Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 11 September 2017

Ayam Golek 5 Bintang

Salam Isnin.....

Semalam hantar anak bujang ke KL Sentral.  Kebetulan dah tengahari, terus terfikir nak ajak Pak Jilap makan Ayam Golek 5 Bintang kat Pantai Dalam..

Lama sangatlah tak makan kat sini. Zaman kerja dulu, kerap jugaklah makannya. Kalau ada makan makan kat ofis mesti order Ayam Golek kat sini. Lepas tu makan berebut rebut dengan geng ofis! Memang pergh lah! haha..... 
Masa tu rasanya seekor ayam baru Rm15 henggit. Sekarang, dah naik Rm25 henggit you! Punyalah lama tak datang sini!

Jalan nak ke sini pun mak rasa macam dah lain,  tapi masih lagi sempit macam dulu. Sepanjang jalan, kiri kanan masih wujud lagi gerai gerai makan. Nasiblah sekarang ni ada waze dan google maps. Kalau tidak, bukan ayam je yang tergolek, mak anak beranak pulak yang tergolek sekali tak jumpa kedai hihi....


Rasanya masih lagi sedap macam dulu. Terasalah lagi segala rempah ratus perapan ayam tu.

Cumanya sebelum sampai, mak dah makan jejemput pisang lebihan breakfast pagi tadi dalam kereta. Bila sampai sana dah tak berapa nak lapar. Maka kuranglah rasa 'pergh' Ayam Golek' tu....

Ke tekak mak yang dah semakin tua??.....




18 comments:

  1. tgk pun dh tau sedap... ingat td kak nom yg bt ayam golek... itu mmg compem 5 bintang nya

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pun ada restoran ayam golek 5 bintang. Bolehlah cuba kalau teringin nak bawa anak-anak makan ayam ^_^

    Memang betul tu, Mak. Bukan makanan tu tak sedap tapi tekak orang tua yang dah berubah sebenarnya. Hahaha!

    ReplyDelete
  3. nampak menarik tu..
    garing diluar, lembut diluar.

    ReplyDelete
  4. Tengok gambar, nampak kesedapannya tu... :)

    Iyalah, kadangkala makin meningkat usia, makin banyak yang tak kena dengan selera...

    ReplyDelete
  5. looks yummy to me...klu dekat bleh juga rietta cuba....

    ReplyDelete
  6. bila akak nk blanja saya. Nak jgk rasa ayam golek 5 bintang ni..haha

    ReplyDelete
  7. amboi2 berayam golek pulak mak ye..nampak sedap tu haaa, dulu2 area pantai dalam tu selalu jugak saya jengah tapi taktau pulak ada restoren ayam golek 5 bintang nih. kat belah mana duduknya ni

    ReplyDelete
  8. Memang kurang lapo lah tu,kalau tak pastinya sedap.Akak ni dah tua juga nom tapi selera tetap maintain je ...kalau lah ada ayam golek rupa tu pasti berselera lagi nafsu makan.

    ReplyDelete
  9. Kalau kat sini, bulan puasa aje lah boleh makan ayam golek..
    Tak pasti kenapa bulan puasa jer ayam golek muncul.. huhuhu

    Tapi nampak sedap ayam golek tu...
    Nasib baik bukan lagi musim mengidam.. kikiki
    Kalau tak, ada yg cari ayam golek lima bintang hujung minggu ni...

    ReplyDelete
  10. Memang nampak kesedapannya.
    kalau WP cari kulit dia dulu. Garing

    ReplyDelete
  11. mungkin tukang masaknya orang lain kot Mak.lagipun kalau nak test rasa makanan time kenyang.time lapar semua pun sedap.haha

    ReplyDelete
  12. Ayam golek...
    Perghhhh..
    Mmg nmpk sedap tu nom..
    Tapi mcm hang ckp lah..
    Bila dah berusia ni..
    Mula tekak nak mkn ikan bilis goreng berlada je huhuhu😆

    ReplyDelete
  13. Nampak mereciks! jer.. tu berjuicy gitu.

    ReplyDelete
  14. Bestnya ayam golek tu.. Harga masih lagi affordable.. Kat sini pun rm20..

    ReplyDelete
  15. Petang2...hujan2 ni tengok..lapar la pulak.
    Nasib baik tak mengandung...kalau tak, harus mengidam...haha :D

    ReplyDelete
  16. ok. hjg bln nnt sy g serang hahahaha

    ReplyDelete
  17. Hallamak....gambar ayam tu...buat saya lapar....huaaaa

    ReplyDelete