Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 7 September 2017

Kisah Daging dari Dapurku

Salam Khamis.....

Masa Raya Haji hari tu mil ada buat akikah untuk cucu cucunya. Makanya banyak jugaklah daging yang mak dapat. Apa taknya, ambik sendiri dalam besen kan. Apa lagi!! Hihi....
Rasanya sekarang ni sekilo daging mau cecah Rm30 henggit kan? Patutlah seekor lembu pun cecah Rm4000 lebih.

Memang jarang sangatlah beli daging kecuali teringin. Selalunya kalau beli pun daging beku je. Murah sikit kan. Tapi bila baru baru ni, viral pasal daging beku yang bercampur dengan daging lain tu macam seram pulak nak beli lagi!

Bila dah banyak daging dalam esbok ni haruslah mak kena sawan daging hihi....
Apa? Ingatnya Aryan Azra je yang boleh ada entri 'Dari Dapurku'? Mak pun boleh hokey! Hihi....
Daging Kicap ni permintaan Angry Bird sebelum balik Arau hari tu. Nak Udang Sambal pun mak dah masakkan....


Lepas tu masak Daging Asam. Ini mak yang teringin hihi.... Masak mcm buat Air Asam tu. Tapi daging tu rebus dululah.


Lepas tu masak Kari Daging.  

Ni pun mak tengah rebus daging, tak tau nak masak apa pulak.




23 comments:

  1. masak stew Mak..nanti saya datang bawak pinggan

    ReplyDelete
  2. Muak dah tgok daging.. tp itulah rezeki, w/pun tak korban, alhamdulillah rezeki melimpah ruah, kiri kanan dapat walaupun jk nak ikut, x layakpn dpt daging korban, ramai lagi yang perlu.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    Byk dpt daging korban ye nom..
    Nmpk sedap tengok daging masak kicap hang tu nom..

    Den pun masih ado laie daging korban tu hari..
    Tak tau nak masak apo..
    Dah lah tiap2 sabtu ado jo bengkel kerja..
    Aduhaiiiii..
    Kesian anak2 ku..😢

    ReplyDelete
  4. Bencilah Mak ni tau! Kita baru nak up entri menu daging korban, tetiba dia dah buat entri dulu. Orang baru nak kumpul gambar katanya tau! Nyampahlah, kalau sehati sejiwa boleh baca perasaan orang cam ni tau!

    Eh, tetiba rasa lapar tengok daging asam tu, Mak. Rasanya macam nak buat jugalah nanti. Setakat ni dah berapa menu daging ek kita buat sampai semalam. By next week memang tumbuh banyak 'daging' lah dalam badan nih nanti!

    ReplyDelete
  5. teringin plak nak buay daging asam. betul kak, mahalnya daging sekarang. kami ni pun, kalau teringin baru beli. kalau beli sebagai lauk kat kedai, hari tu beli daging kunyit, rasa yg kami dapat bukan daging kunyit, tapi bawang kunyit. haha

    ReplyDelete
  6. ok..hari semua berasaskan dging.. saper tiada idea nak masak apa hr ni jom singgah bloh akak okje..dia ada idea untuk anda...haha

    ReplyDelete
  7. kat kg tahun ni plg murah rm500 satu bahagian.. tu pun yg comel2 je.. kalau yang gebu2.. mahal lagi..

    ReplyDelete
  8. patutlah tersedak-sedak kita dibuatnya, rupanya nama kita diseru..hahaha, amboi sedap-sedap masakan daging mak tu, setakat ni saya baru buat daging goreng je, ada banyak lagi daging tu, tak tau apa pula resepi yang nak dimasak lagi dengan dagimg tu. eh tapi daging air asam tu macam menarik je mak..bagi resepilah macammana nak buat

    ReplyDelete
  9. Banyak lah stock daging Mak ye kikiki..

    Daging korban ni sedapnya lain macam. Manis dan lembut je. Itu yang teringin nau dgn daging korban. Sy suka buat sup @ goreng letak kicap sikit2. Bawang besau dgn cili kasi lebih :)

    ReplyDelete
  10. Nampaknya seminggu dua ni menu berasaskan daging korban ajelah.
    Daging korban memang sedap sebab daging lembu muda (umur dua tahun)
    Kalau daging yang dijual tu kadang2 daging atuk lembu. Pakai periuk noxxa pun tak lembut.

    ReplyDelete
  11. goring lada hitam , masak kari , daging salai , buat beef stek ,goreng pon sedappp mak ..sambal daging , soup daging , rendang cilipadi,rendang tok;)

    ReplyDelete
  12. sedapnya mak, daging korban mmg sedap kan. patutla orang selalu berebut

    ReplyDelete
  13. Wah! Sedap2 belaka ni, Hainom! PH peminat daging. Kari, kicap, steak, whatever, semua suka!

    ReplyDelete
  14. sedapanyyer daging korban rendang mak tuuu., ;p

    ReplyDelete
  15. Salam perkenalan dr cikjah...tq sudi lawat blog yg sunyi tu...hehehe almaklum x glamer. Wah sedapnya daging ayaq asam. Cikjah dok pekena sup dn masak kicap ja ni..nnt nk buat jgk ada sikit lgi daging korban jiran bgi..
    Salam jumaat ceria2 selalu...done folo

    ReplyDelete
  16. Meleleh air lioq tengok daging asam tu...baru pes time dengor...nampak menyelerakan..macam nak cuba jugak le :-)

    ReplyDelete
  17. kalau dah namanya daging korban, jejes nengoknya,..manisnya memang lenmacam..cukup kena selera even masaknya simple2 aje

    ReplyDelete
  18. Ada lebih...boleh la anto kat Bangi siket...

    ReplyDelete
  19. Daging sekarang dah jadi barang mewah...
    Kat sini dah RM32 sekilo.. huhuhu
    memang tengok aje lah dari jauh..
    Anak2 goreng telur aje buat lauk.. huhuhu

    Raya haji hari tu ajelah layan makan daging...
    Ada jugak MIL offer bawa balik daging korban, tapi simpan dulu rumah MIL..
    Entah bila la boleh balik ambil...
    Bz sokmo... huhuhu

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah.. Rezeki daging namanya tu.. Sha pun seram nak beli daging beku.. Hehehe.. Kalau dekat rumah akak nie boleh tumpang makan daging.. Hehehe..

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete