Bangkit Cheese

Salam Isnin....

Syawal dah habis, kuih Raya korang banyak lagi ke? 
Mak punya kuih Raya..... tu diaaaaa...... masih meriahkan! Orang dalam rumah ni bukannya pandang pun benda benda gini.

Tak beli kang, orang datang tak de pulak kuih Raya. Bila dah beli, tak de sapa yang makan. Tu yang mak malas tu...


Tahun ni  mak beli kerepek kerepek je pun, biskut raya langsung tak beli, cuma buat chocolate chip sebekas. Kata orang buat jangan tidak nak raya kan. Tapi jadi banyaklah pulak. Ada yang Pak King dapat, ada yang kakak bagi. Macam mana dapat, macam tulah jugak mak letak atas meja hihi..... Tahun ni mak punya konsep katakan TIDAK pada bekas kuih raya, gitu! Baik punya alasan tak? hahahaha....

Sebenarnya nak cerita pasal Bangkit Cheese....... Bangkit Cheese ni termasuk dalam list kuih raya korang ke ?

Masa Raya hari tu adalah makan Bangkit Cheese ni kat satu rumah. Sekali masuk mulut sedaplah pulak !!! Dahlah masuk mulut terus cair pas tu terasa pulak lemak lemak cheese dia tu. Masuk lagi seketul, tambah sedap pulak. Haish....... nampak gayanya sebelum terhabis sebalang baiklah mak tutup dulu hahaha.... Sejak dari hari tu ai terus teringat ingat dengan Bangkit Cheese tau! Tercari cari jugak Bangkit Cheese time beraya kat rumah orang tapi tak berjumpa. Masa puasa hari tu kawan ada jual tapi masa tu mak sombong tak nak beli. Padanlah muka!


Misi mencari diteruskan jugak kat kiosk kiosk mall, tapi tak ada jugak. Tak disangka sangka, semalam singgah kat Petronas kawasan rumah,  ternampaklah Bangkit Cheese ni. Apa lagi belilah kan. Harga bukan main lagi.... Rm28.50 sebekas kecik tu! Dah teringin punya pasalkan. Belilah jugak. Kang kempunan pulak usus usus ku hahahaha....




Dah confirm confirmlah mak yang makan sorang sorang Bangkit Cheese ni! 

Comments

  1. Nampakpun sedap, patut le termimpi2 bangkit cheese

    ReplyDelete
  2. Memang sedap Bangkit Cheese ini.. sekali hadap je sebekas tu..

    ReplyDelete
  3. pernh mkn juga thn lps..sedap juga....kalo yg sedap..mmg tk hidang haha..sbb nk mkn sorg hehe

    ReplyDelete
  4. sama la kita mak saya tetiap tahun memang ada bangkit chesse ni sedap wehhh cair je dalam mulut.

    konsep takde bekas kuih raya pun sama hahahah ku hidang sekuk raya sekali dengan bekas2 dia jugak kekdahnya dah malas nak berbekas kuih dah.

    banyak lagi biskut raya mak tu ce bagi kita ni haa, dekat rumah ni memang pemakan biskut raya, nasib baik maknyer ni sorok kalau tak sebelum raya dah licinnn heheh

    ReplyDelete
  5. Sama la kita sombong xnak beli bangkit cheese. Tp mujur la tak teringat2.. Hehe..

    Kuih raya kat umh ira pun ada lagi..
    Tiap kali balik keje, makan kuih raya. Anak2 mkn jgk, tp xde la bnyk. Yg diaorg suka, diaorg mkn la. Sama la ira hidang kuih cenggitu jgk. 2 tahun lepas siap terlupa nak cabut harga. Ada tetamu tanya kat mak, acik kuih ni jual ke? Hahaha.. Bertuah pnya anak kan, punya la pemalasnya. Hihi..

    ReplyDelete
  6. akak..biskut raya akak tu bagi kat saya..sekejap je licin..akak cuma tlg basuh bekas jer..haha

    ReplyDelete
  7. Bila kuih2 raya tinggal serdak ni baru nak mencari.
    Macam semuanya sedap aje.

    ReplyDelete
  8. sekut raya peberet ni bangkit cheese, tp tak blh mkn banyak2... mkn satu2 je.... klu kt umh pun mmg dana sorang yg mkn kak

    ReplyDelete
  9. Wah banyak lagi kuih raya yang leftover, Hainom. First time LL dengar pasal bangkit cheese. Ni jenis kuih yang bahaya sebab bila start makan, tak akan berhenti sampai bekas tu kosong.

    ReplyDelete
  10. Sedap sgt tu ye nom..
    Smpi tercari2..
    Byk tu je rm28..
    Boleh tahan harganya..

    ReplyDelete
  11. Uiyooo sedap tu mak, malangnya aku tak jumpa lagi benda nih. Mane nak cari ek? Ini dah ada ke raya taun lepas? Kenapa tak viral pun? Ke mmg dah viral tapi aku je yg tak tau? Ko tau tak resepinya? Kalo tau nape tak share ngn aku?

    Haha, jawab2x, nape tak jawab?

    ReplyDelete
  12. Hahahaha... kiranya dah dapatlah apa yang diidamkan tu takdelah meleleh air liur lagi hehehee...

    Bercerita pasal kuih raya ni kalau kat rumah Mrs. A siap kena sorokkan dulu kalau tak habis HOKjer... anak Mrs. A yang Along tu satu botol macam bangkit cheese tu dia boleh habiskan seorang sekali hadap huhuhuu....

    So kuih raya kat rumah Mrs. A memang dah habis licin pun tuan rumah sendiri makan.

    ReplyDelete
  13. Ana ada rasa bangkit cheese ni masa raya rumah jiran. Sedap juga kak. Adik ana pun kata sedap.
    Kuih rumah Ana ada tart je haa.yg lain semua bawa rumah mak. Rumah ana xde orang dtg beraya. Open house semua buat kat umah mak.haha

    ReplyDelete
  14. Samalah kita...raya ni kerepek je byk kat umah ni
    Ini pun jenuh nk abiskn
    Pernah rasa bangkit cheese...mmg sedap..bila nk cari balik...konpom abiskn

    ReplyDelete
  15. Pernah viral biskut ni dulu..saya selalu beli kat kedai agro bazaar..klau x raya pun sentiasa ada stok..harga dlm RM22-23 klau x silap.

    ReplyDelete
  16. tk mkn pn raya hr tu. tk pasti pulak kawan mek jual ke tidak biskut ni. hehehe

    ReplyDelete
  17. Pertama kali dengar bangkit cheese dan tak pernah lagi ada orang jual kat tempat kak.

    ReplyDelete
  18. Biskut raya rumah LZ habis licin.. Lagi pun tak banyak beli biskut raya.. Biskut kegemaran LZ (cornflakes coklat hazel) harus ku sorok takut anak bujang hadap sorang.. Hahahaha mama kedekut katanya..

    ReplyDelete
  19. sedap tu.. kuih raya masih berbaki kt rumah hehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts