Bukan main enjoy dua beranak ni

Salam Khamis ....

Alhamdulillah, semalam mak dah tunaikan hasrat diri sendiri nak makan Mee Tarik Goreng sekali lagi di Mee Tarik Warisan Asli IOI Putrajaya. Tak payah haih nak manja manja tunggu orang tunaikan hasrat kita baru nak merasa! Baik pergi sendiri, makan sendiri, bayo sendiri, puas hati! haha..... Sedap oiii!! Baik korang cuba! Ni pun mak rasa nak makan lagi ni! Entah apa diletaknya.... daun ketum ke hape hihi......

Mee Tarik Goreng
Sekarang ni kan tengah musim SPM, jadinya sekolah tu macam bapak sendiri yang punyalah hahaha... Nak sekolah ke tidak, ikut suka hati.

Mak is jaga kesihatan hokey! No manis manis.... 


Budak ni mana makan pedas! So, mee suplah jadi pilihan dia, sama menu yang Pak Jilap pilih dulu. 

Lepas makan kita pusing pusing tengok barang pulak dik. Jalan sana, jalan sini tak tentu hala ..... 

Petang sikit budak ni ajak makan Korean Snow Ice @ Manggo Bingsu pulak..... Amboiii! Bukan main enjoy lagi dua beranak ni makan makan semalam ek! Mentang mentanglah King Kong tak de, hihi....  


Takkan makan bingsu je, nak jugak kunyah kunyah, buat exercise mulut kan. Yang sorang teringin nak makan shushi, yang sorang teringin nak seaweed rolls tu. Sudahnya order dua dua....

Sebelum balik, budak tu teringin Churros pulak!! Mak tak teringin hokey!! Sampai rumah mak dah kenyang..... apa lagi, keluarlah teori kesihatan..... malam malam tak boleh makan berat bang, orang buat oat ajelah ek, kata nak diet kan hihihi.... 

Comments

  1. hamboi..meriahnya makan..huwaa..sini mana ada mee tarik warisan..nak cuba gak..:)

    ReplyDelete
  2. Kegemaran saya juga nie, makan mee tarik, tapi sebb kedai yang kt kl sentral dah pindah kena cari tempat lain.

    ReplyDelete
  3. lain kali buat kalau masak mee saya nak try la letak ketum..sini ketum tu senang sangat jumpa ..siap ada orang tanam tepi pintu ..hahah

    ReplyDelete
  4. Hamboiii heaven sungguh dua beranak ni ye, mkn sedap2..tu lah mak nak tunggu org bawa dan belanja mungkin berjanggut nk tunggu lagi baik pegi sendiri kan.

    Nampaknya lepas ni mee tarik goreng nih mesti interframe lg dlm blog mak ni kan dah tuan blog pun mengidam nk makan lagi tu

    ReplyDelete
  5. Amboii mak, ko bust aku pun tingin nak merasa ni, kena pi IOI lah ek, hehe..Tak pun buat jelah sendiri, tengok takdelah rumit sangat tu. Cuma tulah.....tengok pada angin kus2 dululah ek.

    Manggo bisu, haha...bingsu, mangga tu cantiknya warna dia, seyes weyh, nampak sedap sangat tu, menggoda tu.

    Amboii sakan ek, yelah..aku rasa kalo aku ni sorang yg berani drive, harus aku pun keluo pi Cari makan best2 mcm ni, ssekali lah,hehe..selalu takdelah, nanti kopak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ko kena cuba mak. Kalau ko nak cuba buat sendiri, rumah ko ada daun ketum ke?hihi....

      Mee goreng tu kalau tak letak daun ketum mmg sah sah tak sama sedapnya haha....

      Delete
  6. street churros mmg sedap...lama xsinggah mee tarik

    ReplyDelete
  7. Selera TLBD sama lah dengan Iman,pergi restoran mana pun yang dicarinya mee sup...tak tahan pedas lah tu.
    Mee tarik lagi...nak kena merasa juga lah akak ni,kalau dah katanya sedap sangat.Kat sini ada juga mee tarik kat Aeon,tapi tak tau lh sama spesis ke dengan kat tpt hainom tu.

    ReplyDelete
  8. Antara perkara yang paling best adalah makan dan makan...hihi
    I like

    ReplyDelete
  9. Bestnya mee tarik..lama tak makan

    ReplyDelete
  10. Amboiiii geng, mkn berulang2.. Agak2 minggu depan pergi lagi tak?

    ReplyDelete
  11. Seronoknya dua beranak ronda2 makan2

    ReplyDelete
  12. wah..wah...Alhamdulillah, nikmat sihat boleh makan macam-macam. Dapat pulak geng sama naik.hehe

    ReplyDelete
  13. first time dengar mee tarik goreng ni Nom
    biasa dengar tea tarik je hahaha
    mesti terlebih sedap ni kan

    ReplyDelete
  14. Saya tak berapa suka makan mi tarik warisan asli ni. Mungkin bukan tastelah sebab taste kita memang nak yang pedas-pedas gitu. Setakat pedas kat mi tarik warisan ni tak cukup umphhh lagi.

    Bukan main lagi dua beranak ni. Sekolah, restoran, IOI tu macam mereka yang punya. Bukan main galak lagi mencuba segala kalau PakJilap takda ya. Sampai turn PakJilap, disuruhnya diet aje, tak elok makan malam-malam. Aduhai...

    ReplyDelete
  15. Asalam ..alamak nak ngap ja lah laksanya tu..memang hebat special

    ReplyDelete
  16. terima kasih ya Hnom..singgah di laman Etuza

    ReplyDelete
  17. Kenduri harimau anak beranak nampak bapak kingkong p masuk hutan banat mana tu kikiki

    ReplyDelete
  18. Tergoda pula nengokkan bingsu tu.. Menarik sesangat.. huhuhu

    ReplyDelete
  19. Ingatkan ada teh tarik aje,
    rupanya mee tarik pun ada.
    lepas ni keluar pulak nasi tarik agaknya.

    ReplyDelete
  20. semua nina makan akak.. haaa kalau keluar je mesti list nk mkn apa hehe.. churros tu sedap celup coklat mkn panas2

    ReplyDelete
  21. Kadang-kadang jeles dgn okje ... asyik makan je. Mia mkn sikit dah kenyang camna tu. Klu bawa mkn style buffet mmg rugi klu mia sbb seround dah kenyang 😅

    ReplyDelete
  22. Sakan makan..sy tak penah makan mee tarik hahaha gila jakun..mee masak kt rumah ja.kiki

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts