Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 27 April 2015

Moga berbahagia 'Pengantin Baru'

Salam Isnin sahabat......

Baru balik dari mendobi ni! Jenuh nak melipat baju 4 bakul weyh! Kak Tonnnnn tolong lipat! Katanya melipat baju ni  faveret Kak Ton kan......

Tulah tu, kalau balik kg jer, balik sini mesti kain baju macam bukit..... Huh! Nyampah tau.... 

Macam mak pulak yang kawenkan anak baju sampai menggunung yek ......

Mak balik kampung meraikan anak sedara mak nilah. Anak kakak no 4. Rasa macam baru semalam budak ni jadi Flower Girls mengiringi mak! Tak sangka, hari ni, dia pulak yang jadi pantin! Sekejapnya masa berlalukan...

20 tahun yang lalu....... sebelah kanan tulah orangnya, sebelah tu anak sedara jugak, anak abang....

Masa ni, Pengantin mak kat mana..... pengantin mak kat mana? Tak Payah di tanya!! Pengantin masa ni togel hihi....

Dah namanya Mak Sedara pengantin kannnn... of course lew 'over' haha ....... Rasa macam nak sanding balik jer, sewa baju pengantin trend terkini tau hikhik....

Oklah .....mak buh gambau over yang sopan sikit. Maklumlah Jiran sebelah dah sound awal awal.  Dia kata mesti mak nak tempek gambau asyik mahsyuk ngan Pak Jilap atas pelamin.....  Of course hokay!!! Tapi bukan sekarang, kasi peram dulu hihi....

Buat anak sedaraku Roslinda Hani dan pasangannya, Basri......

Bik Nom ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga ikatan kasih kalian kekal bahagia hingga ke Jannah. Siramilah istana kalian dengan iman. Berkasih sayanglah kalian sebagaimana kasihnya Nabi Muhammad dengan Saidatina Khadijah.

Cintailah pasanganmu kerana Allah, kerana percayalah, Allah telah mengirimkan dia untuk menjadi khalifah dan imammu.

Udah.....udah......cukup cukuplah berucap tu mak hihi..... 


Thursday, 16 April 2015

Cucur Manis yang tak menjadi

Salam Khamis......

OKje ada updatekan pasal jus LEGA tu ye. Sesiapa yang berminat nak tahu pasal jus tu boleh tengok entri LEGA kena audit tu balik. Tak sangka rupanya ramai yang tak tahu pasal benda ni. Geng, apa lak nak tengok gambar sebelum dan selepas ni, ni bukan ubat kuwuslah..... Ni untuk kurangkan kolestrol katanya, kalau nak tengok jugak kena belah dada le gamaknya. Nauzubillah, seram weyh!

Malam tadi lagi jenuh pikir nak buat sarapan apa untuk TLBD dan Pak Jilap pagi ni. Memang mak tak pernah pun buat bekfes berat berat pagi pagi subuh ni, hari cuti pun belum tentu mak buat tau, inikan lagi hari sekolah. Selalunya roti calit kaya jerlah.  Haa...jangan tak tahu yek, Pak Jilap sekarang ni dah bawak bekal walaupun katanya sejak peristiwa berdarah tu mak dah tak nak bawakkan dia bekal, tapi nama pun isteri, time beremosi, cakap jer gegar hihi.....Sapa tak sayang laki korang oiiiii.....

Toing! Toing...... terus teringat Cucur Manis yang Cik Sue sharekan dalam blog dia tu. Rasanya tak payah dah rujuk resepi dia, mak dah hafal dah dalam kepala ni. Eksyenkan!!! Lagi pun pepagi subuh ni semua pun nak kena cepat manalah sempat nak google.

Butang air mendidih je, terus je mak curah dalam tepung yang sudah dibubuh dengan gula, susu dan santan kotak ( santan tak de dalam resepi! pepandai sendiri hihi....).      
   
Tak sabar weyh nak tengok hasilnya sebab resepi Cik Sue ni guna air mendidih dan Cik Sue kata hasilnya, cucur akan garing di luar, lembut di dalam ....

Mestilah tak sabar kannnn, maklumlah mak kalau buat cucur memanjang rentung di luar, dalam apa tah lagi hihi.... Baik mengaku dulu, sebelum jiran bersawan  mengumpat mak.....

Haaa.....hambik Mak Jilap! Sudahnya berderai dalam minyak panas ...









Tak tau pulak kena sejukkan adunan sebelum goreng. Memang OKje goreng masa adunan panas panas tu pun hihi..... Padanlah muka sapa suruh tak rujuk resepi!

Sudahnya bekal bekfes dua beranak tu roti ngan kaya lagilah.

OK tak pe, kita lepaskan depa dua beranak tu dulu sambil tunggu adunan tu sejuk. Cuba kali kedua pun tak menjadi jugak. Berderai jugak. Try buat lempeng..... tak mau jugak! Huh....

La ni baru sempat tengok balik resepi Cik Sue dan blog yang dia rujuk, Semanis mama. Rasanya mak dah tau apa sebabnya. Adunan mak cair sangat kot, dia kena kental kental gitu. Tak pun sebab mak bubuh santan ke?

Hish..... entahlah weyh......

Wednesday, 15 April 2015

LEGA kena audit

Salam Rabu......

Dah kering idea mak ni sebenarnya. Jenuh cari model nak tempek dalam blog. LEGA pun bolehlah hihi......


Mak baru beli 2-3 hari lepas. Tapi jenuhlah kena audit dengan Pak Jilap. Dia cakap mak ni senang betul terpedaya. Asal orang jual jer beli. Mana ada selalu, kekadang hihi.....

Femeskan sekarang benda ni......Berapa ringgit yeh harga LEGA kat tempat korang?

Mak updatekan untuk yang bertanya berkenaan jus LEGA ni ye.....

Sharing is caring...
Dalam minggu ni admin menerima 2 berita akibat masalah jantung.
1. Sepupu admin meninggal kerana jantung Ahad lepas.
2. Jiran admin di masukkan ke hospital kerana masalah jantung tersumbat.
Cara rawatan di bawah telah diamalkan oleh sahabat admin dan ingin admin kongsikan bersama.
Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung - Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.
Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.
Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal
Cara
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.
Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. In sya Allah rawatan ini akan berhasil.
Testimoninya adalah seorang doktor iaitu jiran saya...DR SHAH RAZALI Srixon Code...Pengerusi Shah Groups... bila 2 saluran darahnya tersumbat dan akan dibuat bypass saya telah mencadangkannya agar mencuba perubatan ini...dan dia telah mengamalkannya minum sesudu 2 kali sehari... Alhamdulillah bila hendak dibuat bypass pemeriksaan keatasnya mendapati 2 saluran yang tersumbat telah terbuka...
Copy n paste.
Usaha dan tawakal. Insya Allah.

Tuesday, 14 April 2015

Kening Shinchan

Salam Selasa.....

Hari ni Pak Jilap cuti. Semalam petang, balik kerja terus berdezup ambik anakanda SA. Tengahari kang sampailah agaknya, kalau tak merayau dua beranak tu.....Tapi selalunya memang tak pandai merayau. Hurmmmm...... diam tak diam, dah habis dah setahun Program Asasi dia. Sekejapnya masa berlalu....

Dapat benda ni daripada geng WA.

So .....sapa yang suka cabut bulu kening tu..... harapnya bolehlah kurang kurangkan habit tu sebelum tinggalkan terus, kang kena penyakit lupa kang nak ke? hihi....

Seingat mak, mak pernah sekali je buat kerja menerim bulu kening ni. Tu pun Mak Andam punya kerja. Nak jadi pengantin punya pasal, mak ikutkan ajelah hihi....Suka jugak tu sebenarnya. Teringin gak nak tengok muka lain. Memang cantiklah kot, kemas jadinya.   Penat tau mak crop, brush bagai gambar tu, nak tunjuk kening mak punya pasal hihi....


Sekarang? Huh...... dah macam Kening Shinchan je nengoknya hihi......

Monday, 13 April 2015

Isnin yang kelam

Salam Isnin yang kelam..... ......

Hari ini pagi pagi lagi belakang Ferarri mak dah tarik bumper depan Limo orang. Terkejut mak tau tengok kat side mirror, bumper dia tanggal. Macamana boleh jadi entah. Tetiba panik weyh!!! Dahlah jalan tu memang jammed. Tambahlah jammed kalau ada hal kat tepi jalan. Memanglah mak salah sebab potong Q, orang tu pun satu, cubalah bawak bawak bersabar sikit, Ferarri kan nak lalu nih!! Haih.....

Uncle tu mintak duit, tapi manalah mak bawak duit. Bukan nak kemana pun, setakat nak hantar budak budak ni ke sekolah je pun. Kalau bawak pun, adalah sepuluh henggit kot.  Agak agaknya kalau cenggini punya calar dan kemek, berapa Rm uncle tu nak ketuk mak yek??.....
Kesiannya Pak Jilap, mak ni menyusahkan dia jer....


Udah, malaslah nak fikir..... Tunggu ajelah uncle tu call, mintak mintak no hp mak pada dia hilanglah hendaknya! huhu....

Mehlah kita layan sate Muo yang mak ambik masa balik kampung hari tu......  Makan dulu baru kira, makan habis, bayar semua hihi....



Friday, 10 April 2015

Pemungut Kelapa Sawit

Salam Jumaat sahabatku.....

Cerita masa balik kampung hari tu.  Ada orang tu jadi Pemungut Kelapa Sawit buat pertama kalinya hehe...... Haruslah masuk blogkan.....











































Tanah orang tua mak yang bagi....... bukan tanah beli sendiri pun, nak tunggu Pak Jilap beli sendiri, hari pun subuh kot hihi..... Nak tunggu mak beli? Lagilah...... hari pun tahun depan haha......

Terima kasih buat Pak Jilap yang sudi keluar modal bulan bulan. Jangan tak tau, modal dia sama macam bayar baby kat pengasuh. Nasib Pak Jilap tak terfikir nak berbaby baru dengan emak baru. Cis!..... Boleh tahan makan duit jugak kebun Kelapa Sawit ni tau. Tapi tengoklah hasilnya, pokok pun subur, kebun pun bersih. Hasil usaha abang ipar yang sudi tengok tengokkan kebun adik ipar bongsu dia.

Korang ni kan..... asal nampak macam mak lebih duit jer nak suruh belanja.
Sebenarnya kan, umur Kelapa Sawit baye baye ni, depa baru nak belajar berbuah,  buah kecik lagi, belum balik modal, tunggu umur dia 5 tahun nanti. Ini abang ipar mak yang cakaplah.

So, tak pe.....jangan susah hati, insyaallah satu hari nanti, mak pasti akan belanja kalau Pak Jilap jadi Tan Sri hihi....... .

Orang baju hitam tu cuma tukang sebok jer hihi....


Thursday, 9 April 2015

Cik Potam tu Mummydearie lah

Salam Khamis......

Hari Selasa baru ni adik Poslaju berhenti depan rumah. Yelah 'adik', habis tu takkan nak panggil abang pulak, melampaulah...... ( walaupun muka nampak macam pakcik hihi...... ). Kang kena kecam pulak dengan adik Diana Rashid kang hihi....

Kalau Poslaju yang datang, sah sahlah mak punya barang! Jarang sangatlah Pak Jilap punya. Yelah kan, sejak dua menjak jadi blogger ni, femes pulak nama mak kat Pejabat Pos tu hihi....

Ohhhhh Cik Potam bagi losyen rupanya.....  Nak bagi anjal kulit mak ke Cik Potam? Mentang mentanglah kulit mak dah kekurangan kalogen, nyampah tau!.....

Cik Potam tu Mummydearie lah.....

Eh..... Okay apa nama Cik Potam tu kalau nak dibandingkan dengan gelaran yang dia bagi kat Mak Jilap, Cik Puan Tunku Buku Lima. Baca nama pun dah tau gaya macam nak melepaskan geram jer kekdahnya huh.....

Korang nak tau gelaran terkini yang mak Jilap terima #Overacting Selfie Glam Senior City Girl #
Mak terpaksa redho tau dapat jiran sebelah cenggini. Layan ajelah....

Buat yang belum kenal, Cik Potam ni seorang mommy yang suka buat entri ala ala novel. Tak pernahnya ketandusan idea, Ada aje modal merapu dia. Jenuh mak baca lompat lompat, tak habis habis jugak kisahnya.

Kalau berkomen pulak, dibuatnya blog orang, macam blog sendiri. Satu pakej lengkap dikenakan mak ni tau.....memuji, menyindir, menghentam, melempang, pelangkung semua ada...

Tapikan.....tapikan..... Sawan dia tulah yang buat mak rindu kalau dia tak berkomen kat blog mak. Rindu dengan celoteh dan gurauan diu tu. Udah, tak payah puji lebih lebih kang ada orang yang perasan sampai tahun depan. Maklumlah Penternak Pelbagai Sawan katanya.


Cuma tulah...... sampai bilalah dia nak sorok identiti dia agaknya. Semoga satu hari nanti dia terbukak hati nak memunculkan dirinya. Huh..... Tak payah susah susah, blendkan ajelah muka Bubbly Abang dengan Adik Cute ni. Jadilah muka Cik Potam tu.

Ku sangka losyen rupanya Minyak Wangi ....... Suka....suka.....suka.......Bau dia pun lembut ! Terima Kasih Cik Potam!!! Moga Allah murahkan rezeki Cik Potam berlipat kali ganda lagilah hendaknya.


Masuk yang ini kira dah dua kalilah mak dapat souvenir daripada Cik Potam ni. Souvenir mak ke dia? Huh! Seketul pun tak de! Buang karen sungguh ....

Yang pertama dulu Purse Orkid Kuning. Sampai sekarang mak pakai purse tu tau Kak Ton. Walaupun rebeh bahu mak bawak hand bag berat sebab ada dua purse dalam tu tapi demi pemberian dari sahabat alamaya, mak sanggup rebeh tau!!

Balik balik Pak Jilap tanya ...... sapa bagi tu, blogger lelaki ke.....
Reti jeles jugak rupanya Pak Jilap ni hihi......



Friday, 3 April 2015

Hari Jadi

Salam Jumaat......

Hari ni Hari Jadi mak ye korang! 
Sekarang jugak kasi doa untuk mak !! Ini adalah paksaan haha......


Umur tak payah tanyalah, anggap ajelah mak dah nak menopouse, habis cerita hihi....

Alhamdulillah, syukur masih  berpeluang untuk bernafas sampai ke umur ini.
Moga umur yang bersisa ini tidak disia siakan oleh diri ku sendiri dan moga Allah membuka seluas luas jalan untukku terus meraih kasih sayang dan redhoNya..

Tetibalah pulak kering idea, di Hari Jadi hihi


Wednesday, 1 April 2015

Flying Kiss











Salam Rabu korang......
Simptom orang dah kering idea, ginilah hihi......


Comelnya lahai anak dara orang ni.......

                       hdwallpapersimages                     


Dah, mak nak blogwalking........ babai!!