Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 30 May 2014

Tetiba hati berbicara...

Salam Jumaat.......

Syukur kerana kita masih lagi dihidupkan pada hari ini. Masih dapat menatap wajah wajah kesayangan kita. Masih dapat menambah amalan yang kurang, masih berpeluang menampal mana yang lubang. Alhamdulilah...... dengan nikmat nafas yang kau pinjamkan ini Ya Allah.....

Terasa minggu ni sangat sangat menginsafkan......
Bertalu talu telinga dan mata ini dihidangkan dengan berita kematian. Bermula dengan pemergian Mak Sedara, Pak Sedara ipar sehari selepas itu, kemangkatan Sultan Perak semalam, kawan kepada kawan Papa Zir pada hari yang sama dan pagi ini dengan kematian suami kepada blogger Mak Dara.
Al-Fatihah ......


Sesungguhnya.....
"Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali " ~ Surah al-Anbiyak ayat 35 

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a...
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak gelak. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok seronok dan bergelak ketawa" 

Credit kepada Qalamislami

Menulis entri ini sambil mendengar alunan zikir daripada blog Coretan Hidup ~ Saniah Ibrahim cukup menyentuh hati pendosa ini.

Tetiba, hati berbicara.....
Andainya aku yang terpilih, mahu atau pun tidak, bersedia atau pun belum, ucapkanlah Selamat Tinggal kepada mereka yang ditinggalkan. Tinggallah wahai dunia, tinggallah anak anak ku, tinggallah suami ku, tinggallah sahabat sahabatku. Maaf ...... tiada lagi coretanku hari ini..... yang ada cuma coretan semalam sebagai kenangan, untuk tatapanmu di kala merindu.....
Tika itu, hanya amalan menjadi peneman. Menyesal tiada gunanya lagi.

Mungkinkah insan ini akan terus merindu....













 Sangat terharu bila baca komen  Kak Saniah Ibrahim. ( Kakak ke? kotnya sebaya kita! ). Tak sangka rupanya ada jugak peminat, walaupun entri OKje tah pape. Terima kasih SI.....

33 comments:

  1. Sama la kak... Berderet sy terima berita kematian sejak dr minggu lepas... Sungguhbuatkan sy merenung jauh dan insfi diri...

    ReplyDelete
  2. AL-FATIHAH pada yg telah pergi..

    ReplyDelete
  3. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

    الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
    مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
    إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
    صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

    ReplyDelete
  4. berita kematian ini memang menginsafkan..duk dengar kematian sana sini..giliran kita?
    Al-fatihah buat yg pergi..

    ReplyDelete
  5. Setiap kali menerima berita kematian, terasa kecilnya diri ni. Persediaan yang pasti masih belum mencukupi dan hati sayu mengenangkan insan-insan yang harus ditinggal pergi. Moga Allah beri petunjuk supaya lebih banyak amal dapat dilakukan sebelum tiba masanya untuk pergi. Terasa insaf sungguh membaca entri OKje di pagi Jumaat yang mulia ini.

    Al-fatihah untuk mereka yang telah pergi menyahut panggilan Ilahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupalak nk tulis. Saya pun insaf baca entry Okje kali ni.

      Delete
  6. alfatihah untuk semua yang kembali ke rahmatullah...sedih pula bila akak tulis tentang kematian..semoga kita dijauhkan dari sifat lalai dan lagho dengan nikmat dunia yg sementara

    ReplyDelete
  7. alahai hainom terasa sebak akak baca n3 kali ni....walaupun sekadar sahabat dialam maya akak rasa selalu terhibur baca entry lucu hainom,,,,tapi hari ini menyedihkan pulak...apa pun kita memang akan mati ,,,,mungkin kakak dulu ....akak ni dh penghujung 40an hainom....takziah atas pemergian mak sedara dan pak sedara hainom....

    ReplyDelete
  8. Salam jumaat kak... Salam Takziah pada semua keluarga yg di tinggal kan..Al-Fatihah...giliran kta bila plak.. Ya Allah bersediakah kta?? OPPS! Kamek pun peminat setia akak bah...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka kamek..... ramai yang minat hehe.....

      Delete
  9. Innalillahhiwainnailaihirojiun

    pasti.

    ReplyDelete
  10. Saya pun peminat setia Okje aper.. kena caya tau.. kalau tak merajuk nanti..hihi

    Ok, kembali tenangkan diri. Bila bercakap pasal kematian, risau ada, takut ada, sedih ada. Tapi, kata orang, kita doakan semoga bila sampai masanya kita dipanggil dalam keadaan yang baik2.. kena doa selalu macam tu.

    Ramai peminat blog Okje ni.. kalau sekali sekala baca terskip tu ampun kan la kami ya.. moody datang bulan kot.. hihi

    ReplyDelete
  11. al fatihah...semoga semuanya d letakkn d kalangan org yg beriman ~

    ReplyDelete
  12. inna lillahi wainnailaihi rojiun
    salam takziah saya ucapkan

    **nyong pun sukak banget mboco entry riko diknom
    angger opo orak, jenengku wes lalok no 1 nang kene..
    blog feveret nyong ki..
    nang kene lah nyong belajar boso jowo.
    t.kasih diknom

    ReplyDelete
  13. Al Fatihah buat yang telah pergi dan takziah buat keluarga mereka.....
    Giliran kita tak tahu bila, semoga Allah ampunkan dosa2 kita selama ini.....

    ReplyDelete
  14. Samalah okje.saban hari ada saja berita kematian.mmg janji allah itu pasti.setiap yg hidup..tentunya akan mati.moga dengan mengingati mati yg sgt hampir dgn kita,dpt mjauhkan diri kita dr melakukan dosa.
    Setiap saat berlalu takkan kembali lg..merindui yg telah pergi juga satu perkara yg akan kita rasai..tambah2 puls org tersayang....best entry okje ni!!

    ReplyDelete
  15. Al Fatihah, andai kita dapat memilih kematian, memanglah nak sangat mati dalam bulan Ramadan, tetapi bila difikirkan semula tentang dosa-dosa yang banyak ni terasa sangatlah takut untuk menghadapi kematian.. Tak bersedia lagi ya Allah..

    ReplyDelete
  16. Qullunafsin zaa iqotulmauut...
    Sesungguhnya yg hidup pasti akan merasai mati.
    Itu telah tercatat jelas dlm kitab Allah.
    Moga andai perginya kita biarlah telah cukup bekalan dan yg ditinggal tak terkapai-kapai.

    Takziah buat keluarga yg ditinggal. Sedih kan dinda..

    ReplyDelete
  17. Al Fatihah buat semua yang telah pergi

    ReplyDelete
  18. sama la..bulan ni memang ramai betul orang yang saya kenal meninggal..buat saya lebih kerap mengingati kematian..

    ReplyDelete
  19. saya selalu berkata pada diri ... bila masanya sudah tiba , kita tetap akan pergi ...

    ReplyDelete
  20. dari dia kita datang.. kepada dia kita kembali.. Alfatihah =(

    ReplyDelete
  21. Al Fatihah untuk semua yang telah meninggalkan kita...Semoga roh mereka akan tenang disana...

    ReplyDelete
  22. Setiapkali Nurul menerima beria kematian.. setiapkali itu jugalah merasa yang kematian itu sebenarnya sangat hampir dengan kita..

    ReplyDelete
  23. Sebenarnya setiap kematian tuh memberi keinsafan pd kita...dan mengingatkan kita pd kematian yg semakin hampir

    ReplyDelete
  24. berita kmatian mmg menginsafkan..trasa diri cukup kerdil dan takut dengan kematian, bgitulah juga perasaannya..yg pergi dah selamat disana,kita yg hidup belum tahu bagaimana penyudah hidup kita

    ReplyDelete
  25. nak dekat2 puasa nanti banyak berita kematian bakal kita dengar. dalam pemerhatian saya, dalam bulan puasa, ramai orang2 tua meninggal dunia. saya pernah dgr orang2 dulu selalu berdoa kalau meninggal biarlah dalam bulan puasa. kita pun sentiasa kena ingat mati kan..ajal menjemput tanpa diduga

    ReplyDelete
  26. alfatihah buat arwah..
    tersebak baca n3 awak. andai kita di jemput awal dari rakan2 yg lain..hanya n3 blog sebagai kenangan, segala luahan hati kita semasa menaip yg boleh di baca olih mereka yang kita tinggalkan..

    ReplyDelete
  27. takziah buat keluarga mak dara..al-fatihah

    ReplyDelete
  28. mati tu pasti okje
    cuma kita tak tahu bila dan bagaimana kematian tu
    apapun takziah

    ReplyDelete
  29. sedih baca n3 ni...ntah bila pula masa kita...cukup ke amal kita?

    ReplyDelete
  30. al fatihah buat yang telah tiada..

    ReplyDelete
  31. moga arwah semua ditempatkan bersama para solehin amin amin

    ReplyDelete