Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 25 June 2015

Begitu begini Ramadhan

Salam Khamis, salam 8 Ramadhan....

Rasanya ni baru entri ke dua maklah sepanjang bulan Ramadhan ni. Mak pun tak tahu, entah kenapa tahap kemalasan mak tak jugak hilang dalam bulan Ramadhan ni hish!.......
Diam tak diam dah 8 hari kita berpuasa yek. Kejapnya masa berlalu. Tahun ni kurang betul mak ke PARAM weyh! Kalau pergi pun hujung minggu dengan Pak Jilap. Hari hari biasa si TLBD malas nak menyinggah, dia kata penat. Ikutkan memang panas pun cuaca sekarang ni...... Memang malas pun nak berjalan, bukan haus kat tekak jer, cecair kat lutut pun haus haha.....
Berbuka pun ala kadar jer, selain nasi, benda yang kena ada masa berbuka, kuih! Tak banyak, kuih sejenis pun jadilah. Barulah fefeeling Ramadhan ko hihi..... Weyh .... yang mak bangga tu, kuih tu hasil dari air tangan mak si TLBD tau haha....... Korang mesti tak sangkakan tetiba mak si TLBD jadi rajin Ramadhan kali ni .... 

Setakat ni mak dah buat Popia, hari tunya buat Seri Muka, hari tunya lagi buat Kuey Teow Kungfu. Semalam buat Cekodok Pisang. Hari ni macam teringin nak buat buah Melakalah pulak. Tak pun Pau Sambal, Pak Jilap suka Pau Sambal ni. Tengoklah nanti apa yang jadi. Kotnya tunjuk jer kat PARAM. 

Atas, baru cerita jarang pergi PARAM, bawah sudah mau pigi! Hihi....
Bukti kuih buat sendiri ye, dalam loyang jugak mak hidang hihi.....Sahur timekan, ikut dan jerlah.


Thursday, 18 June 2015

Korang sahur apa?

Salam Khamis, salam 1 Ramadhan......

Weyh .......... udah ngantuk pulak mata ni! Mentang mentang ler bangun pagi! Bangun pukul berapa korang pag tadi? Korang sahur apa? Mak, kunci jam pukul 4, bangunnya pukul 4.30 hihi......
Nasiblah tak de anak kecik lagi yang nak kena kejut sahur. Kalau tak menguji kesabaran jugak tu pepagi hihi.....

Pak Jilap cakap, Ramadhan kali ni dia nak makan ala kadar jer sambil nak kecikkan perut. Nak perli mak ke apa ni hihi...... Mak, of course ler lagi suka kan. Mak cadangnya nak makan oat jer. Mak bukannya suka pun masak pepagi subuh sapie tu, kang siapa yang susah kalau mak berselera makan tak hengat dunia pagi pagi tu? Nasiblah jugak dapat anak, dapat laki yang jenis tak demanding, nak lauk baru. Syukur di situ.....

So, untuk hari pertama ni mak masak Nasi Goreng lebih nasi semalam jer. Si TLBD, macam puasa puasa sebelum ni jugak, makan cereal 'Milo' jer. Pas tu goreng sikit keropok leko, sudahnya mak yang habiskan...... huh.....

Teringat zaman mak kecik dulu, sahur mak cuma roti sapu margerin dengan gula. Margerin tu bukan jenis soft margerin macam sekarang ni, margerin dalam tin kot, tak pun margerin timbang kati hihi..... Tu pun dah sedap sangat dah tu. Yang bestnya abah dukung sampai meja makan tau. Sekarang ni tak de sapa yang hingin nak dukung mak sampai meja makan haha..... jalan sendiri!

Okaylah ....mak nak blogwalking, lama dah tak menyinggah rumah korang.....


Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan Kareem

Salam Rabu.....
Selamat menyambut Ramadhan korang. Moga Allah memberi peluang kita bertemu Ramadhan malam ini. Bukan setakat bertemu, tapi moga kita diberikan kekuatan untuk menunaikan ibadah ini dengan sempurna dan ikhlas.


Maaf atas kekhilafan mak ye, terlanjur kata, terover selpie hihi..... yelah manalah tau korang menyampah. Apa ? Memang nak muntah? Huh..... Tak berlapik langsung tau korang ni! Pantang mak bagi chance mengutuk mak, berlumba lumba korang nak muntah yek! 

Redho ajelah weyh dapat geng alamaya yang bersawan selpie macam mak ni ......hihi

Udah...... esok mak tak mau cakap banyak, haus..... babye!


Tuesday, 16 June 2015

Alahai anak......

Salam Selasa geng......
Masa tengok SA baru baru ni, sempatlah jugak jejalan ke AEON Sri Manjung. Apa tak sempatnya, dah 2 malam kan. Mula tu nak gi ziarah sepupu Pak Jilap. Yelah, lama duk ulang alik Lumut, tak pernah singgah pun, lalu depan rumah rumah jer kekdahnya. Tapi lastly, tak jadi pulak, Pak Jilap tak berapa sedap badan katanya....... Mak tak kisah pun, singgah boleh, tak singgah pun boleh.

Kemain kan Nek Mommy tak hengat dunia angkat kaki sebelah, sambil pose dengan beg baru haha....

Kebetulan pulak ada Kedai Buku kat sini, so bolehlah guna Voucher SA yang dah nak expired hujung bulan ni tu. Mak dapatlah jugak tempias Buku Resepi! Jangan tak masak sudah.....

Yang nak cerita sebenarnya, kat AEON Sri Manjung ni ada satu outlet Furniture Store nama Kaison. Macam macam barang ada.  Yang bestnya, harga berpatutan tapi barang nampak mahal. Memang ralitlah mak tengok barang barang dalam ni. Banyak bunga weyh.... cantik cantik pulak tu. Geram nengoknya. Tak beli pun hihi.....

Yang mak tak menahan nak tergelak sangat tu......ni ha, si TLBD boleh berkenan nak beli benda ni.... Apa ke namanya entah..... Dia tu memang..... benda benda gini dia sukalah. Cuba suruh baca buku. Alahai anak.....


Nak jadi Direktor Filem ke apa ni huhu....

Friday, 12 June 2015

Fancy Catchy

Salam Isnin yang blues......
Pak Jilap ngajak tengok SA hari Jumaat baru ni. Dia cuti.......Eh? Rasa macam baru jer lagi bermalam kat Sri Iskandar tu tau!!! ..... Tapi, dah Tok Daddy ajak katanya, nak tengok anak sempena nak menyambut Ramadhan ni...... Nek mommy ikutkan ajelah.... Nek mommy OK jer......cuti masak weyh, sapa tak suka.

Malam Jumaat hari tu, Angry Bird buat kejutan kononnya. Dia bagi handbag merah tu, Pak Jilap pulak dapat set tali pinggang dengan wallet. Sebab apa dapat hadiah, entahlah .....Nak kata hadiah Hari Jadi dah lepas, nak kata hadiah Anniversary, lambat lagi.....kira hadiah Hari Ibu dengan Hari Bapalah ni kot.

Handbag tu sebenarnya dah lama mak tenang kat IOI Mall tu.... Ada 3 kaler kalau, tak silap, merah, hitam dan coklat. Tapi mak suka pulak yang merah menyala ni,  tak padan dengan kilauan kan hihi.....Tulah, terbayang bayang kalau pakai baju hitam, pakai handbag merah ni pulak, memang perghlah!! hihi....Murah pun murah tapi nampak macam 'fancy catchy' gitu. Eh!!! sesuka hati jer mak buat perumpamaan ek haha.....Belasah jerlah weyh....... Mak ni biasalah, tenang aje yang lebih, tembaknya tak jugak, padahal tak mahal pun, tak sampai Rm40 henggit pun. Biasalah...... penggangur macam mak ni, hidup dia memang macam tu, sokmo menenang hihi....
Pas tu rupanya si Angry Bird ni beli senyap senyap. Langsung mak tak tau tau, sehinggalah sampai satu masa tu mak menggodeh almari baju dia, ternampak handbag ni dalam plastik......Ohhh.....tak sangka mak. 

Kalau tanya mak suka ke tidak, ofkos lah mak suka. Benda free weyh....
Terima kasih anakanda Angry Bird, moga Allah sentiasa murahkan rezeki adik hendaknya.

Kemain padlock tu yek....hihi

Thursday, 11 June 2015

Keladi Goreng

Salam Khamis.....

Balik kampung hari tu abang bagi keladi. Memang dah lama mengidam nak makan keladi ni sejak Norhidana Miswan aka mama Ayyan menayang Keladi Goreng dia. Tak cukup menayang dalam blog, dalam FB pulak ko buat kerja ye Dana haha.....

Setakat keladi, korang memang tak hairan pun kan.....tapi mak memang hairan hokay! Sebab lama tak mendapat!  Maklumlah, makanan makanan gini kan, sarapan mak masa kecik kecik dulu. Ubi, keladi, keledek, pisang...... Mana pernah mak sarapan meehoon, mee, nasi lemak bagai tu....
Paling tak suka, kalau bangun pagi zaman kecik dulu, cari sarapan nun dalam periuk tu atas dapur kayu, bukan atas meja macam budak budak sekarang ni, tengok ada pisang rebus dalam periuk huhu.... Marah sungguh kat mak masa tu, merungut rungut sendiri, kalau pisang goreng sedap jugak.
Terima kasih bonda ku kerana masih sempat rebus pisang untuk anak bongsumu dalam kelam kabut nak pergii menoreh tu huhu...... sedih ar....
Ohh.......nostalgia sungguh!...

Dapat tapau balik KL satu biji, sambung goreng kat KL. Tapi macam biasalah..... mak sorang yang menghabiskan. Budak budak dengan bapak budak manalah reti makan Keladi. Lantaklah.....janji mak kenyang keladi 2, 3 hari ni hihi....


Cicah dengan gula jugak, yang best!!!
Tak kuasa nak memengat ......

Wednesday, 10 June 2015

Segala Nikmat....

Salam Rabu.....

Malam tadi dapat tahu suami jiran OKje masuk wad sebab serangan jantung. Katanya kenanya hari Ahad petang. Mereka suami isteri rasanya sebaya dengan mak. Alhamdulilah keadaannya stabil. 
Jiran yang sorang tu pulak sedang melawan kesan kimo pertama yang baru dilaluinya. Katanya tekak tak berasa dan banyak keluar ulser dalam mulut.

Ya Allah, moga kau kuatkanlah jiwa jiwa mereka dan bersabar dalam menghadapi ujian ujian Mu Ya Allah.

Melihat keadaan mereka, rasa bersyukur sangat dalam diri ini, Allah masih memberi peluang untuk menikmati nikmat sihat, nikmat gembira .......masih boleh merasai nikmat makan bersama family dan paling utamanya, nikmat suami masih berada di sisi..... Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, salah satunya nikmat sihat sebelum sakit. Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita, OKje terutamanya, untuk beramal sementara masih sihat ni huhu....
Memang nikmat sungguh dapat makan Laksa Penang kat Midvalley.....
Gambar beberapa minggu sudah....

Tuesday, 9 June 2015

Singgah Melaka ...

Salam Selasa yaaaa sohabat......

Mak tak bercutilah ....... Mana ada mak bercuti. Mak ambik mood orang lain bercuti jer hihi....... 
Kalau nak meronda, sebelum sampai rumah mak kena meronda dulu, takut nanti orang yang pakai spek bulat hitam tu tak dapat keluar ke mana mana hihi...... 
Kita singgah Melaka dulu, pusing pusing naik bot. Mak pak Jilap yang terlebih nak naik, anak anak dah pernah naik masa lawatan sekolah.

Nama pun pusing pusing sungaikan, Iguanalah jadi santapan mata, sepatah kata pelancong Korea yang naik bot sekali tu hihi..... Kecoh diaorang nampak Iguana. Padahalnya anak biawak jer......

Lepas naik bot, pusing pusing kawasan situ pulak. Nak naik beca, tak sampai hati pulak kat Tukang Kayuh. Kuruih kuruih semuanya weyh. Takut beca terjongkit ke tepi bahagian penumpang je, maklumlah mak dugong dengan bapak dugong yang naik hihi.....


Alang alang dah petang, alang alang dah sampai Melaka, wajib singgah Umbai dulu isi perut.....

Thursday, 4 June 2015

Ambik mood bercuti....

Salam Khamis.....

Pergh!! Orang tu pergi bercuti nampak..... Ha ... kalau makan kopok leko Seberang Takir tu agak agaklah yek, jangan pulak lupa mak kat sini...... Semalam dahlah pekena Patin tempoyak ngan seafood goreng tepung Tanjung Lumpur! Ceh....

Tak per, mak pun nak ambik mood bercuti sambil tidur hotel jugak...... Gambar 3 minggu sudah masa hantar SA. Selalunya duk homestay jer, jimat...... tapi time tu homestay penuh, ada konvokesyen UITM. 

D' Hotel, satu satunya hotel yang ada swimming pool kat Seri Iskandar ni. Kalau nak cuci mata, tak payah susah hati, sebelah hotel ada The Store. 

Warga kilauan sedang berwefie hihi....
Syukur, masih dapat merasai nikmat Allah yang maha luas ini......

Udah, mak esok balik kampung, Sabtu, sepupu Pak Jilap kawen.  Memanjang sedara belah dia nampaknya ni hihi....


Wednesday, 3 June 2015

Yok, balik dulu jemur baju...

Salam Rabu......

Mak bersiaran dari surau ni..... Malam tadi mimpi katanya hihi.........


Sampai sampai kosong you...... Mentang mentanglah bukan Ustaz Kazim.

Ekeleh......rupanya sudah tukar time, pukul 10 pulak.  

Yok, balik dulu, jemur baju...... 
( Lamanyaaaa tak guna perkataan ' Yok'. Yok = Jom)


Tuesday, 2 June 2015

Kenduri Kawen anak Jiran

Salam Selasa.....

Makan kenduri rumah jiran setaman hari Sabtu baru ni. Nasi hujan panas.....


Sejak dah kilauan ni ...... nikmat makan mak agaknya sudah ditarik sikit kot, agak kurang berselera berbanding dulu...... Tapi, dalam kata kurang selera tu, lauk separuh pinggan jugak kih kih kih...... 

OKje ingatkan kacang kuda, tapi 'replika' aje rupanya, sedap.......rasa macam jajan.


Pakcik ni jiran mak jugak. Mula mula pakcik ni tak mau makan, tapi bila nampak kitaorang tengah makan, dia terus tukar fikiran. Ginilah kita esok esok, bila ditinggal pasangan. Kesana sini sorang huhu.... Pakcik ni baru kematian isterinya beberapa bulan sudah. Walaupun anak ada, tapi manalah sama ....... sedih ar...

Monday, 1 June 2015

D.U.I.T

Salam Isnin......

Selamat bercuti kepada cikgu cikgu yang bercuti, yang bukan cikgu, kerjalah dengan hati yang ikhlas. Banyakkan sabau ye hihi...

Malam Sabtu hari tu mak pergi sekolah Angry Bird. Ada kem motivasi apa ke namanya entah..... lupa pulak mak hihi....Kemnya tu dari pagi Sabtu lagi. Cuma, majlis penutup belah malam tu ibu bapa digalakkan hadir. So apa lagi, layan kuliah maghrib finalis Pencetus Ummah, PU Sufian ler mak malam tu...... Tajuk Anak anak dan Ibu bapa cemerlang! Best jugak PU Sufian ni, walaupun bukan juara! 

Dapat ambik gambar dia dari jauh jer, malu pulak mak nak beriya....... Tapi itu tak penting, yang penting dapat ambik gambo belakang boypren mak hihi....


Harap harap si TLBD pun termotivasi sekali hendaknya hihi.....

Memang dah jangka pun, sebab apa mak ayah digalakkan datang pada majlis penutup ni. Sebab ada sessi 'Hujan Lebat' hihi..... Rasanya sama jer dengan mana mana kem motivasi lain pun, mesti ada part last yang anak anak  kena dapatkan emak ayah mintak maaf sambil nangis nangis...... Suka part ni! 

Banyak banyak ilmu yang PU Sufian kongsikan, ini jer yang mak dapat malam tu haha.....

DUIT memang perlu untuk berjaya.

D - Doa dan restu daripada ibu bapa
U - Usaha yang kuat dari diri sendiri
I - Istiqamah dengan apa yang dilakukan
T - Tawakkal kepada Allah