Bila tiba hari malas...

Salam Rabu...

Bila tiba hari malas..... kedailah jadi sasaran! 
Tapi masalahnya hari hari, hari malas, macamana tu? haha..... 

Nasi kukus tu untuk puteri bongsu. Laksa dan karipap gergasi tu untuk maknya. Bukan main lagi maknya melahap haha......

Maknya kan pantang nampak karipap. Nak ngetest aje. Sedap oii, boleh beli lagi lepas ni nampaknya. Puas hati makan sebab tergigit gigit daging gitu. Tak de istilah oksigen di sini ye hihihi.... Seketul Rm3 henggit. Inti dia kentang blackpapper. Ada 2 pilihan, nak ayam atau daging? Mak dah try dua dua. 

Laksa Penang dia pun sedap, bolehlah jadi ubat kempunan kalau teringin nak makan Laksa Telur Bersarang hihihi..... Kuah pekat tak menghingat you! Dahlah telur sebijik, isi ikan pulak tergolek golek. Pergh!!! 

Pada mak, sedap sedap pun tapi masih tak setanding dengan kesedapan Asam Laksa Midvalley. Sesiapa yang pernah makan mesti tau, kedai dia dulu dalam AEON, lepas tu tukar dekat food court bawah depan AEON. Baru ni mak pergi kedai dah tutup! Tak sangka, sedap sedap pun boleh tutup ek!


Macam teringin nak makan laksa pulak hari ni!

Comments

  1. besarnya karipap tu...laksa tu pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. wah..ni bukan tahap malas Nom..rajinnya ..anak tak makan begini sedap mak rasa sedih tu..

    ReplyDelete
  3. terima kasih dtng ke laman Etuza ya

    ReplyDelete
  4. Give me five mak!
    Sama la kita.. Hari hari, hari malas.
    Dah katanya sedang bersukan, jadi lepas main terus angkut anak2 pergi kedai... hahaha

    ReplyDelete
  5. Nasib baik Mak tahu hari-hari memang Mak malas. Tapi kadang-kadang datang juga kerajinan Mak di dapur ni ya. Datangnya bermusim. Kalau kerja up gambar lauk-pauk tu kiranya mood rajinlahkan.

    Kak Ton rasa cuma sekali dua aje merasa laksa kat dalam Aeon tu. Sedap-sedap pun Kak Ton tak tahan kuat sangat bau laksa. Sampaikan nak shopping pun terbau laksanya.

    ReplyDelete
  6. Karipap RM3 sebiji @ 3 biji RM1, konfius pulak kita, 😄

    Awat pagi2 tunjuk laksa?? Benci tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu karipap gergasi geng.... 1 biji Rm3 henggit, isi penuh puas hati, no oksigen oksigen haha...

      Delete
  7. ade ke hari malas ni Nom? tapi tetap kenyang kan wlaupun malas hehee

    ReplyDelete
  8. Hari2 malas takpe nom,janji poket tebal nak membelinya.
    Akak biasa makan karipap gegasi tu kat cafe hospital ,harganya masa tu 1.50 rm je tapi tu lah banyak oksigen...inti pun tak power tapi dh lapar ,ngap je.

    ReplyDelete
  9. SA pun seorang yang tak bleh tgok karipap...apa je jenis karipap memang tak leh tgok...sampai adik badik panggil hantu karipap...sedapnya tgok hainomokje nyer laksa dan karipap tu ha...teruih teringin

    ReplyDelete
  10. Sedap pulak nampak laksa tu Kak! .

    Malas hari2 pun takpe mak, pak jilap kayo :D

    ReplyDelete
  11. Banyak inti karipap tu nom.
    Puas hatilah walau 3 hingget😆

    Laksa pun nmpk pekat likat..
    Alhamdulillah dah mkn isnin tu hari..

    ReplyDelete
  12. Yang pelik bab makan tak malas pulak

    ReplyDelete
  13. saya suka hari malas !! hee~ semalam hari malas saya.. tapi tetap kena masak.. yang malas nya mengemas rumah / menyapu / mengemop / melipat baju / membasuh baju / basuh pinggan.. sehari suntuk saya tidur je..

    ReplyDelete
  14. oiii makkk...telan ailio saya pagi2 ni tengok laksa dengan karipap tu terus berkerut2 anak cacing dalam perut ni haaa.

    ReplyDelete
  15. Mrs. A pun suka karipap kat office ini memang hari-hari beli karipap tapi karipap biasa jer...

    Karipap giant lum jumpa lagiks!!

    ReplyDelete
  16. Sedap pulak tengok karipap tu...lapar nih

    ReplyDelete
  17. Kalau malas memasak memang nak makan macam-macam.

    ReplyDelete
  18. Cenggitu ek malas, untung ko mak, malas2 poket pak jilap toba, buleh yo suko2 boli kt kodai. Aku hari2 maleh pun kono yo masak.

    Tapi seyes kpap tu nmpk mengancam Tau, aku dah lama tak mengadun keripap nih.

    ReplyDelete
  19. Mak, laksa tu nampak meletops lah. Ain ni dah la hantu laksa. Lama plak tak makan laksa kan. Karipap pun begitu menggoda skali. Awww...

    ReplyDelete
  20. datang Bw lagi kat sini hari ini

    ReplyDelete
  21. Ni yang PH suka, Bila kita malas, tapau jer from the kedai. Kautim!

    ReplyDelete
  22. saya suka laksa tu mak, sedapnya

    ReplyDelete
  23. Nampak pekat melikat kuahnya tu mak..karipap gergasi lagi bilanya nka diet ye mak melahap serupa macam sy je lebih kurang..esok diet esok diet..smp tahun depan ayat esoknya tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cenggini cancell dietlah hahaha....

      Delete
  24. I pun kemalasannya hari2.. kita boleh hi five lah..

    ReplyDelete
  25. Fulamak sedapnya.. mmgnxde oksiven karipap tu

    ReplyDelete
  26. Hello Hainom, love your this posting. I have not eaten itu nasi kukus more than 30 years as well that Penang laksa. Tengok pun da sedap best.
    I miss eating fish head curry, and tu ikan chincharu sumbat sabal, as well Malay, or Trengganu style sambal belachan.
    You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  27. Uish.. Lapar-lapar nie nampak pula gambar laksa.. Pergh!! memang bestlah kalau kuah pekat memikat camnie kak oi..

    ReplyDelete
  28. Terliur tgk laksa pagi2 ni..
    Bestnya kedai ada macam2 pilihan makanan..
    Karipap gergasi, makan seketul je da kenyang ek.. Hihi..

    ReplyDelete
  29. Sambil browsing post Kak Nom, sambil tu telan ailio..
    Adoi semua sedap.. Lapaq bila cuaca luar mendung, dalam office sejuk..

    ReplyDelete
  30. Klo malas ke kedai.. Call pom blh.. cOD.. Haha.. Mudahnya skarang😂

    ReplyDelete
  31. Eeeh makan lagi ?? Ooh ye lah, dah lapar mesti nak makan lagi kan okje kihkihkih.
    Tapi laksa tu kan mmg nmpk sedap sangat. Kuahnya pekat gitu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts