Salam Tahun Baru 2019
Salam Tahun Baru 2019 .....
Mak makan ni aje hahahahaha...... Macam tak percaya je 🤔
Pejam celik, pejam celik, dah bertukar tahun 2019 rupanya. Mak masih bermimpi lagi hihi....Lama betul tak menjengah blog. Last entri bulan Disember, itu pun cuma 1 entri. Patutlah terasa lamanya menggua hihi...Ni semua gara gara menjangkit Kak Tonlah ni! Hish....
Apa khabar korang semua? Harapnya korang sentiasa sihat dan ceria di bawah lindungan Allah hendaknya. Mak, macam ginilah..... macam tahun yang lepas lepas jugak hihi.... Semakin membeso dari hari ke sehari. Tak maun pulak turun. Malaslah nak fikir, gasaklah wei!
Korang mesti sebok ngan anak anak masuk sekolah kan? Mesti cuti..... pas tu hantar anak ke sekolah. Kalau mak dulu dulu first day tiap tiap tahun wajib beratur depan kelas anak bayo yuran. Sekarang dah tak de kan.Yang anak baru masuk darjah satu mesti tunggu kat kantin, pas tu kejap kejap mesti intai intai anak kat cermin kelas. Betul tak?
Sekarang ni mak dah tak de anak kecik yang nak diintai.... intai Pak King ajelah nampaknya hihi...
Abang dah final semester tahun ni, tengah ready nak buat tesis. kakak sekarang tengah final exam, Ahad ni last test, pas tu dah cuti semester. Semester depan dah kena duduk luar. Nasiblah dah dapat rumah sewa. Si adik pulak dah tingkatan 4. Ambik aliran yang sama macam kakak, Perakaunan. Cita cita adik bukan calang calang wei.... nak belajo kat luar negara! Pak King gitulah.....hari hari ulang alik cari nafkah nak membesokan bini hihi...
Macamanalah Pak King tak membeso, makan nasi goreng nak yang Sotong Banjir aje hihi.....Nasi Goreng Sotong Banjir hanya di Ipoh wei! Harga Rm 18.90 kalau tak silap..... Kisahnya makan ni masa pi hantar si abang balik Seri Iskandar minggu lepas, mak tidur semalam kat Ipoh.
![]() |
Nasi Goreng Sotong Banjir |
![]() |
Rojak sotong kangkung |
Makan kat sini. Apa ke nama tempat makan ni.....entahlah wei. Tanya orang Ipoh mesti tau....
selamat tahun baru 2019 kak..rindu la..sokmo tertunggu-tunggu entry akak..akhirnya muncul jgak..hihi
ReplyDeleteselamat thn baru 2019.....mmg wajib cuti di hari pertama sekolah ank...moment 1st day tu sentiasa dlm memori walaupun ank dh darjah 6thn ni...amboi gmbr sotong222 bergelimpangan gtu menjelma di entry thn br hehe
ReplyDeleteSelamat tahun baru kak..semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik, dilimpahi kebahagian dengan anak2 dan suami..
ReplyDeleteselamat tahun baru kak.
ReplyDeletemeriah sotong banjir..boleh tahan harga.
blog kak kut chrome tak leh bukak..dia tulis The site ahead contains malware.
ni buka kut mozila okje..
Ye ke Acane tu nak buat Yaya....hakak ni bukan tau pun nak hapuskan malvare virus tu
DeleteSelamat Tahun Baru 2019 jugak, walau pun dah tak berapa nak baru...hehehe...
ReplyDeleteWelcome back kakk..seronok baca akak punya bebelan. Anak2 akak dah beso2 semua yer. Anak saya yg kecik darjah 1. Memang harituh menempel ..bertebeng laaa jawabnya. HAHAHAHHA! Sedapnya makanan2 itewww...teliur nengok. Suton nya liat dak kak? kot2 macam gigit selipar..hahahah!
ReplyDeleteDah agak dah hahahha.... Tak perlah Nany menebenglah awak selagi masih boleh hihi...
DeleteOklah.... suton dia tak liat. Rasanya sebab selipar baru tu, lum liat hahha
selamat tahun baru, Mak. Apa azam tahun ni? (^_^)
ReplyDeletekedai makan tu macam kat Jln Panglima Bkt Gantang jek. dekat dgn BSN. betoi ke Mak? Main tembak je ni...hahaha
Adoii lama nya tak nampak orang ni
ReplyDeleteKemana menghilang ni haha
Selamat tahun baru 2019 HOkjer... samalah kita dah takde anak-anak yang nak diintai-intai lagi. Tahun baru pun Mrs. A kerja mcm biasa depa dah besar panjang pepandailah depa.
ReplyDeletewoww ssedapnya
ReplyDeletehai anum, masih ingat MY, lama mnyepi ai dr blog, tp tk permah lupa kwn2 blogger
selamat tahun baru kak.. Sha tak nampak lain dah.. mata duk tengok nasi goreng stong banjir tu je.. hahahaha...
ReplyDeleteSesungguhnya sotong itu menggodaku....
ReplyDeleteSelamat tahun baru...
Selamat tahun baru kak.. Hehe..
ReplyDeleteIra pun xde ngintai2 da tahun ni, darjah 2 kan, pandai2 la g kantin.
Tggu si aisyah la pulak nk sek. Nak ke tadika katanya thn depan. Layan je la.. Hehe..
Amboi mmg banjir dgn sotong tu, sampai x nmpk nasi goreng nya.. Hehe..
Salam tahun baru okje... lama tak jenguk blog okje dan kawan-kawan lain. Rindu...
ReplyDeleteAmboih nasi goreng tu. Seram nak makan.. hahhahha
Selamat tahun baru okje .. cam tau je kitaorang busy bayar yuran anak2 hehe.
ReplyDeleteTu bukan sotong banjir okje. Dah macam tsunami sotong. Punyalah banyak. Sampai nasi pun tak nampak.
Hahaha dah Bulan February mcm tak sesuai nak ucap selamat Tahun baru nom 😂🤣
ReplyDeleteKita Komen sotong je lah..
Terliur 🤤 tengok rojak sotong kangkung hang Tu..😋