Torayaki Sotong

Salam Isnin.....

Ada baik kengkawan hari ini? Dah....dah...... tak payah nak berblues sangat....... Tarik nafas dalam dalam dan mulakan kerja dengan bersemangat. Insyaallah aura positif tu akan datang pelan pelan!
Ceh...... senang sungguh bibik ni cakap yek huhu.......

Hujung minggu korang macamana? Seronok..?...

Mak Jilap biasa biasa aje.....  Cuti masak dan keluar rumah itu satu kemestian! Tak kiralah makan apa dan kemana pun, janji keluar daripada rumah hehe..... Lokasi kitaorang biasalah, yang dekat dekat aje. Ohhh..... sadis sungguh bila aircond kat AEON rosak rupanya. Berpeluh tau Mak Jilap, hilang lemak bahagian lengan mak 2 kilo hoho..... Nasiblah sana sini ada benda alah ni jadi penyelamat.


Rasa macam tak berapa nak lapar pulak hari tu, kenapa pulak yek? Sungguh pelik mak tau dengan diri sendiri! Pak Jilap pun sama, dia cuma makan roti cicah air. Kenapa bang? Tak lalu ke sebab fikir road tax kuda-kuda kita nak mati bulan depan ? Boleh tersama pulak dengan date Anniversary kita yek. Gamaknya, makan Kek Sponge Basuh Keta le kita celebrate anniversary bulan depan bang! haha.....

Oh, kalau cenggitu Mak Jilap pun tak selera jugaklah, dah katanya sehati sejiwakan......hihi..... makan Torayaki Sotong pun boleh! Tengah kemaruk makan benda ni pulak la ni. Si TLBDlah yang mengajarnya ni. Sedap weyh! Macam tak cukup jer satu tu, macam nak beli dua jer hihi.... Tapi, sabar..... sabar......kawal sikit nafsu yang rakus tu!



Torayaki Sotong ye bukan Torayaki sutun! hehe


 

Comments

  1. Bakar lemak 2kg tapi makan berlemak lebih 2kg hmmm... tak balik modallah dinda.

    ReplyDelete
  2. Dalam xlalu mkn pun terayaki sotong xckop.kira hebat la 2.hehe yg herannya xpnah xlalu mkn,roadtax insuran ujung taun ngan ank nk skolah,bonus pun bln1..ssh hati tp mkn lalu.haha

    ReplyDelete
  3. Torayaki tu, kalau makan..ngap ngap nagppp...mmg tak sedar dah habis makan 4 biji pun masih nak lagi! hahaha

    ReplyDelete
  4. Kan dah kata Aeon BMC tu tak best. Tulah... nak juga lawan berdebat. Napa tak pergi yang kat Balakong? Mesti aircond dia mampu menyejukkan mak luar dalam. Sure tak perasan berbelas-belas torayaki Mak dah pulun masuk perut.

    Makanan yang ini kita tak berapa berkenan sikit Mak. Tapi tengok gambar macam sedap pulak. Mak beli kat mana ni? Sama tempat dengan burgerbyte tu ke?

    Aduh, tak berkenan, tak berkenan pun, tertelan-telan air liur pagi ni. Dahlah breakfast dengan biskut kering jek!

    ReplyDelete
  5. UAA rsnya dah byk ketinggalan akan makanan2 didunia luar sana tuh ...huhuh..teriyaki lagilah jakunnya tak pernah jumpa lagi..entah suka ker tak belum tau...*-*

    ReplyDelete
  6. torayaki sotong..dapnyer..
    apsal Okje tak snap pic after turun lemak 2 kilo tu?jeles mendengarnye

    ReplyDelete
  7. sedapnya diknom
    belanja lah kita sama
    tak cukup tu banyak tu aje
    kena tambah lagi sebekas ..ehee

    ReplyDelete
  8. hihiii... tak selera ke hainom ?....tengok je dah terliur ....

    ReplyDelete
  9. senanglah cari okje...kat AEON...

    ReplyDelete
  10. saya suka torayaki..rasa nak beli la tempat masak torayaki tu..boleh jual..

    ReplyDelete
  11. nmpk sedap tapi saya xminat la sgt..

    ReplyDelete
  12. setakat nih Zura x pernah cuba lagi.
    bila OKjer kata sedap nih.. tetiba rasa nak meleleh ailio.
    mcm nak cuba jer. hehehe

    ReplyDelete
  13. len kali beli lebih k, ingat2 le temanmu kat sini

    ReplyDelete

  14. Haritu pergi pasaraya CS kat cheras tu ada jual torayaki ni.. leka je cik jah tengok dia menggentel hehe

    ReplyDelete
  15. <saya pernah la rasa torayaki ni masa balik ritu... macam boleh la... tapi kala nk kena beratur untk belinya, pada saya tak la. hehe

    ReplyDelete
  16. Torayaki?...dulu sis JM mkn di Jepun mmg sedap sgt..boleh di katakan hari2 mkn tapi kami panggil TAKOYAKI Sotong :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...JM.....salah nama rupanya, betullah Takoyaki, baru tanya anak ni ....

      Delete
    2. ahahahah...ingatkan di msia di sebut TORA yaki...ahaha...lawak lah Hainom ni

      Delete
  17. teringat telemovie sutun . penggambarannya pun buat kat muar . tak pernah rasa torayaki sotong ...

    ReplyDelete
  18. masa gi jepun dulu..anak ajak makan..tapi ky was2. yg jual di M'sia baru ky boleh makan..

    ReplyDelete
  19. Anak CH pun suka tokayaki ni.. beli kat pasar mlm jer , 4 ketul rm4.. CH suka sikit jer..

    ReplyDelete
  20. Memang agak penin kepala bila semua yang memerlukan ongkos jatuh pada tarikh yang sama kan Okje.....huhu

    Torayaki Sotong, tak pernah lah pula Mia mencubanya. Yang ada jual kat KK ni, banyak dari gerai cina je, takut tak halal pula....huhu

    ReplyDelete
  21. Olo sian Okje.. kena bagi amaran sikit ke pengurusan Aeon tu. Ai..sampai turun 2kg lemak ni, ai tak patut betul kan? Haha.. inilah dikatakan orang bila tengah bercinta tu tak kisah ya..

    saya lagila darat ni. Tak pernah try sutun jenis ni.. lain kali nk cuba la

    ReplyDelete
  22. Aeon mana tu bole hilang 2kg OKje? nak jugak Nurul pegi.. agak2 kalau dari buka sampai tutup AEON tu bape KG bole ilang?? hahahaa.. dasar pemalas Nurul ni.. kikikkk... Nurul try torayaki first kat Sabah, sedap, second kat sini, singgah selalu rest. ala.. rasa cam masin2.. trus ilang selera.. huhuuu

    ReplyDelete
  23. saya agak geli nak makan
    ada cuba juga aritu, minta maaplah
    tekak melayu tak mampu menelan benda seperti ni

    ReplyDelete
  24. Torayaki ke terayaki?
    Tapi, ni memang x pernah makan.

    ReplyDelete
  25. Road tax saya ni dah mati sebulan.
    Ri jumaat lepas nak renew.tapi pegawai 3 bank semua ada hal masing-masing time lunch break tu :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts