Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 23 July 2015

1 Syawal

Salam Khamis, Salam 7 Syawal korang.....
Huh......udah nak habis Syawal baru berkesempatan mak memunculkan diri. Entah apa yang dibizikan, mak sendiri pun tak tahu hihi.... 

Seronok betul tengok gambar Raya kengkawan dalam FB. Macam macam gaya, macam macam warna, yang pasti macam macam cerita tersembunyi disebaliknya. Mak doakan moga cerita Syawal korang semuanya gembira gembira belaka yek.

Kisah mak? 
Alah......kisah biasa biasa aje. Kisah warga kilauan beraya, apalah sangatkan. Tapi bab selpie, memang tak boleh lawan. Memang memanjang bersawan! Haha..... Cuma nasib baiklah hp mak, camera error sejak Ramadhan hari tu, so kuranglah jugak aktiviti berselpie mak ni tau.

Meh le layan gambo 1 Syawal mak yang tak seberapa tu....
Bersama bonda di pagi Syawal..... Uiks.... sama pulak tema baju mak dengan dinding rumah hihi....


Korang masak apa? Mak? Namanya pun orang Johor kan, menu pagi Raya tentulah ketupat dan kuah lodeh, sambal kacang, daging rendang dan masakan paling senang dalam dunia, ayam masak kicap hihi....

Kasi close up sikit muka mak yang semakin bolat tu...... 
Lepas pose ni, bukan tambah cekung pipi tu yek, semakin cembung pulak huh......

Wefie depan rumah makcik Pak Jilap. Kasi chance pulak dia bermesra dengan kaum kerabat dia di pagi Syawal kikiki....
Udah le cerita 1 Syawal mak yang tak seberapa tu, cerita 2 Syawal tunggu ajelah esok lusa, kalau datang ilham hihi.....

Okaylah mak nak menjemur baju dah ni, sebelum tu nak ucapkan.....

Selamat Hari Raya
buat semua sahabat alamaya yang tersinggah ke blog ini. 
Maaf Zahir Batin 
andai terkasar bahasa, terguris perasaan sahabat semua, maklumlah namanya pun manusia, banyak kekhilafannya.

Wednesday, 8 July 2015

Cerita ceriti Ramadhan

Salam Rabu, salam 21 Ramadhan....

Layankan ajelah mak yang sekejap timbul lama tenggelam ni yek..... Dah atenya sawan nak buat macamana hihi.....

Korang sihat ke? Maklumlah dah lama tak sembangkan...... kena tanya kesihatan kengkawan. Katanya perihatin hihi.... Mak, agak selsema sikit. Tekak, telinga terasa gatal ni, rasa nak garu jer weyh.... garu pakai lidah, mcam tak biasa hihi.....Sejak Ramadhan ni memang mak belasah ais memanjang, kejap air mangga, kejap air tembikai, kejap air jagung ( air jagung ni pilihan Pak Jilap, mak kurang suka ). Untuk makluman, semuanya tunjuk yer hihi.... Tapi sirap bandung soda buat sendiri. Kaw punyaaaa...... Muo mali !!!! haha....  

Ni ngikutkan kehendak si TLBDlah ni, hari hari ais......

Awal awal dulu, buat jugaklah air panas untuk buka, la ni, tak buat dah. Agak agak mengidam air panas, tunggu sahur jerlah bang hihi....

Nampaknya hajat mak nak pakai baju saiz S sejak Ramadhan 2 tahun sudah memang tak akan tercapai le gayanya, kalau dah gula jer yang dihadap.... huh

Semalam petang, kononnya mak buatlah biskut Chocolate Chip. Bahan dah beli Sabtu minggu lepas lagi. Malas sebenarnya..... tak minatlah bab buat kuih ni. Tapi mengenangkan nak bagi 2 mak punya pasal, buatlah jugak dalam keadaan terpaksa hihi..... Dalam pada tengah syok mengadun tu, cari Chocolate Chip tak jumpa weyh.... Jenuh mencari, memang tak de. Mak rasa tertinggal kat kedailah..... Sudahnya jadi jugaklah biskut, nak kata semperit, tak jugak, tak cair kat mulut punnn hihi... Jadilah biskut tepung huhu.....Lepas ni nak buat kuih make sure bahan semua sediakan dulu mak.... jangan main ikut sedap hati mak jer.....

Hari ni terasa macam nak masak ala ala Nasi Arablah. Nasi Arab simple, tak payah nak ikut resepi sangat. Buh ajelah mana yang ada kat dapur tu, malas nak pergi beli. Kang nak belinya daun ketumbar, tapi memacam pulak yang ikut balik hihi.....

Oklah, babye..... nak test gi kedai kek tu balik, kotnya Chocolate Chip mak ada lagi...


   

Friday, 3 July 2015

Hijo dengan Pink

Salam Jumaat, salam 16 Ramadhan.....

Oit!!!!! Kata semalam nak muncul 29 Ramadhan sok. Hihi..... tak jadi weyh! Sawan menulis mak udah sampai.

Naik syok pulak baca cerita korang menjelang Hari Raya ni. Ragam si Ziyyad dengan gaya sahurnya, cerita Makcik Lego jual Lego, cerita Teacher tak mau bagi duit Raya, tapi duit Ramadhan, cerita si Jiran Sebelah yang menyambut hari tuanya hihi....  tak kurang juga cerita sedih yang menimpa ibu dan adik, adik menantu ku, Sal yang kena samun. Apa pun kisah korang, moga Allah memudahkan urusan korang yek.

Weyh...... macamana persiapan Raya korang?
Baju kurung, baju Melayu, biskut Raya, langsir semua dah settle ke? Mak mulanya relax jer, tapi bila baca cerita Puan Kutu yang tengah sebok shopping Raya, tetiba jadi nerbes pulak. Terasa sekarang jugak nak menyopping haha.....

Entahlah...... sebenarnya sejak dah kilauan ni, mood nak Raya tak sama dengan mood zaman mak, masa anak kecik kecik dulu. Tapi tulah ......itu kata kita, anak anak tentunya teruja nak menyambut Rayakan. So layan jugaklah kehendak mereka setakat yang mampu.

Minggu lepas kan mak balik kampung. Sempat jugaklah shopping baju Raya untuk anak anak kat Muar. Alang alang dah ada yang berkenan, rembat ajelah. Anak anak didahulukan katanya, sepatah kata Puan Kutu haha......

Padahal Mak Jilap tu, dalam almari dia tu ada satu baju Raya tahun lepas yang tak pakai lagi! hihi..... Buruk perangai yek! Warna Pink ko! Bukan tak mo pakai, tapi terasa pink sangat pulak. Terasa biratlah pulak mak jadinya hihi..... Masa beli dulu macam cantik, bila dah beli macam seram pulak nak pakai hihi.... So kira cincailah, itu baju Raya mak. Susah susah sangat, baju kurung hijau mak, masa anak sedara kawen hari tu pun masih baru lagi. Boleh aje jadi baju Raya kan.    

So dah set dalam kepala, baju Raya anak anak kena cari warna Hijau atau Pink base.
Cadangnya, Raya ni, Pak Jilap tak payah beli baju Melayu, pakai ajelah baju tahun lepas, ( tahun lepas, tema mak kan Pink karer dengan kelabu ) so match ajelah dengan baju baru anak anak, tapi, tetiba terbeli pulak baju Melayu Pak Jilap. Sebabnya, dapat RM60 henggit sepasang. Jenis kain pun nampak OK. Tu yang rembat tu....

Sudahnya Hijo le tema mak tahun ni. Hijo dengan Pink...... Ha kau.....Memang Jaws sungguh ler jawabnya haha.....



Thursday, 2 July 2015

Kad Raya Pertamaku

Salam Rabu, salam 15 Ramadhan.....

Hihi...... mak muncul muncul dah setengah bulan puasa yek. Macamana nak lawan Jiran Sebelah yang berjaya hasilkan 30 entri sebulan ni, kalau cenggini punya gaya. Tak pelah bagi chance kat dia. Kasi dia tak hengat dunia sikit puasa puasa ni.....

Mak rindu dekat korang sebenarnya......
Mak bukannya hilang sebab bertadarrus dan bertadabbur tak berhenti henti
weyh hihi..... Adanya ni ha. Duk jadi tukun hihi..... Hp buat hal, 'hang' tak mengingat, pas tu, la ni, camera fail pulak dah! Tak bersawan selpielah mak puasa ni nampaknya! Huh.....bermaharajalelalah jiran mak kalau cenggini!

USB pulak tak connect, udah, nak transfer gambar camne??? Kat rumah ni berlambak lambak USB katanya, yang dapat lain, yang beli lain, ada yang OK ada yang tak, time nak pakai mesti terambik yang rosak, yang OKnya entah mana mana letak. Nampak sangat tunggang langgang rumah mak ek haha.....

Weyh...... semalam mak dapat kad Raya!  Kad Raya pertamalah ni kiranya. Kotnya pertama dan terakhir haha..... Maklumlah ....... zaman era dah dekat nak menapouse ni, tak de sapa yang berminat lagi nak bagi mak. Kalau zaman anak dara dulu berebut peminat hantar kad Raya ko haha.....( ini adalah statement propa jer ye, kasi Pak Jilap jeles hihi...  ). Tapi kad Raya daripada peminat yang sorang tu jugak yang paling mak tunggu tunggu tau! Tak sabar nak baca kata kata cinta dari dia sambil senyum sorang sorang. Awww..... syok pulak bila mengimbau kenangan lama weyh.


Amboi!! Mentang mentang le mak rajin buat kuih buka pose, dihantarnya kad Raya tanya dah buat kuih ke belum! Ingat mak ni rajin sangat ke! Belum ar  ......satu habuk tepung pun tak beli lagi ni ha.

Terima kasih Yana Yani kerana sudi hantar kad Raya. Kenapa tak bagi kad Raya yang ada muzik muzik tu hihi...... Kena tunggu lagi barang 10 kad Raya nampaknya ni, barulah boleh gantung kad Raya kat ranting hihi....


Oklah babai.....  mak nak mintak diri dulu, jumpa lagi dekat nak Raya esok hihi..... Nah, sekeping gambar mak pengganti diri, kasi korang muntah kalerful huahahaha......