Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 15 November 2017

Okonomiyaki beli

Salam Rabu.....

Korang pernah makan Okonomiyaki

Pernah? Tak pernah? Yang pasti Warisan Petani mesti tak pernah makan hihi..... Lainlah tanya pernah makan jantung pisang rebus ke tak! Yang tu confirmed baru lepas jadi santapan Warisan Petani sekeluarga 2-3 hari yang lepas hihi..... cicah pulak dengan sambal belacan cili hijo. Wallah enak lo, wong Jowo ngomong haha!

Berbalik pada kisah Okonomiyaki tadi, ni salah satu faveret mak jugak. Sedap oii..... Dulu dulu tak ada ikan. Harga baru Rm3.50. 


La ni harga dah naik. Kalau tak silap dah cecah RM5 henggit sebekas. Tambahlah ada ikan Saba seketul atas tu lagilah mahal. Tapi nak buat macam mana, mahal mahal pun sedap weyh...... pejam mata ajelah!


Asal makan je terfikir fikir agaknya Okonomiyaki ni dibuat daripada kentang kot. Senang je buatnya ni. Bila bila boleh buatlah.... Lepas tu tak buat jugak, sampailah makan lagi hihi... 

Kebetulan pulak semalam masa blogwalking blog Nany Fadhly, dia masak Okonomiyaki ni. Siap share resepi lagi. Rupanya ada tepung khas bukan guna kentang. Senang aje rupanya nak buatnya, tapi tu kalau rajinlah, kalau malas susah jugak tu hihi....

Credit pic Nany Fadhly
                        
Baru tau yang macam kertas nipis tu, Bonito flakes. Itu pun ada jual jugak. Selama ni mak panggil sotong je.... Aduh, bajet makcik makcik sangatlah pulak ek hihi...... Okonomiyaki ni kalau tak de Bonito flakes, bukan Okonomiyakilah namanya....

Kalau yang buat daripada kentang, begedil namanya ye makcik Nom haha.... bukan Okonomiyaki! Nak tengok begedil cantik mohon singgah blog Phong Hong, begedil mak menggerutu haha....





22 comments:

  1. Sedapnyaaaaaa......SA lately ni suka makan okonomiyaki ni...buat sendiri senang tapi kena beli tepung khas dia..

    ReplyDelete
  2. Alorrrr sharelah resepi, step by step lg, 1'st time dengar, maklumlah kita asalnya kampung..

    Samalah dengan Warisan Petani tu, jika jantung pisang kenal sangat2

    ReplyDelete
  3. minat jugak makan benda alah ni, memang sedap :D

    ReplyDelete
  4. Alahai terbelit lidah akak menyebut nya nom.Tak payah WP akak pun sama memang selera kampung je yang kenal.

    ReplyDelete
  5. Susah betul menyebut namanya.. Sha selalu nampak tapi tak berani nak cuba makan.. Hehehe..

    ReplyDelete
  6. mcm pernah tengok kat jusco ... nmpk sedap..mcm takoyaki tu ke

    ReplyDelete
  7. dah la nama plik..nak sbut pun ssh..makan pun jgn harap lah.. haha..cik nor sejenis manusia jakun makanan...nasi ngn lauk jer tahu..haha

    ReplyDelete
  8. tak pernah rasa okonomiyaki ni. sama ke rasa dengan takoyaki kak? haha ana pun baru tau nama dia bonito flakes. selama ni duk pgl kertas lembut tako je. heheehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a lebih kurang Ana...tp yg takoyaki tu bulat bulat mcm bola hihi...
      Aduh....ana, kertas lembut pulak dah, dah sama taraf dgn hakak je tu hihi

      Delete
  9. baru tahu ;)
    CB orang kampong katenya .

    ReplyDelete
  10. Hainom, kalau beli tepung okonomiyaki tu, jangan sampai expired, ya? hee...hee... Eh, Hainom punya bergedil pun cantik macam ada renda2 gitu. Asal sodap sodah!

    ReplyDelete
  11. Haha, PH pun dah belajar ngomong nogori.
    Nilah first time tengok dan baca Tau mak, lagipun benda pelik2 ni Tak reti aku nak makan, ek eleh...susah apa, masuk mulut, kunyah, tolan..mesti ko cakap camtu Kan .

    ReplyDelete
  12. First time dengar okonomiyaki. Bonito flakes tu yang sama macam yang bbuh atas takoyaki kot he he hee.

    ReplyDelete
  13. Tak penah makan okonomiyaki ni. Takoyaki penah la..hihi..
    Kalau dah nk makan tu, mahal pun beli jgk kan kak.. Haha..yg penting sedap.
    Bergedil menggerutu tu mesti sedap jgk tu..

    ReplyDelete
  14. Hebat Mak...taste international sokmo :p

    Mak cubalah buat, kot lagi sodap dari yg beli hikhik...

    ReplyDelete
  15. Ini mak jangan kata warisan petani x penah makan..saya pun sama nak menyebut namanya pun dah terpeleot lidah nih apatah nak memakannya pulak, tapi peratus utk mkn tu mngkn takde kot sebab ada ikan tu hihihi saya ni kurang berkawan dengan ikan .

    Bergedil mak pun cantik tu siap renda2 tu ha mesti enak dimakan.tu

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap tu..kita dah lama tak makan makanan Jepun

    ReplyDelete
  17. haha lawakla mak ni. tengok benda kertas2 tu terbayanh takoyaki jgak. sedap. makanan Jepun banyak jgak yang sedap2

    ReplyDelete
  18. Hebatlah tekak Mak ni, semua pun boleh bantai ek. Kita yang lama 'bergaul mesra' dengan orang depa pun tak tersanggup nak makan semua menu yang dihidangkan.

    Kalau Mak rajin, lain kali Mak buatlah sendiri kat rumah. Nanti bolehlah bermusim-musim kerja makan okonomiyaki ni aje! Maklumlah, senang aje kalau nak buat kat rumah ^_^

    ReplyDelete
  19. Mak kalo bab mencuba makanan pelik2 mmg juara aku ni baru try makan ramen walah kepedesen banget tp kok enak yo hahhaha

    ReplyDelete
  20. Okonomiyaki!! my fav.....!!!! kalau extra fish flakes lagi sedap

    ReplyDelete