Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 16 June 2016

Jam Antik

Salam 11 Ramadhan ......

Malam tadi pukul 9.30 mak dah tidur. Mengantuk sungguh weyh. Kalah orang sedut daun ketum tau hahaha.... Sedar sedar, Pak Jilapah dah balik dari masjid. Bini tengah sedap bermimpi dalam bilik hoho..... Memang tak senonoh betul. Masjid taman mak ni buat terawih berselang dengan tazkirah. Paling cepat pun Pak Jilapah sampai rumah, mesti pukul 10.30 ke atas. 

Aduhaiiii..... sedih mengenangkan nasib diri yang utamakan tido ni huhu...  

Jam dinding ni mak bawak balik dari kampung. Bonda yang beriya sangat suruh bawak. Seboleh boleh dia nak suruh mak bawak balik KL. Walaupun ramai yang berkenan, tapi dia tetap nak bagi mak. Anak bongsu katakan hihi....  Masalahnya, anak bongsu dia ni bukan pencinta barang antik! Orang suka moden kontemporari! Pergh!!!.....Konsep memang tak boleh blah walaupun dah kilauan haha.....


Memang betul betul jam antik ni. Yelah.....masih guna kunci untuk menjalankan operasi jam. Antiklah tu kan......Jangan tanya mak macamana cara nak mengunci jam ni. Pusing ajelah kot! Hari tu mak try jugak mengunci, tapi macam ketat je weyh. Dah, tak payah susah susah, kita serahkan ajelah pada Pakcik Sado dalam rumah ni hihi.... 


Kalau zaman mak kecik dulu, jam ni akan berbunyi mengikut nombor jam. Kalau pukul 3, 3 kalilah bunyinya. Kalau pukul 3.30, bunyinya cuma sekali. Itulah kelebihannya agaknya. Dari atas katil pun dah boleh tau pukul berapa.  Tapi sekarang ni nampaknya dah tak berfungsi lagi bunyinya. Kita pulak yang kena tekan butang kat tepi tu, barulah dia berbunyi. Ceh!! Dah andropouselah tu haha.....


Dalam selamat pun sangkut kat dinding. Huh......tak payahlah nak berkonsep konsep sangat di Hari Raya, kita tiru ajelah konsep Kak Ton, konsep caca marba! hihi.....

.

23 comments:

  1. arwah bapak akak pun ada jam macam ni nom tapi tak lah cantek macam mak hainom punya.Masa arwah bapak akak meninggal dan mak akak nak tinggal dgn akak maka pindahlah brg2 sekali.Akak teringin sangat jam ni tapi akak akak dah ambil dulu...huhuu.Sampai ni masih berpungsi lagi nom walaupun beli tahun 1969 tertulis kat dlm jam tu yg akak nampak.Best kan bila dia berbunyi ting...ting ...nostalgia sungguh.

    ReplyDelete
  2. kalau jual tu msti mahal tuh kak nom...
    teringat kt umah makcik ada jam antik jgk mcm ni tp ada ukiran lawo2...
    ramai org usha nk beli jam tu tp dulu arwah atuk tak bg... sampai skrg ada lg n berfungsi lg

    ReplyDelete
  3. rumah mak mentua saya ade satu ... mmg kena guna kunci nak setting jam ....

    ReplyDelete
  4. Mak ni kan, bila Kak Ton terdetik nak mengumpat aje, mesti dia pun mengumpat kita ^_^ Serasi bersama betul ler!

    Semalam Kak Ton rasa hari tidur awal sedunia kotnya, Mak. Mata Kak Ton pun bagai digam-gam, tak boleh buka walaupun jam baru pukul 9.30 malam! Mulanya nak landing aje tetiba terus zzzz!

    Antiklah Mak jam ni. Kak Ton tak pernah jumpa zaman dulu-dulu di daerah rumah Kak Ton. Yang Kak Ton jumpa basikal antik arwah atok.

    Oh, yalah! Konsep moden kontemporari pilihan Mak! Padanlah lain macam aje gaya sofa baru. Eh, gambar sofa belum keluar lagikan!

    ReplyDelete
  5. Elok lagi jam tu ye nom..
    Rumah CH dulu pun ada ..
    Guna kunci jugak..
    CH cukup time nak putar kunci tu hihihi..
    Siap berebut2 dgn kakak2..
    Bunyi jam ni mcm biasa jer..
    Sama juga berbunyi ikut pukul brpa.. jika pukul 4 maka 4 kali lah berbunyi..
    Yg paling seram bunyi jam arwah atuk kat kg..
    Hendaknya bila pukul 12 malam..
    Sampai penyewa sewa rumah atuk tu suruh tutup bunyi jam..
    Seram... meremang bulu tengkuk kata nya..

    Elok pulak cantik tergantung tu Nom..
    Terserlah keantikan jam tu..
    Senang kata..
    Sesuai lah kat rumah ko tu nom..

    Bila nak selfie dgn sofa baru 😆😂

    ReplyDelete
  6. rumah nenek saya masih pakai jam ni kak...dan bunyi dia pun masih berfungsi lagi..jam ni letak dia kat hall rumah nenek..kalau kami balik kampung, kami akan tidur hall reramai..yang tak syoknya bila dia akan berbunyi dua belas kali waktu tengah malam...oiiii!! orang nak tido la...hahaha...

    ReplyDelete
  7. Mmg sgt2 antik...
    kat umah mak nur pun ada jam gini tp moden n terbaru gak hihi
    klau x pusing kuncinya...diam la kau keras kat situ...mcm leceh pulak
    mare mak klau kutuk jam dia huhu

    ReplyDelete
  8. Mmg sgt2 antik...
    kat umah mak nur pun ada jam gini tp moden n terbaru gak hihi
    klau x pusing kuncinya...diam la kau keras kat situ...mcm leceh pulak
    mare mak klau kutuk jam dia huhu

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni tak jumpa dah jam macam ni...kalu ada pun nampak macam kayu tapi plastik...

    Betul tu dia bunyi ikut waktu pukul berapa... kalu di gilap balik jam ni pasti berkilau kembali.

    ReplyDelete
  10. Kanda tak tahulah mana pergi jam rumah embah kanda yg macam ini dulu
    Bunyinya bergema satu rumah. Tak boleh ingat langsung siapa yg ambil dah..

    ReplyDelete
  11. hahaha..oklah tu..konsep moden campur klasik..

    ReplyDelete
  12. KAK NAK PUJUK SAPE KAK .... SY LAKI BINI DPT BAUCAR TUNAI TP TATAU BAUCAR APE ... HAHAHA

    ReplyDelete
  13. Rumah nenek saya pun ada dulu tp dah dicuri org. Betul tu mak jam ni berbunyi ikut nombornya.
    Kadang2kan dia berbunyi sesuka hati tmbh2 waktu mlm..makcik saya sampai balut2 ikat dgn kain taknak dia bunyi, menyeramkanlah mak. Tapi jam antik mak tu baik kot.... Tak buat hal hehe

    ReplyDelete
  14. sekarang yang antik2 gini laku keras ni Hainom
    umah kaknoor mmg tak pernah ada lah jam yg gini
    almaklum orang kampong dulu2 mana ada jam segala
    nak tau pukul berapa ikut matahari je heee
    lagi antik dari jam ni rasa nya kot kannn

    ReplyDelete
  15. Hahaha comel pulak jam ni....

    ReplyDelete
  16. Pergggh jam antik ... susah nak cari jam gitu skg okje .. Oklah untuk tambah hiasan untuk hari raya ... kira konsep2 raya klasik gitu

    ReplyDelete
  17. Ai suka jam bunyi bunyi camni. Tp kuat makan bateri weyh. X larat nak tukar bateri.

    ReplyDelete
  18. antik sungguh tu, tapi cantik juga tu dah siap tergantung tu ha

    ReplyDelete
  19. Saya pun kuat tido Ramadhan ni.
    Maybe sebab bgn sahur 4pg lgsg xtdo dah terus pi keje pastu.

    ReplyDelete
  20. Baik baik sat gi orang muzium datang interview pasal jam ni.. murah rezeki nak beli pulak..ha ha ..orang kaya baru ler.. vintage consep tu cantik :) ngantuk tu betul, mungkin faktor umur atau pun permakanan kita.. syukur la en jilap terawih kan..

    ReplyDelete
  21. saya ingat saya sorang je yg mata mesti nak katup bila masuk 9.30 . baring je tido , baring je tido . pastu kul 1 pagi , terjaga ... nasib baik le tak menternak lemak . klu tdk , harus bln ramadhan mengemukkan badan ... huhuhuuu

    ReplyDelete