Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 13 May 2016

Every Love Story is beautiful

Salam Jumaat.....

Salam sayang, salam rindu, salam penuh keberkatan, moga hari ini, hari yang  indah dan ceria buat semua! Eh dah kenapa ni? Sawan salam ke hape mak hari ni? Haha...... Gitulah kalau dah semakin kilauan emas permata, macam macam sawan hinggap pagi pagi ni!

Biasanya blog mak hari ni tak akan meriah macam hari hari biasa. Kalau hari hari biasa, selalunya komen sampai 20 lebih, tapi hari Jumaat, biasanya nak sampai 10 komen pun susah. Maklumlah blog cukup cukup makan, gitulah gayanya hihi...

Boring jugakkan balik balik cerita makan, makan dan makan. Macamlah dia sorang yang cukup makan haha....

Meh le hari ni kita cerita pasal kahwin pulak. Dah kenapa hari ni sawan kahwin pulak ni? Tak boleh ke???? Walaupun mak ni bukan Doktor Cinta tapi topik kahwin ni best tau! Mak suka jugaklah baca kisah Asam Garam Rumahtangga orang dalam suratkhabar tu, tak pun dalam FB.  Tidak terniat pun nak bertepuk tangan melihat kehancuran rumahtangga orang lain, cuma untuk dijadikan panduan dan teladan! Aina BlossomSal,  Cik Nor, ko jangan banyak cakap, ko hadam aje apa yang mak nak tulis ni, ko apa tau, ko anak dara! kehkehkeh......

Semua orang pun mengimpikan untuk berkahwinkan, Terutama anak dara kat atas tu hihi.... Yang dah kawen pulak, mengimpikan rumahtangga yang bahagia hingga akhir hayat. Mempunyai anak anak yang comel dan sempurna. Tapi tidak semua orang dapat apa yang diimpikan. Ada yang kecundang di tengah jalan, ada yang dah beranak pinak, bahagia pada mulanya, tapi kecundang pulak di hari tua. Siapalah kita nak menidakkan takdir Allah kan?

Tiada pasangan yang mengharapkan kehancuran dalam sesebuah perkahwinan! Orang gila, mungkinlah kot... Penat weyh menyulam cinta bertahun tahun! Penat mengandung lagi, penat lelah besarkan anak anak sama sama lagi, penat kumpul duit sama sama lagi, penat melayan rajuk lagi, tetiba hanya kerana perkara yang kecil, perkahwinan itu hancur sekelip mata! 

Tapi siapalah kita nak mengadili rumahtangga orangkan. Dapat mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sendiri dengan baik pun dah cukup bersyukur. Orang cakap memang mudah, dalam berumahtangga ni, kena banyak bersabar, kena banyak mengalah, kena banyak bertolak ansur, tapi sebenarnya hanya orang yang melaluinya saja yang tahu betapa hebatnya dugaan berumahtangga ni. Jangan takut pulak korang nak berkahwin tau wahai anak dara!Hihi.... Best weyh!hahaha..... 

Meh le kita mintak resepi kebahagiaan rumahtangga kepada mereka yang lebih berpengalaman macam Kak Cik Seroja yang sentiasa romantik dengan abang Sadonya, Kak Noor yang tak pernah jemu melayan perut Abang Hajinya, Kak Zai yang sentiasa dimanjakan oleh suaminya dan Kak Yon yang tak habis habis berjalan melancong ke sana ke sini dengan Encik Papanya..... Kagum mak tau!!! 

Tapi mak percaya semua orang pun nak bahtera yang dibina bersama orang tersayang akan kekal bahagia hingga ke syurga......

Termasuklah mak weyh.... Mencari yang sempurna memang tidak akan berjumpa. Tapi ketidak sempurnaan itulah yang membuatkan kita saling melengkapi...... gitu ko.....

Every Love Story is beautiful but Ours is my Favourite, I love you bang...... Wahhhhh......macamlah dia sorang ada laki  hahaha......

34 comments:

  1. Singgah pagi....
    Dlm berumahtangga ada pelbagai rasa kan :)

    ReplyDelete
  2. eh eh hari ni terasa best lain macam lah entri kak nom
    semoga rumahtangga kita sama-sama dirahmati Ilahi.

    #saling melengkapi tu yg penting

    ReplyDelete
  3. wah gituuuuu. masing-masing ada cerita sendiri kan kak :')

    ReplyDelete
  4. eceh... nengok tajuk pun dh seram dh....
    hehehehhe... i luv 2 msti pak jilap jwb gitu

    ReplyDelete
  5. Warna warni kehidupan asam garam rumahtangga

    ReplyDelete
  6. Dah kenapa Mak pagi ni? Meroyan lain macam pulak. Hahaha!

    Terkejut chimpanzee Kak Ton bila Mak berkata-kata tentang cinta. Love story gitu pepagi Jumaat ni. Mak baru lepas tengok drama Melayu cintan-cintun kat Astro ek???

    Yalah, Mak! Masa bercinta memang indah sesaja. Seminit tak jumpa, rasa nak pengsan menahan rindu. Lepas kahwin, barulah keluar segala kisah suka-duka. Tapi itulah asam garam rumahtangga. Suka macamana sekali pun, sayang macamana sekalipun, sesekali tetap juga tergigit lidah bertelingkah. Tapi overall, memanglah dia insan yang paling kucintai, gitu ^_^

    ReplyDelete
  7. Betul HO saya pun admire rakan blogger yang HO sebut tu, bertuahkan mereka ini termasuk HO la, disayangi jugak tu cuma tak bagitau kut.. yang penting bahagia ken..

    ReplyDelete
  8. pahit manis asam garam
    rumah tangga...hihi

    ReplyDelete
  9. Wah harini bagi motivasi bab2 kawen pulak ya nom....
    Yalah nom berbagai cerita rumahtangga skg ni.Kdng dah berpuloh2 tahun pun boleh bercerai berai.
    Mana mungkin nak dapat yang sempurna ,kita hanya manusia biasa..Allah yang menentukan jodoh kita .
    Semoga kebahagiaan kita bersama pasangan kita kekal till jannah.

    ReplyDelete
  10. semoga kita semua merasa bahagia sentiasa... bahagia boleh dirasai andai kita sentiasa positif.. kan..kan.. :)

    ReplyDelete
  11. in shaa Allah okje..bahagia selamanya dengan suami tercinta dan anak2

    ReplyDelete
  12. hahaha..nak komen jugak walaupun masih berstatus anak dara..betul cakap Mak tu, setengah orang suka compare family dia dengan family orang lain.tu yang asyik rasa banyak kekurangan.Semoga mak jilap dan pak jilap bahagia ke akhir hayat dan dikurniakan menantu dan cucu soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  13. syok aih sesekali baca entri pasal cinta nih, betul tu mak perjalanan kisah cinta setiap orang tu berbeza, hanya mereka sahaja yang tahu, kita siapa untuk menilaikan, moga rumahtangga kita kekal bahagia hingga ke dalam syurga

    ReplyDelete
  14. Susah senang dikongsi bersama..resepi mudah untuk rumahtangga bahagia..cewahhh..

    ReplyDelete
  15. Walaupun ketika menikmati hidangan lazat tidak mustahil boleh tergelicir lidah hingga tergigit. Tapi bukan bererti bila tergigit lidah terus berhenti menikmati hidangan. Kerana yg terhidang dpn mata enak sebenarnya...

    Begitulah resam hidup berumahtangga.

    Kanda kalau merajuk diam aje tak cakap sampai abang buat kelakar cucuk hidung ke, geletek kaki baru ke boleh senyum. Ini dah tua ni:)

    ReplyDelete
  16. Nom...
    Terharu sungguh baca entri kasih sayang ni tau..
    Itu lah Nom..
    Kita bak pakaian..
    Saling lengkap melengkapi..
    Kalau koyak kita jahit semula agar bercantum..
    Walaupun meninggal kan kesan..

    ReplyDelete
  17. Maaakk patut kita tersedak lain machiaaam hari ni. Kena seru ghupa nya. Hahahaha.
    Btul la tu mak opkos kisah cinta sndiri jd idaman kolbu. Yg rasa pahit manis pn diri sndiri kan.. (^^,) Suka iols tgk pasangan yg masih romantik walaupun da berstatus veteran. Hihihi. Mak doakan yg terbaik utk kita ye mak.! Moga mak n husband kekal bahagia hingga jannah!. Amin ^^

    ReplyDelete
  18. CM dah rasa gagal dalam rumahtangga.. bercinta beria2, tapi sebumbung cuma 3 bulan. Mengandung dan beranak sorang2 tanpa suami. Tapi teruskan ke hadapan kerana tidak guna meratap, buang masa dan airmata je. Sekarang alhamdulillah bahagia dengan rumahtangga ke dua. Insyaallah sampai ke syurga hendaknya.

    ReplyDelete
  19. Sejibik cam pakar motivasi perkawenan gitew, meh sume ank2 dara berguru dgn mak okje nih, he he.
    Yelah..betul la tu, kisah cinta kitalah yg paling manis, perjalanan rumahtangga kitalah yg paling beraneka ragam, dan kasih sayang antara kita dan suami kitalah yg nk kita pupuk kekal hingga ke hujung nyawa..

    ReplyDelete
  20. Sejibik cam pakar motivasi perkawenan gitew, meh sume ank2 dara berguru dgn mak okje nih, he he.
    Yelah..betul la tu, kisah cinta kitalah yg paling manis, perjalanan rumahtangga kitalah yg paling beraneka ragam, dan kasih sayang antara kita dan suami kitalah yg nk kita pupuk kekal hingga ke hujung nyawa..

    ReplyDelete
  21. Terharu baca n3 anom tentang cinta rumah tangga.Jodoh dan rezeki kan semua ditanganNya.Kak zai tak ada resepi apa pun cuma byk bertolak ansur dan menerima kekurangan masing2.Harap2 rumahtangga kita semua kekal dan bahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  22. fuyoooo...ayat hang mak terlopong kite baca tau...dasyat seh...hang jadi perunding perkahwinan la pasni...cam sesuai je...hahaha...moga hang bahagia sampai jannah mak...aminn

    ReplyDelete
  23. Betullah mana ada org bina rumahtangga maukan kehancuran.mitak2 kita semua dijauhkan la dr perpisahan ni semua..tak sanggup la kan kebahagiaan ini tak kekal berpanjangan..ewah dah kenapa saya pun sawan gak ni..sawan berfalsafah.hahaha...

    Takpe masing2 ada laki masing2..say i love u to laki masing2 its ok.yg tak ok klu i love u kt laki org.huhu

    ReplyDelete
  24. Ragam lepas kahwin tak sama dengan semasa bercinta.. kan???

    ReplyDelete
  25. semoga cinta tetap subur di hati kita semua..

    ReplyDelete
  26. Patutlah kaknoor asyik tersedak2 seharian ni rupanya ada orang jauhh yg ingatkan kaknoor, terimakasih Anom tagkan kaknoor.
    Alahai mana lah ada resepi kebahagian rumahtangga yg Anom ckpkan tu
    Mungkin jugak dah tersurat sejak azali lagi chewahhhhhhh
    Jodoh pertemuan di tangan Allah
    Kaknoor pun tak sangka boleh mendapat jodoh orang jauh sebelah borneo ni
    Memang tak termimpi pun tapi tu lah kan
    Dapat pulak pak haji yang snagat humble dumble tu
    ok cukup cukup dh terlajak lah pulak ceritakan segala nya.
    Sebenarnya itulah suratan bukan kebetulan
    kannnnnn

    ReplyDelete
  27. Ni patutnya jadikan ikon rmh tangga ni..pasangan bahagia..semoga kekal hingga kejannah
    Mcm drama azura jer yg last sekali tu...tapi ni cerita hainommmm

    ReplyDelete
  28. Ni patutnya jadikan ikon rmh tangga ni..pasangan bahagia..semoga kekal hingga kejannah
    Mcm drama azura jer yg last sekali tu...tapi ni cerita hainommmm

    ReplyDelete
  29. Assalaamualaikum Hanom.
    tak reti nak komen apa..
    adat berumahtangga..ada pasang surutnya..ada tangis dan tawanya. tak seindah sperti yg kita sangka pada mulanya.yg penting terimalah jodoh pasangan kita seadanya dia..kerana Allah telah memberi yg terbaik buat kita..
    Anom..bajai semula cinta di usia 40an..semuga mekar kembali..mcm bunga2 kat taman tu..hihi

    ReplyDelete
  30. hamboi nom. jiwang karats entry ni.
    terutama gambo yg last tu. cantik gilos!
    kredit to tukang amik gambo :)

    ReplyDelete
  31. Wadduhhhh...romantik
    Moga bahagia selamanya...aamiin

    ReplyDelete
  32. Waduh...kakcik terlepas dari membaca dan mengomen catatan yang ini walau pun nama kakcik ditanda...hihihi...

    Baru beberapa hari lepas kakcik dan suami ada 'bercakap-cakap' dengan anak menantu tentang rumahtangga mana yang tidak ada gelora. Besar atau kecil, pasti ada. Cuma terpulang bagaimana kita menanganinya.

    Bagi kakcik, bila ada selisih faham, jangan cetuskan peperangan. Kalau seorang membebel, seorang lagi eloklah diam. Biar panas menjadi dingin. Akhirnya suasana In Shaa Allah akan kembali tenang...

    Jika ada bisikan-bisikan jahat di hati, segera ingat bahawa suami itu Allah yang miliki. Bila-bila dia boleh ambil kembali. Istighfar. Semoga Allah melimpahkan rasa kasihNya ke dalam hati kita dan pasangan...

    ReplyDelete
  33. Syabas OKJE..mcm tngah di lamun cinta pulak ye..semuga kita semua terus bahagia hingga ke jannah amiin

    ReplyDelete