, w/pun mak ayah dah xder, adik beradiklah pengerat kasih sayang..

    ReplyDelete
  5. Betul la kan.. Air dicincang mana kan putus...
    Gaduh mcm mana pun, adik beradik juga yg kita duk rindu selalu...
    Cuma skrang ada group wasap..
    Kat group tu la jadi tempat melepas rindu...

    "Meja" rare tu..
    Mesti sedap minum kopi cicah biskut :)

    ReplyDelete
  6. seronok dapat berkumpul macam tu walaupun tak cukup korumkan. ye lah mak dalam adik-beradik nih tak semuanya sama perangaikan, yang jauh tu memang susah nak berjumpa yang dekat2 ni pun kadang susah juga nak berjumpa macam yang dikatalah semua dah kawin dan ada hal masing2 kan. tapi sesekali kena berkumpul juga

    sedp tu makan biskut cicah kupi

    ReplyDelete
  7. haha..mcm umah cik nor, xckup meja kerusi pun blh jadi meja. kat kg senang jer.. xde protokol..haha

    ReplyDelete
  8. perjumpaan sekali sekala camnilah yang kadang menyeronokkan
    teringat zaman kecik-kecik pula
    biskut tu rare lah...pos sini sikit =)

    ReplyDelete
  9. best bila berkumpul semua adik beradik. riuh rendah.
    biskut tu sedap cicah kopi.

    ReplyDelete
  10. sesekali dpt borak mmg kadang tak ingat dunia kak nom oi....
    sedar2 dh lwt dek kerana leka borak2

    ReplyDelete
  11. Tetiba rasa sebak ni..
    Rindew lak kat kampung halaman...

    ReplyDelete
  12. Seronok gader2 adik beradik kan, Hainom. LL dan adek yang sorang tu boleh jumpa kerap kali sebab dia belum kawin. Yang satu lagi tu, jangan harap lah sebab ada mem dan 2 orang anak hah..hah..

    ReplyDelete
  13. Betul sangat ni. Sekali sekala dapat berkumpul meriah sangat. Takpe, jauh di mata dekat di hati. Gituuu 😀

    ReplyDelete
  14. memang seronok kan kak.. dapat lepas rindu..

    ReplyDelete
  15. seronok berkumpul adik beradik

    ReplyDelete
  16. Sedap tu biskut roti cicah kopi buat minum petang2..

    Betul tu kak.. Sesekali berkumpul adik beradik memang seronok.. Yg dekat2 pun jarang dpt berkumpul,kalau jauh lagi la kan.. Harap raya je la berkumpulnya..

    ReplyDelete
  17. air dicincang takkan putuskan , bak kata pepatah hehe singgah sni

    ReplyDelete
  18. lamanya unni x lepak mcm ni dgn adik bradik

    ReplyDelete
  19. Adik beradik saya dua orang je. Uhh sedihh .. so sob .. kalau berkumpul pun .. tak berapa nak meriah sangat. Sib baik sebelah isteri ada ramai adik beradik.

    ReplyDelete
  20. ni mesti banyak benda nk cerita haha.. style kg makan ats kerusi. lama dh xmkn gitu

    ReplyDelete
  21. memang syok kalu dapat kupul ramai2 kan..ita pun harap raya je lah adik beradik balik kg..lama tak makan biskut yang dalam tin tu..rasa nyer roti planta yang diorang buat kering macam biskut tu erk..

    ReplyDelete
  22. Setiap orang ada lima jari. Semuanya tak sama panjang.

    ReplyDelete
  23. Makan biskut cicah kopi tuh memang layan, Syok habis lah Kak Nom oiii! tak sedar kan..tetiba dah telan 10-20 keping biskut. HAHAH!

    ReplyDelete
  24. Memanglah Mak. Kalau dapat berkumpul adik-beradik, seronok bergosip apatah lagi kalau dengan adik-beradik perempuan. Syok lain macam ^_^

    Biasalahkan bila adik-beradik ramai, bukan semua sekepala. Ada yang suka bawa diri, ada yang suka 'bersosial' dengan adik beradik yang lain. Yang penting, ikatan kekeluargaan tu tetap kekal baik selamanya.

    ReplyDelete
  25. perlis hujan. sedap minum kopi hangat-hangat sedap =)

    ReplyDelete
  26. sedap tu sambil borak sambil cicah biskut dan kopi. kalau adik beradik duduk jauh2 lagi susah nak jumpa kan.

    ReplyDelete
  27. Biskut roti yang legend.. ada pula kopi.. Pergh!!

    ReplyDelete
  28. Kopi 434 memang trademark orang Muo.. cicah dengan biskut kering yer Mak Nom..
    Kenangan terindah LZ masa membesar di Bakri.. hihihi

    ReplyDelete
  29. Biskut kering, kopi O tu mengingatkan saye pada kampung halaman. waktu arwah nenek dan atuk masih ada lagi.. sungguh nostalgia

    ReplyDelete
  30. Salam hainom...lama x jenguk blog hainom...setelah bertahun2 bru sy menulis blog semula...

    ReplyDelete
  31. Seronok sekali sekala dapat kumpul adik beradik dan ipar duai.

    ReplyDelete
  32. Biskut roti kering suka tapi air dia kena nescafe tarik hehehe...

    Memang seronok kalau dah berjumpa tu sambil borak-borak kisah dahulu kala kansss...

    ReplyDelete
  33. hahahah~ kpi dengan biskut kering itu win !!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts