Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 3 July 2018

Apalah ertinya Raya.....

Salam Selasa korang....

Korang masih beropen house lagi ke? Mak ? Nan hado yang menjemput hahahaha.... Jiran setaman pun nampaknya macam sunyi sepi je pulak tahun ni. Tahun ni tahun mengeram gamaknya haha.....

Tapi, apalah ertinya Raya kalau tak bertemu, menemu dan dipertemukankan.....

Kebetulan pulak Pak King outstation Jumaat baru lepas ni, maka mak pun dapat idea untuk menemukan mommies jiran jiran mak ni! Apa kata kita ber ‘Saturday Night fever‘ mommies! Kadang kadang seronok jugak bila sesekali Papis tak joinkan hihi.... 

Jiran jiran ku dunia akhirat

Bab makanan tak menjadi masalah bagi mak weyh sejak jadi duta Warong Bistro ni hihihi..... Apa ada hal !!! Mak call je lah Kak Laty hihi .... Kak Laty pasti sedia membantu!

Kuah lodeh, nugget dan sambal ikan bilis je yang keluar dari OKje's kitchen hari tu hihi......



Kak Latifah, tokey Warong Bistro....

                             


Hari Ahad pulak mak suruh Pak King ajak adik beradik dia datang rumah. Yelah kan..... mak dah syok  bergader gader dengan mommies jiran, kasi chancelah Pak King pulak bergader gader dengan kaum kerabat dia hihi..... Lagi pun, bila mak bapak dah tak de ni, siapa lagi yang kita ada? Adik beradiklah kan.....

Nampaknya lagi sekalilah Kak Laty jadi mangsa haha.... Adoyailah Pak King.....Sedih betul dapat bini cenggini hihi....



Tudung kuning tu satu satunya kakak ipar mak. Lain semuanya adik ipar lelaki.



The biras..... macam biasa, mak paling sado hihi




Gugurlz.....



Waris kuat anak anak mak nih!



Cuma si bongsu je yang tak de, dia dah datang lebih awal



Satu satunya wakil waris dari sebelah mak ....... my abang



Terima kasih adik beradik semua kerana sudi datang....... 

Mungkin dulu kita pernah serumah........ 
Tidur sebantal, berkongsi mimpi yang sama, makan sepinggan berebutkan ikan goreng nan seekor, kemudian bergaduh dan berbaik, tak pernah sekelumit pun menjadi dendam dalam hati.... kerana hati kita masih putih 

Tapi kini,
  
Setelah kita dipisahkan kerana masing masing mepunyai keluarga sendiri, dipisahkan oleh jarak  dan tempat, dan mungkin kekadang dipisahkan oleh salah faham yang tiada penghujung, jangan jadikan  semua itu sebagai penyebab untuk kita terus menjauh adik beradik!..... 
Kenangan bersama tetap menjadi kenangan yang terindah seumur hidup hidup kita....... 

Betullah.... air yang dicincang tak pernah akan putus.....  

18 comments:

  1. selamat hari raya kak..maaf zahir & batin..:)

    ReplyDelete
  2. senang..order je kn..hehe...openhouse thn ni rasa juga mcm kurang meriah jemputan tp start lastweek ada juga ..cumanya tkdpt pegi sbb tkde kt m'sia hehe

    ReplyDelete
  3. Eh! samalah open house ke open office ke tahun ni memang merudum la hahaha...
    Order pun meriah juga nampaknya tu HOKje

    ReplyDelete
  4. Paling senang memang order je kan, tp ada jgk tu dari dapur sendiri kira oklah, saya mggu ni kawan2 sekolah nak datng beraya I nebes dah ni xtau apa nak masak

    Ye lah mak walaupun jarak memisahkan tapi ikat persaudaraan jgn diputuskan nak pulak kita mengecil(eh betul ke perkataan ni, taram je la kan) & membesar bersama masakan jarak & perselisihan faham hendak memisahkan kita pulakkan. Masa raya ni lah silaturrahim dapat dieratkan.

    Meriah raya mak dengan geng mommies tu

    ReplyDelete
  5. Makna raya : mesti ada makan2.

    Salam lebaran
    Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya kak..
    Maaf zahir batin..
    Kitaorg ada jugak jemputan open house mggu lepas. Tp 1 rumah je la dpt pegi.

    Bkn senang nk berkumpul adk beradik ni. Masing2 ada komitmen masing2 kan.
    Sekali dpt berkumpul mmg meriah la.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah seronok tgk Mak bergader-gader dgn jiran2 dan adik beradik. Moga kekal silaturrahim yg dijalin.

    Utk geng blogger weekend ni kan Mak? Cepat-cepat order kat tokey Warong Bistro tu Mak :p

    ReplyDelete
  8. meriah :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  9. Bila berkumpul macam nie memang seronokkan kak..
    Bab rumah terbuka tu, betullah kak.. Tahun ini semua orang macam lemau je.. Tak berumah terbuka.. Kikiki.. Sha pun tak buat.. Sesiapa nak datang, datanglah..

    ReplyDelete
  10. fuhhhh baca ntry kak nom kali nih mmg terasa kepuitisnya...

    rajin jgk lah kak nom bt mkn2 walaupun bkn kak nom yg msk... layan tetamu pun penat tau... bkn ddk saja...

    ReplyDelete
  11. Part yang last tuh memang betul. Sayu pula bila teringat zaman anak2 hingusan dulu. Sebumbung, serumah...gaduh..baik semula. Skrang bila dan masing2 ada keluarga mmg payah nak jumpa. Anyway..selamat hari raya kak nom! maaf zahir batin ya.

    ReplyDelete
  12. Salam penghujung lebaran kak.. meriah juga raya akak.. kami biasa2 ja.. balik kg.. lebih duk rumah.. hahaa.. senang klu dpt order je makanan, takde penat sgt.. hihi..
    Betul tu kak..baik buruk adik beradik air di cincang takkan putus.. terima seadanya๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  13. Tiada ke open house untuk aweks blogger sementara syawal masih bersisa

    ReplyDelete
  14. meriah bila berkumpul ramai ramai...

    ReplyDelete
  15. Seronok dapat beraya beramai-ramai, meriah.
    Masa ni laa dapat berkumpul kannn Kak Nom.

    ReplyDelete
  16. Meriahnya nom bila dpt berkumpul adik beradik nom..
    Brpa org adik beradik pak king tu nom..

    Ikhwah adalah ikatan silaturahim
    Yg dibina oleh Allah.. tu la bila ikhwah ini terputus Allah menjadi murka..
    Semoga dihari raya ini mana yg terguris perasaan hendaklah bermaafan..
    Ye nom masa kita kecil hati kita putih.. pergaduhan itu sekejap ajer.. pastu baik semulakan ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  17. MEriah sugguh kak nom ....sekali sekala berkumpul...

    ReplyDelete
  18. heaven nyer bila adik beradik berkumpul :)
    i like...
    mlm ni aida & jiran2 beraya sakan ramai2.
    potluck.

    ReplyDelete