Kota Kinabalu - Kundasang Desa Dairy Farm

Salam Isnin......

Ni semua gara gara Aryan Azra dengan Mia Kassimlah ni..... tengok apa dah jadi?? Kan mak dah ke Kundasang? Tolong kecam  minah 2 orang tu sekarang jugak! Haha....

Bertabahlah korang ye seminggu dua ni, memang muntah kaler kalerlah korang nampaknya layan gambar mak. Sebenarnya mak frust sebab tak dapat snap angle yang cantik satu family kat sini. Entah kenapa, tetiba pulak macam kena sawan penunggu gunung memasing, sorang tak de mood, sorang merajuk, sorang tu pulak terlebih excited..... sudahnya, huh...... apa apa ajelah. 

Inilah masalahnya bila orang baju hitam tu tak boleh nak plan cuti. Semua terpaksa plan last minit. Jenuh mak mengenen Pak Jilap tau. Mak bukan apa, mak fikirkan sementara anak anak tengah berkumpul ni. Esok esok kalau Angry Bird dah sambung belajar, entah bilalah dapat berkumpulnya lagi pulak. Kalau mak tak grab yang last minit ni, nak tunggu bila lagi? Dijangkakan mereputlah mak sampai menapose tak kemana weyh hihi.....

Wajiblah buh gambar berdua acah acah honeymoon kan haha..... Nak posing acah acah angkat macam orang tu, kang patah pinggang pulak Pak Jilap kihkihkih.... 

                 

Objektif utama ke sini sebenarnya nak bawak anak anak merasa naik kapal terbang. Tak dapat pergi jauh sangat, pergi jauh sikit, jadiklah kan. Puaslah jugak duduk 2 jam 30 minit dalam perut kapal terbang tu. Tapi yang sebenarnya, bukan anak anak aje yang teruja, maknya pun terlebih teruja hihi.... tapi coverlah kan......

Mana nak dapat kat tempat lain? Makan aiskrim sambil menikmati aroma bau mooooooo haha.....


Mak ke Desa Dairy Farm ni hari ke 2 sebenarnya. Landing aje kat Kota Kinabalu pukul 10 lebih, pagi Khamis tu mak terus ke Kundasang. Dah plan nak tidur Kundasang 1 malam, tidur Kota Kinabalu 1 malam. 2 malam aje pun. Kereta dengan hotel memang dah book online. Tapi yang spoilnya, dapat kereta yang tak berapa elok. Booking Preve dapat Pesona. Buruk tu OK lagilah..... engin mati mati tu yang harunya. Dahlah mak nak naik bukit, duk belakang lori lagi, jalan selekoh selekoh lagi, engin pulak mati mati......korang rasa?

Nantilah mak cerita kat mana mak anak beranak tersadai hari pertama tu.  Sadis weyh....



Memang tak ada rezeki mak nak tengok puncak Kinabalu. Tebal awan masa ni. Terkejut kot tengok mak sampai Kundasang haha....

Bukti dah tinggal jejak kat Desa Dairy Farm. Hish....gambar ni lupa nak tahan nafas pulak ! Tolong salahkan angin! haha....

Oklah...... esok sambung lagi. Mak nak masak ni, anak mak nak sekolah. Ikutkan mood, nak aje sambung cuti masak haha...... 

Comments

  1. Macam tulah mood anak2 ni Nom..
    Susah nak dijangka..
    kekadang naik geram jugak kan..
    Bertabahlah ye :D

    Aduh spoil betul kereta buat perangai..
    rosak program ye nom..

    CH pernah jugak sampai kundasang ni nom..
    Lama dah nom..
    tahun 2003 nom hahahhaha..
    mereputlah tak pergi lagi..
    masa tu tak femes diary farm ni..
    cuma gi beli sayur-sayuran jer..
    lebih kurang cameron highland tu..

    Tak sabar jugak nak tunggu next entri..
    masak Kari kentang lagi ke :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dah sampai rupanya hang ye Ti. Apa nak ditengok kat sana Ti kalau bukan Dairy Farm ni?
      Kat Semenanjung sayur pun banyak haha....

      Tengah jemu kari kentang sekarang ni. Nanti tunggulah bulan depan kot hihi

      Delete
  2. bestnya memang ada dalam list nak terjah gak ke sana

    ReplyDelete
  3. wah..bestnya g bercuti..kak nk ole2 dari sabah..hihi

    ReplyDelete
  4. wahwahh ke kundasang ye kak nom..cantiknya langit biru awan kabus2.. kami dah berapa kali plan, tak pegi2 jugak..tunggu mereput dulu agaknya hahaha..

    ReplyDelete
  5. amboi mak bukan gunung je terkejut .kitew pun tanjat tau tetiba mak dah kat kundasang, diam2 je pergi cuti2 tu ha..ala mak tak try suh pak jilap angkat tu, kalau mak suruh mesti pak jilap boleh angkat punya, mak malu la tu kan..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh.....kang sapa nak bawak kereta turun Kundasang pulak Azra oiii kalau Pak Jilap sakit pinggang?hihi...

      Delete
  6. Dulu pergi Sabah takda can kak nak singgah sini. Lalu je depan tu sambil berhuhuhu sebab nak balik awal kejar flight. Sedih betul. Nak pergi sini juga satu hari nanti.

    ReplyDelete
  7. Kundasang sentiasa di hatiku... Kedinginannya mendamaikan... :)

    ReplyDelete
  8. bestnye jln jln sana.....mak, ada belikan kita susu x? hehehe....

    ReplyDelete
  9. wowww! Kundasang aku datang.. xsabaq nk dengar cerita mak seterusnya..tahu dah cerita mak mesti lain dari yang lain..eh, jeles la mak dah pakai baju tangan ropol2..kita baru dok usha':D

    ReplyDelete
  10. Wahhh!! !best nya lahai. Nany pernah gi Kundasang masa anak 2 dulu. Hahah! lama giler! tak pergi pun Dairy Farm tuh sebab nya hujan kot. Tapi awan kat langit tuh sangat2 cantik!

    ReplyDelete
  11. waaaaaaaaaaaaaaa bestnya kak nom.... cantik betul kundasang...
    pengalaman yg tak best tu kite bt2 lupe, yg penting dpt jln2... dpt tgk tempat yg cantik2... syoknya

    ReplyDelete
  12. Seronoknya Hainom pergi cuti. Dekat2 pun takpe, asal dapat keluar rumah dan tutup dapur hee..hee...

    ReplyDelete
  13. Seronok dapat bercuti dengan anak2 kan.Yalah kalau ank2 dh sambung belajar nanti cuti dah tak sama .
    Kesiannya masalah kereta tu...tak sabar nk tau cerita seterusnya.

    ReplyDelete
  14. Patutlah blog Mak cuti, tuan tanah pegi liburan ye...
    Gayat tak naik kapai terbang Mak? He he...

    ReplyDelete
  15. bestnya jalan2 makan angin..

    ReplyDelete
  16. kundasang memang cantik..lama rasa tak cuti anak-beranak macam ni.Tapi nape gmbar last tu sorang anak dara Mak menyorok..

    ReplyDelete
  17. jalan ke kundasang memang berbukit & bnyk selekoh. tp yg best, udaranya sejuk & segar 😍

    ReplyDelete
  18. Senyap2 dah sampai ke KK rupanya...

    Bukan kena sawan penunggu gunung, jet lag tu..

    ReplyDelete
  19. Alorrrr pergi snyap2, xmopn pelawa kita... ahakkkk

    ReplyDelete
  20. Okjeeeee ... senyap2 je ke kk ye. Tak roger2 mia tau. Nak juga selpie bersama dgn okje yg awet muda ni. Hari khamis tu ye okje ke kundasang. Kitaorang hari isnin tu ke sana. Mmg sangat2 bernasib baiklah klu ke desa farm nampak gunung kinabalu tu, selalunya mmg selalu terlindung oleh kabus.
    Mkn eskrim sambil menghirup udara o o lembu pengalaman yg best okje ... 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh..... adanya orang rojer dia dalam FB, tapi dia senyap je huhu....Tak pelah tak de rezeki. Nak datang KK lagi entah bilalah pulak...
      Betullah Mia, mmg tak dapat pun tengok puncak dia sepanjang kat sana. Malu malu mooo agaknya hihi

      Delete
  21. Cantiknya kundasang..
    Teringin nak pegi.. Hihi..
    Walaupun plan last minit, sampai juga kan kak.. Kdg2 plan bkn main, alih2 tak jadi.. Yg last minit ni biasanya jadi.. Hehe..

    ReplyDelete
  22. Subhanallah. Lawanya tempat. Suka sungguh tengok awan dalam gambar first tu <3

    Tercapai hajat Mak nak bawa anak-anak naik kapal terbang. dalam malaysia pun baik dah. Banyak tempat cantik. Siqah pun tak pernah sampai ke sana :)

    ReplyDelete
  23. Salah satu tempat percutian idaman saya ni Okje..
    Ai, jelesnya lahai... bila la boleh ke sana...

    ReplyDelete
  24. bestnya mak.. bila la turn kami pulak ni

    ReplyDelete
  25. eeeerrr...jap mana gambar lembunya..hahaha

    ReplyDelete
  26. hmmmm i is jeles :(
    memang nak gi sgt tgk ladang lembu itam putih ni.

    ReplyDelete
  27. Ni berjaya pergi Kundasang bergantung pada bagaimana terrernya Mak kuak lentang depan PakJilap. Hahaha! Mesti tak tahan PakJilap dengar Mak tazkirah ajak pi Kundasang. Alasan anak-anak digunanya padahal dia pun sama aje teruja nak naik belon katanya ^_^

    Cuba Mak bayangkan masa kat ladang tu macam Mak tengah berada kat ladang lembu di NZ. Tak payah susah-susah pi NZ kan. Pergi jauh sikit pun dah cukup ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak tahan tengok mak kuak lentang berzikir tp Pak Jilap tak tak tahan tengok dugong berkuak lentang haha...

      Ha a Kak Ton 2 dalam satu le tu sebeno benonya hihi...Teringin bahhh naiki belon.
      Lembu tak de kat padang ar masa tu. Nak bayangkan NZ ke hape

      Delete

Post a Comment

Popular Posts