Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 14 November 2017

Tembikar dari China

Salam Selasa korang......

Hujan weyh kat rumah mak sekarang ni. Tarik selimut best ni..... 

Pak Jilap sampai Sabtu malam. Setengah jam cepat daripada jadual yang sepatutnya. Sepatutnya sampai pukul 10. Boleh pulak gitu ek? Tak jem kot traffic udara malam tu. Pilot speed lebih sikit hihi.... Mula plan nak ambik kat airport, boleh jalan jalan, lama tak ronda airport, sesekali best jugak jalan airport ni tengok orang hihihi...... Tapi fikir balik, malas pulak, baiklah mak layan Cerekarama kat rumah...

Tengoklah apa yang my King Kong bawak untuk isteri King Kong tercintanya. Yelah. dah suaminya King Kong haruslah isterinya pun King Kong jugak kan. Takkan lah tetiba isterinya tenuk pulak haha..... Tu tak sekufu namanya you!

Bukan main besar lagi beg kertasnya you. Mak is suspen hokey. Ni kurang kurang beg tangan ni, tak pun sepasang Cheongsam pink haha...... tapi masalahnya ada saiz mak ke? haha..... 


Sekali bukak taraaaaaaaa............... sebiji Tembikar Cina, hancur punahlah harapan mak nak pakai Cheongsam pink di hari Anniversary haha.....


Sebenarnya ni cenderamata kenang kenangan daripada supplier China selain daripada Pak Jilap dapat Chinese Tea.  Supplier tu ingat rumah mak ni ada kabinet kaca ke hape? haha....  Orang dah bagi, sayang kalau cuma disimpan, tapi masalahnya nak pamerkan kat ceruk mana kat rumah mak ni pun mak tak tau! hihi.... almaklum ajelah kan....


Penggemar barang barang antik mesti sukakan benda benda macam ni. Mak suka jugak perhiasan perhiasan ni, tapi tulah masalahnya, tak de kabinet kaca hoho..... 

19 comments:

  1. Wahh cantiknya..

    Ada hadiah lain tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada geng....itu ajelah hadiahnya, itu pun free dari supplier hihi

      Delete
  2. letak jela kat ruang tamu..mak takde anak kecik ok lah kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak de budak kecik Sal, tp takut mak yg jadi budak kecik hihi...maklumlah libasan tu kekadang tak boleh di kawal

      Delete
  3. Canteknya ....ok lah tu unik nmpknya dibanding kn pasu2 mlsia ni.
    Boleh je letakkan di sudut ruang tamu tapi kena hati2 lah jgn terlanggar.

    ReplyDelete
  4. cantik tu mak eh tak letak dalam lemari kaca pun ok mak letak je kat mana2 di ruang tamu tu, rumah takde anak kecik takpe tak risau nak jatuh berderai..ingatkan hadiah pak jilap belikan rupanya dari supplier ye..hahhh kalu kita sentap dah tu nak cheongsam fink jugak kikiki

    ReplyDelete
  5. cantiknye mak...xyah lemari kaca pown boleh display mak, tetap cantik....

    ReplyDelete
  6. Cantik....
    Tapi nak gelak baca x de kabinet kaca tu... pasai makchaq pun sama.. pakchaq pun ada gak dpt cenderahati2 yg patutnya duduk.dalam lemari kaca & kami pun x dak jugak lemari kaca.. jadi letak la tempat tinggi agar selamat... atas rak kasut... ha ha..

    ReplyDelete
  7. cantikkk mak !!! kena beli cermin kaca atau pon cabinet letak kat penjuru ;)

    ReplyDelete
  8. Cantik lah tembikar tu! LL suka... Ala...Hainom bodeklah King Kong belikan cabinet hah..hah...

    ReplyDelete
  9. Cantiknya kak. Kena jaga betul2 tu. Jauh beli pasu tu. Xdpt dekat malaysia ni.haha.

    Cheongsam cari dekat sini je kak. Lepas tu kata lah beli dr overseas.kih kih kih.

    ReplyDelete
  10. Org lain kata cantik, tapi pado mato den nampak pelik jer, pasal kecik kt bawah ek? Tak ke mudah terbalik pasu tu, patutnya yg besar kt bawah, haha...pandai den komen, PH marah Tak?

    Aku dah terbayang ko pakai cheongsam fink tu mak, tersangkut Kat bhgian pinggang je, haha..lariii.

    ReplyDelete
  11. bli kabinet kaca kak..baru cantikkk..hihi

    ReplyDelete
  12. Cantik tu Mak...
    Bertambah seri la rumah raya tahun depan..

    ReplyDelete
  13. Lawanya pasu hadiah mak! I is fall in love tengok. Kena jaga elok2 tu nun jauh dari negara orang.

    ReplyDelete
  14. Okay, kalau yang ini supplier PakJilap bagi, mana yang PakJilap berikan? Kata dah nak menyambut anniversary...

    Kenapalah Mak tak nak bagi hint masa PakJilap nak pergi China yang Mak teringin nak pakai cheongsam kaler pink saiz XS? Mak ni pun... Padan muka, dah tak dapat bergaya dengan cheongsam sambil melentik di hari bahagia!

    ReplyDelete
  15. Mak beli je almari kaco satu boleh le pamer2 yg lain2 nnti drpd jd rumah habuk kankankan

    ReplyDelete