Murtabak Singapura dan Mee Bandung

Salam Selasa......

Minggu baru ni kan mak balik Muo.......
Sampai Muo terus cari Murtabak Singapura. Bulan lepas singgah, tak dapat makan sebab ramai orang. Susah weyh...... nak dapat makan Murtabak Singapura ni kat KL. Pak Jilap dengan TLBD makan jugak nasi dengan Asam Pedas, mak, diet nasi hokay!!! hehe.....

Agenda tersembunyi, sebenarnya mak nak makan murtabak tu sekeping sorang haha.....  
Murtabak Singapura


















Makan pulak dengan sos bawah ni, pergh!!! Memang nikmat dunia sungguhlah. Jangan lupa kasi banjir yeh!



Biasalah kalau dah balik kampung ni, sampai ke esok paginya, makan luar jer kerjanya hihi...... Mana nak dapat sarapan sate pagi pagi kat KL ni???  Malam tu OKje dengan pak Jilap pekena Mee Bandung pulak. Nasiblah kawen dengan orang orang sedaerah, tak payah nak gaduh bab makan!
Kalau korang datang Muar jangan lupa cuba Mee Bandung yek. Kalau tak cuba, memang korang akan menyesal seumur hidup tau! Ha, jangan salah cari kat Batu Pahat pulak....hehe.....  Batu Pahat mana ada apa apa hahaha....

Mee Bandung

Comments

  1. murtabak singapura tu kan besar kak Okje...larat ke habiskan sorang?kalau saya 3 kali makan.balik kampung kirim salam orang Muo ye..nanti Chinese New Year sy balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal.....boleh jer kalau tengah lapo hihi. Tengoklah perut Sal tu, berapa jer isipadunya, perut okje berapa pulak .....Adoii Sal kalau 3 x makan tu mmg standard baby baby tu haha..

      Delete
  2. samalah anak kakak si fateha katanya diet makan nasi tapi semua makann lain dibedal.
    Kakak makan murtabak singapura 3 kpng 7beranak ...boleh ke hainom makan sorang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SI tak denya diet nasi, waktu tu jer dietnya....hihi...
      Besar ke murtabak tu SI? Takdelah sangat....kalau lapar boleh jer habis sorang tubrasanya..

      Delete
  3. zalimnyer ko kak.... tnjuk makanan yg sedap2 yg kt kl pyh nk jumpa... kalu jumpa pun mertabak singapura kt kl tak sama ngn kt muo tuh kak oi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....sesekali hakak mmg sengaja nak tunjuk zalim kat org Johor yg duduk KL ni....biar ko terliur tahap gaban ...

      Delete
  4. Salam hainom,
    25 dec lps masa ride ke Muo pun pekena Mee Bandong juga. Mmang enak skali ..
    Orong smpet ngawe entri nay la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wes rong kali ketok ney riko mareng Muar yo....

      Delete
  5. kak ape beza murtabak singapura tu? tak banyak bawang ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging dia tu Kiera....daging dia mcm daging serunding di tabur didlm dan di luar murtabak tu...Sedap! Bawang biasa jer

      Delete
  6. apa nama kedai & landmark nak ke kedai murtabak & kedai mee bandung tu? boleh la saya singgah jap on the way balik jb...

    kat BP ada beriani gam poweerrrr..
    ada mee racun..
    hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh.....nak jack org BP ke hape ni?hihi...au Dari KL jumpa sekolah Sains Muar..... depa sikit ada shoplot, ada tulis kedai Murtabak Singapura, kedai dia dekat hujung hujung sebelum Pam Minyak....Mee bandung tu pulak selalu okje makan merata, tak mengira tempat. Kedai batu 2 tingkat tepi sungai tu pun ada. Trylah nasi ayam berlada sekali ek....

      Delete
  7. wee...sdapnya..mtk skit kak..:)

    ReplyDelete
  8. sedapnyaa mee bandung tuu. terliur tengok akak oii :D

    ReplyDelete
  9. rugi ari tu pi sana tak mkn mutabak ni ..sedap ke kak .... menarik je gaya nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg rugi ko Eima haha.....Okje sukalah...

      Delete
  10. Eleh, apalah sangat mi bandung pun nak kecoh. Kita pi beli rempah buat segala mi lagi kat BP tu..... Setakat murtabak Singapore pun nak eksyen mencilok padahal BP tu sepelaung je dari Singapore berbanding Muo! Pun kita tak kecoh masyhurkan murtabak Singapore nih tau *_*

    Jangan tak tahu selain daripada lebih maju, BP juga ada beriani gam marbeles dan mi racun macam kata DZ tu. Eh, pendekata kalau nak senaraikan keistimewaan BP ni memang kena buat satu entri berkajang-kajang. Ahah, terkedu pulak kang membaca sambil lap-lap air liur :)

    Mak, lama gila kita tak makan mi bandung tapi takdalah sampai nak lari pi batu belah batu bertangkup kat Bt Caves nun.... Murtabak Singapore ni, apa ke bestnya? Heh, Kak Ton tak pernah cuba sebenarnya. Kaya dengan bawang tak?

    Nanti Mak balik kampung silalah jangan segan, jangan malu bekalkan Kak Ton murtabak Singapore dan Mi Bandung Muo yang Mak kata famous tu. Bukan apa...katanya berjiran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huahaaha......dah agak dah org BP mesti berapi rapi tahap kejelesannya, mulalah nak mencari bahan nak balas debat...

      La .....katanya BP tu daerah paling mashyur kat Johor dan paling dekatlah sangat dgn Singapura tu, tp sadisnya org Batu Pahat tak pernah rasa Murtabak Singapura rupanya......kesiannnn hihi.....

      Sedap kak Ton.....lainlah dpd murtabak yg biasa kat KL ni. Dia mcm garing sikit, ada mcm daging serunding tabur gitu....Alah kalau tak mo bawang boleh jer cakap tak mo....tp ada bawanglah sedap, ada rasa manis manis gitu....

      Apa? Apa kak Ton..... nak makanan paling femes kat Muo tu? Boleh jer kalau kak Ton betul betul berjiran sebelah rumah dgn mak dialam nyata ni....

      Delete
    2. Memanglah BP paling masyhur kat Johor ni tapikan kita kalau balik BP tak makanlah makanan famous-famous cam gini, Maklumlah orang KL balik kampung, haruslah pergi KRR, tak pun buat spaghetti olio bagi orang kampung rasa. Tak pun BBQ gitu... Huahahaha....

      Udah-udahlah nak menjealouskan orang, nanti terjealous lebih diri sendiri ^_^

      Okey, balik dulu eh takut kena babat kat punggung :)

      Delete
  11. Marah orang Batu pahat okje.hahaha

    Samalah kita klu balik kampung asyik makan luar je!Nmpk sedap murtabak n mee Bandung.mmg muar paling femes dengan mee bandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....biarkan jer PK.....mmg sengaja curah minyak tanah hihi

      Delete
  12. patut acik pi Batu Pahat tak jumpa mee bandung ye okje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.....tak de ke AE....patutnya ada jugak tu....

      Delete
  13. Replies
    1. Mamak mana tau buat Murtabak Singapura Hana

      Delete
  14. senaraikan lah..tempat2 makan tu.. nnt kalau saya dpt pegi Muar boleh pergi terjah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak senaraikan yeh?.....Nanti balik Muo okje ambik gambar kedai lah kot lagi senang yek nak terjah....

      Delete
  15. Murtabak Singapura ni saiznya besar dan intinya banyak daging dari bawang.
    Saya suka. Almaklum orang Johor kan. Senegeri kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu LM....mmg terbaeklah ....
      Oh sama sama sukalah kita yer kalau cenggini hihi....

      Delete
  16. Nak, nak, nak..

    makan x ingat org sini ya geng..

    ReplyDelete
  17. Nak, nak, nak..

    makan x ingat org sini ya geng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah makan sedap semua orangnpun kita tak ingat dah geng haha

      Delete
  18. Aik..ajaib nih..tuan blog tak letak gambar sendiri walaupun ada gambar anak2..hehe...selalunya ada gambar anak2 ada la gambar cik puan nya..heheh...mesti sebab takut nak letak gambar sendiri yang dah lesu kekenyangan makan murtabak tu..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik bin ajaib yek....hihi...kang buh selalu awak menyampah pulak DR hihi....
      Eh.....you kita ada petik nama awak tau kat entry Jatuh Cinta Pandang Pertama...

      Delete
  19. mee bandung Muo memang terbaik.kalo tak org Muo sendiri yg puji sape lagi nak puji kan?KY kalo balik Muo beli jer rempah mee bandung Mak Pon..sedap juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KY....KY pun org Muokan.....
      Okje kakak mmg ada jual rempah ni.....mmg lah sedap sebab kakak sendiri buat hihi

      Delete
  20. Eleh... ingat Muo aje ada. Batu Pahat dan Pontian pun ada tau haha..
    Kanda dah tak heran dah (ni tanda berlagak sebab dah selalu pekenalah dinda macam tak tahu pulak hihi...)

    ps: bapak sekarang kerjanya merayap dinda. Kejap rumah abang, kejap rumah kakak di Kota Tinggi dan kejap di rumah kanda. Dia memang nak kena urut selalu jadi en abe kanda yg paling serasi agaknya itu yg baru berapa hari di rumah kakak kanda dah minta balik kg. Dah tu kena ambil balik ke JB.

    Kg kanda kan kat Kukup aje. Sejam dari JB dah sampai:)

    ReplyDelete
  21. Salam. Hee pisau tajam kalau tikam luka tau.

    ReplyDelete
  22. Setakat ni belum pernah lg rasa mee bandung yg sedap. Semua pun ok ok ja. Agaknya mesti nak ke muar klu nak rasa mee bandung yg sedap itu.

    ReplyDelete
  23. wah gambar last sekali macam tak sabar nak makan dah tu.

    mmm murtabak makan dengan sos? baru first time tengok.
    di penang macam biasalah makan dengan kuah kari

    ReplyDelete
  24. Saya amik alamat kat komen di atas ya.. kalau ke muar lain kali nak ke kedai ni. Nampak menarik dgn penerangan Okje ni. Ai..kalau makan sedap memang puas hati ya.. tapi murtabak dengan kuah ada timun macam ni rasanya saya tak pernah makan lagi..

    ReplyDelete
  25. selalu gak mkn mee bandung kat muo dlm perjlnn balik ke kl . siap beli perencah segera lagi ... murtabak tu lagi byk kolesterol lah ok je . saya mmg elak mkn benda tu ...

    ReplyDelete
  26. Salam..okje..sy aishah..ada satu lgi kedai murtabak sgpore lgi sedap..di jln abd rahman..lps parit perupok..tepi jln ..murtabak salman..buka kul 4ptg..cuba la sgt sedp..

    ReplyDelete
  27. saya tak penah makan murtabak singapore ke, indonesia ka, thailand ka
    biasa yang malaysia aje selalu dok makan
    see...i am truly malaysian...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts