Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 21 November 2019

Hadiah Anniversary

Salam Khamis korang.....

Mak muncul lagi korang hihi...... Bulan November memang wajib sangatlah mak kena muncul sebab bulan ni bulan Anniversary mak you. Dah katanya nak bagi ucapan kat boyfren kannn hihi....kenalah muncul!

Happy 24th Anniversary Pak King !! Moga jodoh kita kekal bahagia selamanya hingga ke syurga, terima kasih atas segala galanya ye!  Bolehlah tuuuu kan..... tak larat dah nak bagi ucapan panjang panjang wei..... dah tua tua ni otak kurang berhubung, cepat nau kehabisan idea hihi...

Meh tepek sikit otai veteran dalam entri ni hahahaha.... Gambo semua kelabu asap sebab kitaorang photoshoot dekat nak maghrib. Lagipun event habis petang, memang kelam kelibutlah jadiknya... Nak gambo esoknya tak bestlah pulak, penat mak pakai baju kurung riau dengan kain batik lepas tu tau hahahaha......Terima kasihlah pada Mr Tripod yang banyak berjasa.





Anniversary tahun ni memang sangat sangat bermakna buat mak ngan Pak King sebab anak sulung mak konvo pada 17/11/2019. Ngam ngam sama tarikh nikah kitaorang. Konon kononnya macam hadiah Anniversarylah gitu.

Korang yang tengok ni mesti rasa macam sekejap je kan anak mak dah grad, sepatah kata Yana Yani, eh, bukan hari tu Mak Jilap baru berdrama air mata ke hantar anak masuk U. Ha a.....memang mak pun terasa macam baru hari tu mak menghantar abang register masuk U! Tup tup hari ni anak mak dah grad!!!! Bila dah grad ni memanglah terasa cepat masa berlalu, cuba masa kena bayar yuran, masa tu terasa lambatlah pulak nak habis belajarnya hahaha.....Gitulah suka duka membesarkan anak belajar wei!
Apa pun, akhirnya....... setelah 5 tahun!  Tahniah abang! Ibu tau dalam tempoh 5 tahun tu bukan mudah abang melaluinya. Exam, assignment, tesis, presentation yang bersilih ganti untuk sampai ke hari ini. Dan hari ini, akhirnya ijazah menjadi milik abang. Ibu ayah tumpang gembira!

Alhamdulillah, now you grab it abang! Lebih kurang gitulah caption gambo ni hahaha....

Biasalah......anak yang grad, mak yang selalu hoverkan hahahaa..... Standby nak melompat tu, watch out mak....lutut tu, lutut tu jaga hahaha....

Wajiblah ambik gambo kat sini kan untuk kenang kenangan....lepas ni tak taulah bila lagi nak jejak sinikan!

Tak cukup dengan mengadap kamera, kita belakangkan kamera pulak hahaha...... budak budak punya idealah ni..... mak layankan ajelah

Kan dah cakap tadi...... kalau anak grad, maknya selalu hover hihi..... nak jugaklah berangan pakai robe hihi.....

Anakku,

Jadilah seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk menyembah bumi. Semakin tinggi ilmumu, semakin baik tingkah lakumu. Sematkan dalam hatimu, bahawa kejayaanmu hari ini adalah berkat doa yang tak pernah jemu daripada dua insan yang tengah sakan posing dalam gambar kat bawah ni. Jangan lupa anakku, dalam rezekimu, ada juga rezeki ibumu....Dasar ibu mata duitan hahhaha....




18 comments:

  1. happy anniversary yg ke 24thn...adiah anniversary ank konvo...mmg hebat la mak over nk lompat tu..hati2 hehe

    ReplyDelete
  2. Macam-macam rasa bila baca entri akak ni tau, termasuklah rasa nak gelak dengan ayat-ayat lawak akak. hahaa..

    Tahniah kak, semoga sentiasa bahagia bersama family.

    ReplyDelete
  3. Happy anniversary @hainom okje🎉🎊🎊🌹🌹

    ReplyDelete
  4. Ha3...
    Adoiiiii awak ni geng, jika tak melawak, memang tak sah..

    Apa2pun tahniah buat abang dan hapi annivesary..


    Psttttt: setia menanti kemunculan ucapan si dia..(setahun sekali muncul tapi bernas..😄)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. selamat dah grad di abang.. maknya pun wowww berkain batik lepas.. nak berlepas kemana tu hehehe. HAPPY 24TH WEDDING ANNIVERSARY jugak buat Pak King & Maknya. Semoga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa. Sentiasa dikelilingi insan2 tersayang. Lama tak jumpa .. bila kita nak dating lagi ni? hehehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah da 24 tahun..semoga kekal hingga ke jannah...wahh anak dah besar tapi maknya maintain muda yer.hehehe

    ReplyDelete
  7. Tahniah utk okje sekeluarga .. tak sedar masa berlalu mcm hari tau baru baca yg si abg dapat masuk U kan .. tup2 hari ni dah grad �� tapi yg penting maknya awet muda selalu

    ReplyDelete
  8. Happy anniversary akak dan husband. Moga berbahagia sampai syurga.
    Tahniah juga untuk anak dah grad :)

    ReplyDelete
  9. Happ anniversary mak aji & Pak aji :D

    Pesanan mak kat bawah tu memang nang win haha...

    ReplyDelete
  10. Alahmdulillah tahniah buat anak serta ibu dan bapanya juga.
    Happy anniversary jugak buat HOKje dan Pak King semoga berbahagia till Jannah.

    ReplyDelete
  11. Salam sayang sempena anniversary kita yg ke-24.
    Sesungguhnya ianya suatu journey yg cukup panjang......

    Tahun 2019 telah membawa seribu kenangan terindah buat kita sekeluarga.
    Bermula dengan menunaikan Haji....konvokesyen Iman dan anniversary perkahwinan kita ke-24th.
    Pastinya perjalanan yg dilalui perlu mengharungi pahit maung, duri ranjau.....semuanya asam garam berkeluarga.

    Apa jua cabaranya, Terima Kasih kerana tanpa jemu memberi semangat dan sumber inspirasi utk diri ini terus berdiri.

    Senyuman mu dan anak2, itulah pemangkin untuk terus kaki ini terus melangkah gagah....

    Akhir kata....tiada makna sesuatu angka itu. Tanpa kematangan, kesabaran dan tolak ansur....angka akan tinggal angka sahaja.

    Semoga, Insya ALLAH kita di panjang kan umur untuk menyambut jublie Perak....

    Buat semua anak2 tersayang, terus kan menjadi insan yg berIman, berAkhlak dan berIlmu.
    Ayah bukan lah contoh terbaik, tapi terus lah jadi yg terbaik. Be the best for everything.
    "You all are the reason..."

    ReplyDelete
  12. Congrats and Happy Anniversary, Hainom! Loving loving sampai ke hari tua, OK?

    ReplyDelete
  13. Woww bestnya pak aji lapah punya ucapan, tersusun indah dan berseni gitew.
    Btw hepi belated anniversary ye mak, sori ar terlewat wish, ko kena faham, skrg ni nak memblog bukan mainan malasnya kan, kadang bukak sekali lalu je tengok kot ada komen, haha.
    Semoga bahagia hingga ke jannah ye mak

    ReplyDelete