Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 8 November 2017

Mee Tarik goreng tu sedap oii

Salam Rabu.....

Mana satu pilihan kalbu? Nak Mee Sup Daging ke nak Mee Tarik Goreng?
Ada masa dua dua pun bukan jadi pilihan kita kan..... Tekak nak makan benda lain, dapatnya benda lain. Apa pun bendanya, tetap kena bersyukur sebab itulah rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita pada hari itu..... bajet mak aji sangatkan hihi....

Kisahnya makan Mee Tarik Warisan Asli dekat IOI Putrajaya. Mula tu Pak Jilap nak makan spaghetti, jadinya mak pun dah terbayang bayang menu spaghetti dalam kepala mak ni ha, sekali tengok rupanya Resepi Rahsia tengah buat renovation. Terus terencat nafsu ko haha...... Kebetulan masa sampai IOI tu dah pukul 2 lebih, tapi kedai makan masih penuh dengan manusia..... Sudahnya masuk kedai yang tak berapa sesak. Pak Jilap masuk kedai Mee Tarik. Mee tarik pun mee tariklah....  Masuk ni, kali ke dualah mak makan Mee Tarik. Kali pertama makan kat Bangi 2 tahun sudah. Lama tu.... Sedap ke tidak rasanya mak pun dah tak ingat !

Mee Sup Daging  dan Mee Goreng ( Mee Tarik Warisan Asli )

Mak ambik mee goreng. Pak Jilap ambik mee sup. Si TLBD tak nak makan, kenyang katanya. Padahal tak selera kot sebab ada seekor kucing dia, si Muffin tu mak dah buang hihi.....Dah si Muffin tu membuang meratakan, hati tengok manyak sakit woo.....

Nak habaq ni..... Mee Tarik Goreng tu sedap oii walaupun nampak macam cincai je masaknya!! Mula sampai atas meja tu, macam rasa malas je nak makan, apa taknya kepala dah terbayang bayang spaghetti tapi dapatnya mee. Sekali rasa, sedap pulak...... Rencah dia cuma daging dengan sayur je.  

Mak perasan kebanyakan menu kat sini semuanya berasaskan daging. Mee sup tu pun, daging jugak rencahnya. Tapi mak apa ada hal, daging ke ayam ke, seafood ke, semua pun bedal hihi....Mee Sup dia tu, mak rasa sesudu je, biasalah Chinese style, ala ala sup kosong gitu. Orang teringin, rasa sedaplah kot! Rasa Mee Tarik tu sendiri memang tak boleh nak sangkallah kan, memang sedap, kenyal tak sama dengan mee yang kita beli tu. 

Pergi IOI nak makan Mee Tarik Goreng lagilah hihi.... 

26 comments:

  1. Alahai...dah lama kita x makan mee tarik la....tengok entry ni terus terasa nak makan...

    ReplyDelete
  2. Belum pernah lagi kakcik cuba makan Mee Tarik ni...ajak En Abe macam tak berminat je dia...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah mkn lagi mee tarik nom..
    Hang dah 2 kali mkn ye..
    Tapi tu lah daging rencahnya..
    Ayam tak ada ke..

    ReplyDelete
  4. Bulan lepas kamipun cuba masuk kedai mee tarik warisan asli caw. Kuantan, kurang tepati selera sbb ada rasa minyak bijan (saya tak suka dgn bauan tu) tapi cendawan hitam (nama sbnr x tau) + daging goreng mmg sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh awak tak suka rasa minyak Bijen yeh geng. Maksudnya awak mmg tak suka makanan style ala ala Chineselah ni kan

      Delete
    2. Sy suka masakan bersup chinese stye tp jangan masukkan minyak bijan.. kiranya modified ikut citarasa, hu3

      Fobia dgn bau2an minyak bijan semasa memasak, pernah beli stok minyak bijan tapi dengan sendirinya tak boleh makan. Membazir ..

      Delete
  5. Aah.. Betul la kak..kdg2 kita da terbayang nk makan sesuatu, sekali dpt benda lain. Tu la namanya rezeki kan..
    Ira penah jgk mengalami situasi mcm akak. Nk makan bihun sup, sekali en suami kata kita makan mee tarik la.. Memula mcm terpaksa je.. Tapi bila da rasa, sedap pulak mee tarik ni.. Berebut mkn dgn anak2.. Haha.. Mee tarik goreng x try lg. Next time blh la try.

    ReplyDelete
  6. Itulah kan Allah dah tentukan rezeki kita dan apa yang kita makan hari tu. haaa lainkali jangan tengok rupa terus rasa macam malas nak makan mak, sekali makan ko teringat-ingat katanya terus nak pergi lagi, lepas ni mesti dah tak tahu nak pilih..resepi rahsia ke mee tarik

    ReplyDelete
  7. Ala nom baru akak teringat akak teringin nk mkn mee tarik kat Aeon ni....bila hainom pos entry ni tiba2 teringin dtg balik...hihii.

    ReplyDelete
  8. Sha suka makan dekat cawangan gombak.. Puas hati isinya.. Yang dekat IOI nie tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  9. dia depend pada tukang masak, kalau yang kat sungai besi tak sedap lah. pelayan pun tak reti amik order. nanti nak cuba kat ioi lah

    ReplyDelete
  10. teringin nak cuba...tapi nak kesana ...malas...hahaha

    ReplyDelete
  11. zie selalu compius tau.. antara zakiah hanum dgn hainum Okje hahahaa
    sy suka sup2.. kdg2 hirup sup sampi licin.. klu mkn nasi goreng kat kedai thiland mmg mesti mintak sup kosong hahaha

    ReplyDelete
  12. Mee tarik ni Damia dan Shumi suka makan. Mia tak berapa sbb mee nya tu cepat buat org rasa kenyang. Cam tak best pula mkn cepat kenyang ni 😂

    ReplyDelete
  13. Masa keje dulu selalu makan dkt mee tarik ni. Semua sedap kak menu dia. Mee dia fresh from kitchen gitu. Aiiihhh terasa nak makan mee tarik pula dah ni. Ada yg ke sana juga nanti ni.

    ReplyDelete
  14. saya pun suka makan mi tarik warisan asli ni. sedap..

    ReplyDelete
  15. Eh! ingatkan air aje ada nama tarik - tarik.
    Rupanya mee pun ada tarik juga, kesian Mrs. A baru tahu..
    Nampak mee sup tu sedap.

    ReplyDelete
  16. Masa ke Guangzhou, mmg keje mkn mee tarik jelah. Dan mmg macam tu lah gaya mee dia, nampak kosong je. Tapi rasa...ada. Cuma yg kat Msia ni lebih byk aksesori, daging lebih tebal/banyak.

    ReplyDelete
  17. aduh.. dah lama betul teringin nak makan mi tarik..

    ReplyDelete
  18. alamak..jenis tak suka daging tapi macam nak try jugak mee tarik.

    ReplyDelete
  19. sengkak perut kalau mkn mee tarik tu. rasa mcm mee kembang semangkuk, penuh daging 😀😀

    ReplyDelete
  20. First time LL baca pasal mee tarik. Nampak sedap. LL biasanya suka mee tanpa soup.

    ReplyDelete
  21. Ade jugak pi kat Mahkota Prade , mee Tarik warisan , tapi lalu jew tak masok pon .

    ReplyDelete
  22. Lama dah tak makan mi tarik ni.
    Tengok gambar tu macam sedap aje...

    ReplyDelete
  23. Mak, masa mak mentua kita datang, dia buat mi tarik sendiri aje. Versi Uzbek pun sedap juga sebab kita macam biasalah kalau dibuat sup, kita dah standby kicap cili ^_^

    Macam kita katalah tadi, kita tak 'tahan'lah makan mi tarik warisan ni. Tak sesuai dengan anak tekak. HD sukalah tapi anak-anak dan mak budak ni tak berapa suka!

    ReplyDelete