Hantar anak sedara menikah kat Perak

Salam Khamis....

Semalam lagi dah draft entri ni sebenarnya... Eh korang ni, kan mak dah cakap sejak 2 menjak ni mak memang bizi. Semalam mak mop lantai oii, gosok baju lagi, ingatkan mak goyang kaki je ke! 

Psst .... Mrs A, nanti free free sikit kita email address yang awak nak tu ye!

Marilah trobek cerita tahun lepas. Kisah pengantin! Biasalah kan bulan Disember kan dah terkenal dengan musim kawen....  Tak terkecualilah dengan anak sedara mak ni. Orang sebok kawen, dia pun nak kawen jugak! Hish.... hish....  Dah namanya pun pengantin baru kan, semuanya pun indah indah belaka. Cuba tanya pengantin lama? Indah lagi ke tidak? Huh... kadang kadang indah, banyak yang tidak kikikiki...



Anak sedara mak ni lelaki. So kiranya mak mrnghantar nikahlah ni.


Seronok bila menghantar pengantin berlainan negeri ni , boleh tengok tempat orang, boleh merasa masakan diaorang. Masalah mak ni, asal makan kat tempat orang je semuanya sedap ah! Teringat ingat sampai sekarang makan berulamkan ayaq asam kerisek oi! 

                                         



Pelik jugak.... macamana kat Felda Trolak boleh ada ayaq asam ek?  Mak punyalah tunggu lauk tempoyak! Ayaq asam pulak yang muncui. Patutlah.... rupanya keluarga pengantin ni asai  keturunan mai dari Kedah nu!

                                     



Jarang tengok pengantin perempuan pakai seluar ala ala Sri Kandi Tun Kudu macam ni kan. Dan dan mak sedara dia rasa nak bersilat pulak hihi... Tak taulah orang lain, tapi mak jarang jumpa, satu kelainan ni. 

Comments

  1. Pi Felda trolak ke?? Dekat sangat-sangat dah dengan Sha tu.. Jarang dah orang nak berbusana macam tu.. Menarik..

    ReplyDelete
  2. aritu pernh viral juga yg pengantin perempuan pakai mcm ni...mmg jrg jumpa la kn

    ReplyDelete
  3. first time tgk pengantin perempuan pakai seluar..hehe.. biasa tgk baju labuh meleret sapu sampah jer semuanya..hehe

    ReplyDelete
  4. Bagus juga pakaian gini, simple.. tidak rimas, nak2 musim panas.

    ReplyDelete
  5. 1st time gak saya nampak pengantin berseluar gini kak. hehe

    bagus kawin lain2 negeri ni, boleh saling kenal budaya/makanan org lain. kadang mcm family day pulak, lepas majlis kita berjalan ramai2 ke tempat menarik kat sana.

    ReplyDelete
  6. Jarang nampak busana pengantin perempuan macam ni.
    menarik jugak

    ReplyDelete
  7. Tak silap kakcik, pakaian pengantin perempuan itu dipanggil 'Pakaian Puteri Perak'. Tapi dulu-dulu seluarnya agak longgar sedikit.

    ReplyDelete
  8. ohh ptt la makan ayaq asam.. org utara rupanya. hehehe. slmt pengantin baru dgn thn baru okje . baru tgk komen2 😅😅

    ReplyDelete
  9. Cantik.. satu kelainan... Selalu pengantin pakai gaun labuh meleret.

    Hainom apa khabar?😊

    ReplyDelete
  10. ooii sedap tu ayaq asam...cantik pengantin, pakaian sri kandi perak tu rasanya

    ReplyDelete
  11. Hi makkkk! biasa la bulan 12 kan bulan chentaa gitu. hehehe btw, rare la tengok pengantin perempuan pakai seluar. serius niceeee sangat! nak jalan pun sonang, tak payah sibuk nak pegang kain or dress meleret2 hihihi. eh selamat pengantin baru buat anak sedara mak ye. Moga kekal bahagia hingga jannah amin =)

    ReplyDelete
  12. Belah2 utara memang dah ramai yang baju pengantin macam ni >.. Trend ikut macam bini shaheizy sam dulu tu la..Ingat tak??

    ReplyDelete
  13. Tak pernah juga tgk pengantin perempuan pakai mcm sri kandi tu kak. Cantik juga bila tgk. Kalau kurus cantik lah kalau debab mcm ana ni buruk rasanya. Haha

    ReplyDelete
  14. Oh first time LL tengok pengantin perempuan pakai pants. Not bad lah, ada kelainan. Trend baru kot, Hainom.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum

    Cantik segakk
    Kekok plkkk jri ni nk ngomen..kt sini.tumpang lalu ye..

    ReplyDelete
  16. Ialah HOKje Mrs. A pun ni 1st time tengok pengantin pompuan pakai busana pengantin jenis seluar macam ni.

    Huhuuhu takde pong emailnya Mrs. A tunggu ni... dah macam tunggu bas derrr...

    ReplyDelete
  17. Pernah tengok nom pakaian sri kandi perak ni nom..
    Dulu gi hantar sepupu kahwin..
    Tahun 1988 tu..
    Dah 20 tahun kan..
    Skrg keluar balik..
    Sepupu CH tu lelaki..
    Jadi dia kena bertandak iaitu di pikul mcm raja perak dulu..
    Lebih kurang dipikul lah tu..
    Ada 4 org yg memikul tandak tu..

    Bestkan nom..
    Gi kenduri lain negeri banyak budaya tersendiri mrk yg baru kita tahu..

    Nom.. jadi ke bersilat tu hahaha😂😅😉

    ReplyDelete
  18. pengantin pakai baju tradisi negeri mana tu...
    lain dari yg lain

    ReplyDelete
  19. akak nanti bg alamat ye.. hehee.

    ReplyDelete
  20. Selamat pengantin baru. Moga kekal selamanya..
    Bestnya..sambil hantar pengantin, bole jalan2

    ReplyDelete
  21. pengantin lama jgn ditanya le heheheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts