Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 7 December 2017

My precious

Salam Khamis korang......

Semangat berblog yang semakin tenggelam dan timbul. Ikut musim gamaknya mood ni ye. Musim cuti sekolah katanya kan hihi.....  

Balik dari Penang hari tu, singgah Seri Iskandar tengok anak bujang. Nasiblah anak dara yang kat Perlis tu cuti, kalau tidak mau Pak King lajak ke Perlis gamaknya. Tulah sorang waris Pak King yang ada. Nak tambah lagi, Pak King kena cari bini barulah nampaknya. Sukalah tu Pak King! Orang lelaki ni pantang cakap pasal tambah bini, senyum dia bukan main, lebar sampai ke telinga ek! Dahlah..... Pak King, jangan nak ngengada..... duk diam diam mereput dengan mak, sudah!haha.....

 

Anak anak ni biasalah, masing masing ada perangai dia. Yang ini, begini, yang itu, begitu, yang sinun, beginun. Itu baru 3 orang, kalau 10 orang, banyaklah pulak nun nya hihihi..... 

Yang tak ada anak, nak anak, yang dah ada anak, syukurlah dengan berapa yang ada pun. Ada lelaki, ada perempuan, sempurna sifat..... Apa lagi yang kita impikan? Betul tak? Alhamdulillah......

Menjadi mak bapak, nampak mudah..... tapi sebenarnya sangat berat. Bukan setakat membesarkan dan mendidik, tapi lebih daripada itu. Biasalah.... dalam dunia yang semakin mahal ni, mana ada benda yang mudah? Semuanya ada cabaran. Tugas kita, membesarkan mereka dengan agama dan  kasih sayang kerana Allah



Ada kalanya lelah melayan kerenah mereka yang macam macam, tapi sebagai mak bapak, simpan ajelah dalam dalam di sudut hati. Memaafkan adalah yang terbaik. Doakan yang baik baik, moga mereka menjadi orang yang baik baik dunia dan akhirat dan dapat memberi manfaat kepada semua.   

30 comments:

  1. amboi sakan akak cuti2 malaysia.. nasib xde kat sabah/sarawak. kalau tak mesti terbang sokmo ke sana..hihi

    ReplyDelete
  2. Betullah apa yang Anom coretkan tu...

    Hari ini anak-anak rasa mereka betul dan ibubapa seolah-olah ketinggalan (walaupun ibubapa ada Phd...hahaha). Satu hari nanti, merewka akan rasa apa yang kita rasa...

    Sebagai ibubapa, jangan berhenti mendoakan yang baik-baik sahaja. :)

    ReplyDelete
  3. Betul lah apa yang nom kata tu.Dulu kita jadi anak begitulah agaknya perasaan mak pak kita.Tapi dah kata mak2 ni apa pun hanya nak dibandingkan doakan yang terbaik utk anak2.

    ReplyDelete
  4. Doakanlah yang baik2 untuk mereka.
    Doa mak bapak paling mujarab.

    ReplyDelete
  5. touching baca ni..teringat ayat Mak , "Awak jadi ibu esok awak tau lah"

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  7. saham dunia akhirat tu..
    moga mereka berjaya dunia akhirat..Amiin

    ReplyDelete
  8. entri akak kali ni touching, biasa saya baca asik nak ketawa je tau.

    yelah kak, saya masih belum ada anak pun ada cabaran sendiri. Yg dah ada anak, ada cabaran sendiri.

    ReplyDelete
  9. Kalau saya nanti, anak2 dah duduk jauh...merindu aje lah Mak nya..

    ReplyDelete
  10. salam kenal akak. Biasalah anak-anak. Macam-macam ragam... kecil cara kecil. hihi

    Done follow sini.

    ReplyDelete
  11. Amboi Mak acah2 bagi green light konon :p

    Cuti sekolah ni coti2 Malaysia la Mak.. Buka sekolah besok kita buka balik blog hihi...

    ReplyDelete
  12. bila dh ada ank sdiri..baru kita tau mcm mana perasaan mak kita memebesarkan kita adikberadik yg mcm2 perangai hehe

    ReplyDelete
  13. wah, satu malaya la mak pusing yea...

    ReplyDelete
  14. Semoga anak2 mu menjadi anak yg soleh dan solehah nom..
    Kehidupan kita semua hanya kerana Allah taala..

    ReplyDelete
  15. hahaha...nak tambah waris baru kena tambah bini ye...tergelak saya baca...ekekek...

    tu lah kak, kita ni mampu doa je anak2 kita...moga2 mereka jadi orang yang bermanfaat buat semua...tak bergaul dgn org2 yg tak senonoh...tu yg saya risau sgt tu...huhu...

    ReplyDelete
  16. kite faham ape yg akak cakap tu.. kite tengah laluinye skrg.. penuh cabaran and takut dgn zaman skrg nie.. huhu

    ReplyDelete
  17. betul tu apa yg dicoretkan.cabaran sentiasa ada. dok terfikir mesti merindu sakan bila terpaksa berjauhan dgn anak2 ni huhu

    ReplyDelete
  18. Zaman sekarang macam-macam cabaran bukan hanya RM tapi apa-apa sajalah.
    Sabar dan hanya mampu berdoa untuk kebaikan anak-anak..
    Semoga anak-anak Kak Nom berjaya di dunia dan di akhirat..

    ReplyDelete
  19. Sama lah.. Smngat berblog pergi entah kemana😥😥.


    Setuju sgt kata2 akak.. Bkn sng nk bwk tgungjawab sbg ibubapa.. Lg2 anak makin membesar..dgn keadaan dunia skrang.. Kdg, kita dh didik sehabis baik.. Bimbangnya anak tpgruh dgn perkara x elok..

    ReplyDelete
  20. Betul tu kak.. Anak2 ni macam2 kerenahnya..
    Masa kecik lain kerenahnya, bila da besar lain pulak cabarannya..
    Selain dr amanah, anak juga ujian buat kita..
    Semoga anak2 akak menjadi anak2 yg soleh & solehah.. Sentiasa ingat pada kedua ibu bapa mereka..

    ReplyDelete
  21. macam2 kerenah anak2. selamat bercuti mak

    ReplyDelete
  22. Cabaran membesarkan anak zaman sekarang nie memang hebat.. Apa yang mampu kita buat, berusaha sedaya mungkin.. Semoga anak-anak akak menjadi anak yang soleh dan solehah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  23. cantik dan hensem anak2nya..semoga mereka jadi anak yg soleh & solehah..amin2

    ReplyDelete
  24. Anak2 mestilah precious kan, Hainom? Your girl on the right tu sebijik macam muka mak dia.

    ReplyDelete
  25. Setuju dengan semua kekata HOkje tu.
    Sep sikit.

    ReplyDelete
  26. Apa lagi yang tinggal untuk kita as parents ni okje... itulah satu... DOA... maka doakanlah yang baik-baik untuk mereka.

    Anak Okje yang kanan sekali tu sebiji copy paste Okje.. heheh

    ReplyDelete
  27. Betullah tu okje .. doakan yang baik-baik untuk mereka.

    ReplyDelete
  28. Betul mak bila kecik ragamnya lain..dh besar lain pulak peelnya..dh beranak pinak nti lain pulak cerita..tugas kita doakan yg baik2 Insyaallah yg baik2 juga hasilnya

    ReplyDelete
  29. okje mai penang haha awat tak habaq boleh deting heheh... entah la nanti zaman anak2 nina mcm mana pulak. xleh nk bayang lg huhu

    ReplyDelete