Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 7 March 2018

Lelaki jauh lebih muda dijadikan suami!

Salam Rabu......

Mak bekfes dengan jiran hari ni......maklumlah elaun baru dapat hihi..... Ingat nak makan nasi kerabu, tapi kedai tu tutuplah pulak hari ni. Sudahnya makan mee hoon campur maggi goreng ajelah. Sedap oii! Yang buat sedap tu semestinyalah paru sambal tu. Pergh!!

                             

Hari ni nak mintak pendapat koranglah..... Harap sudilah bagi pendapat ye. Kalau malas nak bagi pendapat buat buatlah rajin hihi.....
Begini ceritanya.....

Kalau anak perempuan korang nak kawin dengan lelaki yang jauh lebih muda misalannya perbezaan umur mereka dalam 10 tahun, korang bagi tak? Anak korang ni pulak adalah janda anak satu. Ada degree, ada kerja tetap. Yang lelaki ni pulak kerja biasa biasa je. 

Korang rasalah kan lelaki tu memang ikhlas nak berkahwin dengan dia ke atau ada agenda lain?? Nak kena tanya Zain Saidin ni nampaknya hihi....

Jalan yang terbaik memanglah solat istikharah kan..... tapi sajalah nak tanya korang, kalau korang jadi emak kepada budak perempuan tu. Agaknya apa yang korang akan buat? Kalau tanya dekat budak lelaki tu, dah tentulah dia akan cakap "umur cuma pada angka" yang penting ai sayang kat you. Cuba tengok sok sok kalau dah kahwin.... takut jadi janda lagi sekali pulak.

Jadi mak mak ni agaknya memang tak habis habis pikir pasal anak ek!... Sampai anak kahwin, cerai nak kahwin balik pun emak nak tolong fikirkan..... Adoiyai lah anak.....

Ai beza dua bulan je you..... Nampaknya tua dululah mak huhu....



Patah pinggang mak membongkok weyh! Adusss.....




27 comments:

  1. erm..susah gak tu..lelaki tu kalo muda, bertanggungjawab takper..pandangan kita, tengok penerimaan dia pada bakal anak tiri.

    ReplyDelete
  2. Istikharah adalah jalan terbaik..tapi kalau SA sebagai mak SA LARANG la..bukan benci..cuma nak elakkan dari pisang berbuah 2 kali..nak plak lelaki tu muda..masa sayang memang la sayang...bila dh tua nanti hilang sayang..aih..menjanda plak lagi...tak ke haru...

    ReplyDelete
  3. Kena tengok kematangan lelaki tu kot... Kadang2 muda tapi matang, ada pulak dah tua bangka tak matang2..huhuhu...

    ReplyDelete
  4. sebenarnya, pendapat kite la..kdg2 atas nasib jugak ni..ada lelaki muda..tp dia matang dlm semua segi..

    ada lelaki tua..x matang jugak & perangai lagi kalah orang muda..

    kalau takde sikap bertanggungjawab, takde usaha nak memajukan keluarga, xde tolak ansur dalam perkahwinan..tak kira la tua ke muda..mmg akan huru hara jadiknya,

    cite pasal perbezaan ala2 darjat tu pulak.. pun atas diri perempuan tu sendiri.. kalau dia ikhlas dan redho terima pasangan dia yang x berpendidikan tinggi / tak bergaji besar cam dia..ok jer..tp manusia ni susah nak cakap...kita kdg2 bila terasa lagi banyak memberi dari menerima, lambat laun akan timbul rasa menyesal...akhirnya ungkit mengungkit setiap pemberian.

    kisah benar, kite pernah kenal sorang akak ni..gaji dia sebulan boleh anggap dalam 10k gitu la kot..keje manager badan berkanun.. suaminya pulak, kakitangan kerajaan..penolong pegawai jer..tu pun sambung belajar ambik diploma lepas 10 tahun kawin.

    nak jadi cite, bila jumpa jer akak tu...takkan lekang dari mulut dia cite pasal kekayaan dia..bgtau anak dia sekolah swasta..byr yuran mahal2.. membanding2kan gaji dia dengan suami..mengungkit setiap pemberian utk keluarga dia sampai ke tahap merendahkan maruah suaminya di depan kami2 yang mendengar ni.

    paling tak boleh lupa skrip dia, "...akak kumpul bonus 2-3 tahun nak buat deposit rumah akak tu..maklum laa harga suku jutaaaaaaaaaa, kannn.. RM250k ko tau takk (dia beli rumah tahun 2010). PEJAM MATA JER LA AKAK BYR DEPOSIT 10% RUMAH TU..KALAU NAK HARAP GAJI LAKI AKAK NIII..TAK MERASA NAK BELI RUMAH HARGA MACAM TUUUUU..."

    bayangkan kami yang mendengar ni terdiam..betapa riaknya org yg berduit/lebih sikit dari orang lain bila berkata2.. Apa pula perasaan suaminya kalau isteri sendiri merendahkan dia di depan orang lain...?

    so..kesimpulannya.. kalau suami gaji rendah/pelajaran rendah..si isteri memang kene banyak bersabar, banyak redha dan banyak berkorban..

    baru la pengorbanan tu diberikan ganjaran pahala yang berpatutan... :)

    ReplyDelete
  5. Aiyoyo, paru sambal fevret LL ni, Hainom! Oh sedap ya makan dengan meehoon goreng. OK. LL nak bagi pendapat. On the surface memang macam situasi yang mencurigakan. Kalau LL as a mother, tentu tak sedap hati. Akan bagi nasihat pada my doter (and also doa banyak2 hah..hah..) tetapi keputusan LL akan biarkan pada dia. Apa2 yang dia decide, redha aje lah and hope for the best.

    ReplyDelete
  6. Itulah org kata dah jodoh...tp sblm tu kena kenai hati budi dulu
    Klau dpt yg ok alhamdulillah...klau sebaliknya redha n tawakal huhu

    ReplyDelete
  7. Entahla mak, tak reti plak nak bagi pendapat. Tapi kalo beza umur 2,3 tahun ok lagi kot. Pompuan kan cpt monopos, opssssss... Sok2 dah takleh pakai, kang mulalah meroyan nak cari bini baru, kot dapat laki beriman takpe juga, tak kang jadi plak kes nak selamatkan janda, bini ko yang ko jandakan, opsssss...

    ReplyDelete
  8. ingat sebelum kena. manis masa bercinta bak kata haida..

    ReplyDelete
  9. kalo beza jauh sgt tu nk kena tgk juga ..nk2 plak yg perempuan tu status lg tinggi mcm berpangkat kn...takut dikemudian ari ungkit mengungkit bila perempuan lg tgi dr segi pelajaran , pekerjaan..apa2pn kalo dh jodoh tkleh elak juga kn..kena byk2 doa la...gmbr mak tu cute la di celah pokok hehe..paru sambal fav....

    ** lupa nk ckp, tisya tu nama anak...nama saya amy :)

    ReplyDelete
  10. susah nak cakap
    sebab ada lelaki muda tetapi matang
    ada lelaki dah tua tapi masih tak matang
    hidup ini kadang2 macam satu perjudian nasib yang kita tak tahu
    jalan yang baik doa pada Allah agar diberikan yang terbaik dan dilindungi daripada keburukan :)

    ReplyDelete
  11. Kalau pd diri akak sendiri akak tak mau menantu lebih muda dari ank walaupun apa alasan nya.Tapi kalau dh cinta taklh menghalang.
    Mak cik akak ada 2 org yg kawen dgn beza umor suami yg jauh lebih muda ,Alhamdulillah bahagia hingga akhir hayat.
    Suami akak lebih tua 6 thn dari akak tau nom.Tapi tua2 ni akak rasa akak yg nmpk lebih tua dari dia.

    ReplyDelete
  12. Selain dari soal keikhlasan dan kematangan..faktor sekufu pun penting jugak..

    ReplyDelete
  13. Sedapnya mee hoon goreng dgn paru sambal tu.. Hihi..
    Susah nk jangka lelaki ni.. Betul tu, jalan terbaik adalah istikharah.
    Kalau ira la, memula elakkan la dulu. Tp kalau dah jodoh, xleh nk lari ke mana kan..
    Part perbezaan taraf pendidikan dan pendapatan tu.. Anak perempuan kena betul2 bersedia & terima hakikat tu.. Sbb manusia ni x terlepas dr hasutan syaitan yg sentiasa nak merosakkan keharmonian rumahtangga.. Kene bnyk sabar dan redha.. Kdg2 secara x sengaja blh jd ungkit mengungkit. Dan kene make sure lelaki tu ada ilmu agama. Tau tggjwb dia sbg suami.

    ReplyDelete
  14. Sedap sarapan pagi Kak Nom, tengah lapar ni..

    Pendapat saya Kak Nom, mungkin kena fikir betul-betul pros & cons, buat pertimbangan dan solat istikharah.. Semoga dipermudahkan, amin..

    ReplyDelete
  15. buat istikarah lah dulu kak..moga Allah bagi petunjuk. Mana thu ko lelaki tu matang dan bertanggungjawab..usia bukan alasan. cewahh..kmain..org yg bagi pndapt ni pun xkawen2 pun lagi..haha

    ReplyDelete
  16. kena wat istiharak ,,,lagi satu make sure lelaki tue bekerja, tak kisah lah keje apa pon janji halal ;)
    sebab dia nak jadi ketua keluarga ,sikit sebanyak pon kena ade pendapatan sendiri gitew ..yang lain tue terserah lah kepada tuan badan , sebab depa yang nak mengadap hari -hari kan ...

    ReplyDelete
  17. Jadi mak, tak akan pernah habis memikirkan hal anak-anak...

    ReplyDelete
  18. Kalau ana macam berat nk izinkan kak. Tp kalau ikhlas sungguh si jejaka tu dan kalau dah jodoh, redha je lah kak. Doa yg terbaik buat mereka.

    ReplyDelete
  19. amboi3 mula2 tunjuk gambar makan sedap samapi tertelan2 ailio kita ni ha,lepas tu tanya pendapat cepu cemas pulak hehehe...kalau diikiutkan saya memang tidaklah kan tapi tengok juga pada lelaki tu macammana, tahap keimanannya dan tangungjawabnya tu macammana. tak dinafikan juga kadang lelaki muda ni ada yang lebih bertanggungjawab dari lelaki yang dah kertu.. jadinya kena kenallah lelaki tu jenis yang bagaimana, selebihnya minta doa dan petunjuk dari Allah.

    bagi saya kalau boleh elak kita elak, kalau dah jodoh tak kemana lah kan.

    ok lah tu mak tua dua bulan je saya ni tua dari en.azmi tu 9 bulan tauuu, saya dah start bertatih silap2 dah berlari time tu dia baru lahir kekdahnya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pening jadi mak ek.... anak nak kawen tp pilihan hatinya jauh lebih muda, udah dilarang tp biasalah org tgh bercinta ni semuanya wangi... mmg tak makan larang punyalah.

      Kikiki.... apa ada hal pada umur, yg penting En Azmi dukung ! Kita Pak King yg tua 2 bulan wak....

      Delete
  20. Adoi... susah gak soalan HOKjer... ngalahkan soalan SPM.

    Pendapat Mrs. A dari side ibu lelaki, kurang setuju sebab takut kena queen control lagipun perbezaan umur 10 tahun tu ialah kalau fikir balik masa pompuan tu umur sepuluh tahun baru jodohnya lahir ngeh!ngeh!ngeh! ooppssss gurau tak kena tempat pulak sorry iklan dulu.

    Tapi kalau dah jodoh dan jodohnya yang perempuan itu baik dari segi agama dan macam-macamlah kategori baiknya, redho dan doakan ajelah yang terbaik.

    Dari side ibu perempuan pula, berat juga nak lepaskan walaupun anak kita tu janda dah ada pengalaman manalah tahu dapat lelaki muda tak matang ke, terlalu bergantung harap kepada isteri ke hah! risau jugak kot-kot pisang berbuah dua kali. Tapi kalau dari segi education tu yang lelaki dah kahwin nanti boleh je sambung belajar lagi jadikan sama level education dengan isteri tu.

    Apa-apa pun buatlah solat istikharah kerana manusia hanya mampu merancang dan hanya Allahlah perancang terbaik. eh! tetiba jadi ustajah.

    Just my 2 cents.

    ReplyDelete
  21. Dah ramai sekarang yang berumahtangga, isteri lebih tinggi kerjaya dan pendapatannya. Lama2 nanti ramailah suami2 yang jadi sura rumahtangga.
    Isteri kerja cari nafkah, suami kat rumah jaga anak, memasak dan mengemas rumah.

    ReplyDelete
  22. Sedap nampak menu breakfast okje...

    Hm, susah nak cakaplahkan okje kalau bab ni. Kena tanya pemilik hati tu kot. Kalau dia rasa memang boleh terima oklah...

    ReplyDelete
  23. 10 tahun tu terlalu jauh.. Susah nak cakap.. Kalau Sha emaknya memang banyak nak kena tengok sebelum dipersetujui.. kena fikir panjang gitu..

    ReplyDelete
  24. jodoh...semua tu kak ita dengan suami pun..kak ita tua 13th drp suami..kawin pun kak ita janda nak satu..lagi satu penerimaan family lelaki kan..bila berkahwin tu restu keluarga penting..itu aje nak bagi tahu..he..he.tak pandai nak nasihat

    ReplyDelete
  25. tetiba bebesok jadik kat aida, bakal menantu lelaki jauh lebih muda dari anak pompuan aida, setakat skang aida lom boleh komen.
    lom jadik :) hi hi hi hi....
    tapi, kisah benar, kakak sulung aida berkawin dgn abg ipar 10 thn lebih muda.
    bahgia sampai skang.
    kakak aida yg dulu nyer bengis, masam, kelat...
    now, dia easy going. pengaruh abg ipar kot.
    dia la permaisuri di hati anak-anak buah, Nom.
    perihal jodoh ni kekadang is something tak disangka.
    bahagia kah?
    sesuai kah?
    elok kah?
    subjektif sgt...

    ReplyDelete
  26. solat dulu dan tgk kalau family ok tak mata duitan in shaa allah pilih kerana agama bkn duit. gitu, tgk pelakon2 mesia pun bahagia je

    ReplyDelete