Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 30 June 2016

Daging burger Tesco

Salam 25 Ramadhan....

Semalam, dah terlanjur pergi Tesco beli roti sosej ni, dah berangan angan dalam kepala nak buat Roti John atau pun Kebab untuk sahur hari ni.

Cari daging Burger Ramly tak delah pulak. So ambik ajelah Daging Burger Tesco.


Sebelum tido siap siap asingkan 3 keping daging burger letak sebelah bawah esbok. Senang esok pagi bangun sahur terus lebur dalam kuali aje.

Jenuh le mak tunggu daging tu jadi kental, tapi tak kental kental. Macam banyak tepung jer gayanya. Lembik gebeh. Lepas ni tak boleh beli lagilah nampaknya Daging Burger Tesco ni. Kena cari Ramly Burger jugak.

Sudahnya sapu ajelah roti dengan Nutella, cicah air, alhamdulilah.....

Wednesday, 29 June 2016

Nak muntah weyh!

Salam 24 Ramadhan.....

Dah dua hari mak membiskut korang! Nak muntah weyh! Boring!. Oven kecik pulak tu. Oh.....menduga kesabaran mak sungguh!

Tulah tu, buatnya tak berapa bekas pun, tapi mak ni dah hampir mabuk hihi...... Kalau ambik tempahan. Harus tumbang terus kikikiki.... Macamanalah orang yang ambik tempahan tu boleh tahan agaknya ek? Masa masa ginilah teringat Knor Tokey Rempeyek. Camnelah dia boleh bersemangat luar biasa cenggitu sekali! Haibat sungguh!....Makan jamu Perawan Malam ke Knor? Haha....

Semalam sambil sambil membiskut tu, mak pun menjahitlah seluar seluar baru yang labuh tu. Maklumlah keluarga mak ni bukan kategori Encik Panjang kan hihi.....
Tengah duk menjahit, mesin jahit buat hallah pulak. Boleh benang bergulung gulung tak tentu arah cenggini.....Geram tak? Geram tak? Semakin bertambah nak muntah mak jadinya weyh!..... Nasiblah lepas tu ok...... Huh!



Macam korang tak kenal mak kan!...... Bab bab masak memasak ni, bab bab jahit menjahit ni, mana mak suka! Dapat membiskut beberapa bekas, lepas untuk bonda kat kampung dengan bonda mertua, tu pun dah kira alhamdulilahlah sangat tau hihi.....

Dah Mak Garam ko jangan sebok sebok tanya rupe kuih mak macamana? Bayangkan ajelah hitam hitam manis belaka semuanya haha.....

Monday, 27 June 2016

Botok botok untuk mertua

Salam 22 Ramadhan....

Weyh korang pergi menyoping lagi ke semalam? Mak udah stop..... Minggu depan start balik kikiki......

Mak pulak minggu ni banyak melepak duk rumah jer. Si Angry Bird ada tuition pagi. So mak cuma tinggal jejak kat mall dekat dekat ajelah.... macam AEON yang hidup segan mati tak mau dekat dengan rumah mak ni ha. Niat nak beli makanan si Onyeng tu aje, tetiba, terbekenan pulak kat alas kusyen yang berlonggok longgok ni, murah pun murah weyh. Rm6 henggit je lepas diskaun. Stok lama pun stok lamalah janji murah dan dapat sambar 6 helai hihi ..... 


Semalam pulak, mak berbuka dengan mami sekali lagi! Awal awal puasa hari tu dah sekali. Masa tu Pak Jilapah beli Nasi Arab, semalam takkan nak beli lagi kot hihi...... Kalau ye pun femalas masak, janganlah bagi nampak sangat. Berlakon kena terer kan, Mama Yusuf! Hihi....

Ligat otak mak berputar semalam korang, nak masak apalah hai nak persembahkan pada bonda mertua kesayangan syurga ambe ( ini bukan pura pura hihi.... ). Huh....tak payahlah tanya Pak Jilapah, memang tak akan membantu langsung jawapannya. Meh le kita ikut selera tekak mak hihi....

So mak pun decide nak cuba buat Botok botok. Ha? Ko hado bawak botok botok gi rumah mertuo? Haha....

Benda benda gini biasanya 'mak mak' mesti suka kan. Betul tak Kak Cik. Kak Nora? Maklumlah Botok ni kan ala ala makanan nostalgia gitu. Jarang kita buat kat rumah. Rumah maklah haha....

Maka mak pun berkelentang kelentunglah kat dapur seawal pukul 1.30 tengahari selepas puas bertawaf mencari ulam. Punyalah susah nak mencari ulam ulaman semalam korang, sudahnya buh ulam mana yang ada ajelah.

Ginilah kalau orang rajin buat keje, sampai kuali pun duk atas meja hihi.... Mak ikut resepi Mat Gebu dan adjust ikut cita rasa sendiri......

Terima kasih maknya sebab masakkan mak abah abang botok botok. Seronok abang tengok mak abah makan berselera. No...no...no.....cukup cukup, jangan ucap lebih lebih, kang mak terharu bebeh.......

Sekian, laporan untuk hari ini....hihi


Thursday, 23 June 2016

Mengukur jalan ke Putrajaya

Salam 18 Ramadhan....

Lenguh tangan mak weyh..... baru lepas basuh karpet hokey! Menyesal basuh hari ni, sebab tak dapat mintak tolong abang Sado angkat, berat Ya Rabbi !!

Semalam mak ke Alamanda, biasalah ...... aktiviti wajib kalau hari cuti. Kalau ikutkan, kilang Pak Jilap memang bekerja semalam. Tapi dia ambik cuti.

Anak anak daralah untung, sorang dapat beg tangan, sorang dapat kasut. Yang dapat kasut tu, sebabnya dia dah beli beg tangan minggu lepas sama jugak yang dapat beg tangan, sebab dia dah beli kasut minggu lepas. Sudahnya mak jugaklah yang ngange, tak dapat apa apa huh!......
Tak pe, tak pe, mak tak nak tu semua, tapi duit Raya lebih yeh bang tahun ni!!! Haha.....

Kalau ikutkan mak, tak payahlah beli beli beg tangan kasut bagai ni. Bukannya tak ada, dah adanya kat bilik tu,  tapi dah namanya ayah kot, mungkin dia rasa gembira kalau dapat membelikan sesuatu yang baru untuk anak anak dia sempena Hari Raya. Yelah.....anak dara ada 2, sorang beli, yang sorang lagi tu wajiblah nak jugak kan...... Eh...eh....bukan 2 lah, 3 ...... tertinggal pulak sorang anak dara hampir monopouse ni hihi......

Lepas tu singgah pulak Bazar Ramadhan Putrajaya. Dah tukar tempat rupanya. Tahun lepas depan masjid besi. Memang bestlah sini sebab banyak geraikan Rambang mata mak! Sampai bingunglah nak makan apa hihi..... Sudahnya mak beli Nasi Kerabu, Sata, Kambing Bakar, Kuih Muih, Murtabak, Apam Balik. Apam Balik tu si TLBD yang nak. Pak Jilap ngan TLBD ambik Nasi Briyani. Pak Jilap beli Pulut Mangga dengan Air Kelapa, Angry Bird pulak nak Nasi putih Ayam goreng Kunyit. So konsep kat rumah mak ni senang aje, sapa beli, dia kena habiskan......Jenuh mak habiskan apa yang mak beli ko malam tadi  sebelum kena sound dengan Abang Sado! haha.....

Sekarang sila jawab nape tak habiskan nasi tu! Nasiblah bukan mak punya.... 


Dalam pada pusing mencari makanan tu, ada satu gerai tu queue panjang betul! Rupanya sebab nak beli Pau Cendawan! Sedap sangat ke Pau Cendawan tu? Ada sesiapa yang pernah try?

Wednesday, 22 June 2016

Lagi kisah nak Raya

Salam Nuzul Qura'an....

Sori banyak banyak sebab 2-3 hari ni mak tak dapat nak berblogwalking sangat. Dapat pergi 2-3 blog je. Sebabnya mak bizi weyh. Entah apa yang dibizikan pun, mak tak tahu!

Nilah pasalnya mak beli Benang Kelabu tu Mak Nor Azimah! Nak jahit langsir ko!!! Bukan satu rumah ye, langsir kat ruang tamu je. Yang lain lain tu, kita tak payahlah bukak, terus jer pakai sampai Raya. Jimat tenaga, jimat sabun kehkehkeh.... 

Setakat langsir biasa biasa tu, bolehlah jahit sendiri. Setakat jahit tepi, lipat bawah. Jahit simple cenggitu, takkan nak hantar kedai kot! Nak kena kecam dengan Pak Jilapah ke hape! Bawak bawaklah menjahit mak oii, cukup cukuplah melingko atas sofa tu kikiki....


Benang pun warna kelabu haruslah tema langsir pun warna Kelabu hokeh! Jadiklah dapat match dengan sofa baru, walau macam tak masuk jer dengan dinding bercapuk mak tu. 

Mak dah melayur macam macam ni Mak Garam. Tepung Raya sudah, Sofa Raya sudah, Langsir Raya pun sudah. Masih tak de mood nak Raya lagi ke weyh?

Dah, tak payah nak tengok sangat sofa baru mak tu, Kak Ton. Nak gelakkan oranglah tu! TLBD cakap macam kat Kedai Brothers accessories kereta tu. Bayangkan ajelah hihi....

Kita kecam ajelah Pak Jilapah, sebab dia yang pilih! Bukan sebab sofa, tapi sebab harga murah katanya. Mak pun heran, macamana mak boleh setuju aje, macam kena pukau pulak!

Tuesday, 21 June 2016

Kisah semalam

Salam 16 Ramadhan .....

Semalam,  mak dah selamat memborong tepung bagai tu korang. Malu pulak rasanya. Membeli macam nak meniaga biskut jer gamaknya hihi.... Macam tak banyak, tapi boleh penuh pulak satu bakul! Harapnya janganlah jadi macam tahun lepas. Berbaki jugaklah 3-4 paket tepung naik sendiri. Jenuhlah buat jemput jemput pisang, tapi tak habis habis jugak tepungnya....


Cakap pasal jemput jemput ni, korang pernah try buat jemput jemput kurma tak? Pernah? Tak pernah? Sebenarnya mak pun tak pernah buat sampailah mak kawen dengan Pak Jilapah ni. Kiranya ni resepi ibu mertua lah. Dulu dulu masa mak mula mula kawen, asal puasa jer mami mesti buat Jemput Jemput Kurma ni weyh.

So semalam, apa lagi, mak menjemput le. Terus terimbau you nostalgia zaman makan Jemput Jemput Kurma bersama mami ni. 


Terima kasih buat blogger Yana Yani yang  mengepos kad Raya. Bukak laptop nanti mak linkkan blog hang ye Yana Yani. Rajin betul dia ni. Tahun lepas mak pun dapat kad Raya dari dia jugak. Hang ni kan Yana Yani, buat mak terimbau terimbau jer kerjanya puasa puasa ni. Nostalgia zaman anak dara menunggu posmen hantar kad Raya Pak Jilapah dulu dulu! Haih.....

Moga niat murni Yana Yani membantu sedara seagama Syria kita dipermudahkan. Kalau tak dapat benda ni mak pun tak tau pasal kempen ni. Kempen Ramadhan Al Khairi 4. 
1 Kempen 3 Projek
#Food4Syria
#Milk4Syria
#Care4Syria

Monday, 20 June 2016

Raya punya pasal

Salam 15 Ramadhan.....

Kemana korang semalam?  Soping keperluan Raya lagi ke ? Wah ...... nak Raya sakan nampaknya tu. Fahamnya mak..... selagi tak Raya mesti ada jer barang yang kita nak cari ek! Maklumlah memasing nak nampak vouge dipagi Raya hihi.... Nak hantar gambar dalam grup Whatapps ler tu. Eleh....macam mak tak tau!

Mak berjalan jugak sepanjang weekend dua hari lepas, pergi Nilai 3lah, pergi IOI Mall lah. Motif asalnya nak cari kasut anak dara, dengan nak cari benang warna kelabu. Memang dasat!!! Benang warna kelabu tidak ada dijual disana! Tapi malangnya mak dah tersauk barang lain pulak haha...... Nak beli bahan buat biskut pun tak sempat tau!

Jadinya, terpaksalah beli pagi ni. Jangan kata mak tak buat biskut Raya pulak yek hihi..... Agak agaklah weyh. Dahlah hari hari duk terbongkang atas sofa. Lagi mau malas buat biskut! Maka, mak pun decide untuk buatlah jugak barang 5 - 6 biji tong biskut Raya dapat lepas bagi mak sana dengan mak sini, jadiklah.... Tambahlah sikit dengan kuih beli.

Dah, korang tak payah nak komen pulak, bagilah kita setong mak, mak tak nak baca tu semua. Eleh, malas nak cari idea nak komen ler tu hihi........

Dah, mak nak keluar dulu......
Banyak benda mak nak buat lepas ni. Babai.....


Friday, 17 June 2016

Caca Marba

Salam 12 Ramadhan......

Sejak Ramadhan ni adalah baru 3 kali mak jejak Pasar Ramadhan. Itu pun sebab nak mencari kuih. Adakalanya tekak ni nak jugak makan benda benda manis selain kurma.

Kurma Pak Mertua bagi. Sedap kurma ni. Kurma bercampur madu. Rm11 henggit je kat kedai Arab. Pak Jilap kalau nak berbuka mesti mencari kurma ni dulu. Supaya atok dapat pahala orang yang berpuasa jugak katanya dengan anak dia. Yelah, orang ada bapak...... kata menantu dia pulak hihi...... Abah mertua mak ni on off puasa sebab diabetis. 

Nanti nak try buat Jus Kurma jugaklah macam Mak GaramMak Garam macam tak habis habis promote je Jus Kurma dia nampaknya tu. Harus cuba ni!

Sambung kisah Pasar Ramadhan ni, mak ke Pasar Ramadhanlah semalam. Kalau ikutkan malas nak pergi. Bukan tak ada parking tapi seriau kalau nak keluar parking hihi..... Kereta kan banyak lalu lalang. Gabrah mak tau!! Harap lesen aje veteren, bab parking failed kikiki..... Kalau ikutkan menu yang ada, tak payah beli kuih pun tak pe, sebab mak dah goreng mee pun. Nasi pun ada. Si bongsulah ni, nak jugak makan nasi. Sudahnya masaklah jugak nasi tu dengan lauk paling senang di dunia, Ayam Kicap. Buat sambal tumis ikan bilis jugak. Tapi oleh kerana tekak mak yang mengidam nak makan kuih, maka haruslah diutamakan haha.....

Haruslah cari kuih faveret mak dulu kikiki.......Cuba teka kuih faveret mak ni berapa sen seketul? Terkujat kujat mak kat Pasar Ramadhan semalam tau haha.....RM0.80 ko! Memang sekali tu ajelah mak pergi gerai situ nampaknya. Nak kata semua kuih mahal tak jugak sebab ada je gerai sebelah tu yang masih jual kuih RM2 untuk 5 ketul.....



Thursday, 16 June 2016

Jam Antik

Salam 11 Ramadhan ......

Malam tadi pukul 9.30 mak dah tidur. Mengantuk sungguh weyh. Kalah orang sedut daun ketum tau hahaha.... Sedar sedar, Pak Jilapah dah balik dari masjid. Bini tengah sedap bermimpi dalam bilik hoho..... Memang tak senonoh betul. Masjid taman mak ni buat terawih berselang dengan tazkirah. Paling cepat pun Pak Jilapah sampai rumah, mesti pukul 10.30 ke atas. 

Aduhaiiii..... sedih mengenangkan nasib diri yang utamakan tido ni huhu...  

Jam dinding ni mak bawak balik dari kampung. Bonda yang beriya sangat suruh bawak. Seboleh boleh dia nak suruh mak bawak balik KL. Walaupun ramai yang berkenan, tapi dia tetap nak bagi mak. Anak bongsu katakan hihi....  Masalahnya, anak bongsu dia ni bukan pencinta barang antik! Orang suka moden kontemporari! Pergh!!!.....Konsep memang tak boleh blah walaupun dah kilauan haha.....


Memang betul betul jam antik ni. Yelah.....masih guna kunci untuk menjalankan operasi jam. Antiklah tu kan......Jangan tanya mak macamana cara nak mengunci jam ni. Pusing ajelah kot! Hari tu mak try jugak mengunci, tapi macam ketat je weyh. Dah, tak payah susah susah, kita serahkan ajelah pada Pakcik Sado dalam rumah ni hihi.... 


Kalau zaman mak kecik dulu, jam ni akan berbunyi mengikut nombor jam. Kalau pukul 3, 3 kalilah bunyinya. Kalau pukul 3.30, bunyinya cuma sekali. Itulah kelebihannya agaknya. Dari atas katil pun dah boleh tau pukul berapa.  Tapi sekarang ni nampaknya dah tak berfungsi lagi bunyinya. Kita pulak yang kena tekan butang kat tepi tu, barulah dia berbunyi. Ceh!! Dah andropouselah tu haha.....


Dalam selamat pun sangkut kat dinding. Huh......tak payahlah nak berkonsep konsep sangat di Hari Raya, kita tiru ajelah konsep Kak Ton, konsep caca marba! hihi.....

.

Wednesday, 15 June 2016

Dayang Senandung

Salam 10 Ramadhan......

Kelmarin dah masak Caru Sambal. So semalam mak buat Nasi Ayam pulak. Marilah kita tukar tukar menu tu. Manjang ikan jemu jugak, tapi kalau manjang ayam pun jemu jugak. Ginilah kalau dah dapat kontrak jadi ibu weyh, kerja masak ajelah kita sepanjang hayat walaupun ada masanya sawan malas menyerang hihi..... 

Kebetulan pulak menu mak semalam tersama dengan Mak Nor Azimah. Bezanya ayam dia cantik ko. Nasi pun kuning berseri... 

Nasi Ayam mak ?
Huh....nasi pun tak nampak kuningnya, ayam pulak macam Dayang Senandung hahaha...... Dayang Senandung pun Dayang Senandunglah janji rasanya mabeles hihi..... Tak pe kot tempek gambar kat sini ek. Tak de sapa yang nak terliur haih dengan ayam Dayang Senandung mak tu hihi........

Tuesday, 14 June 2016

Terpancar kegembiraan

Salam 9 Ramadhan.....

Pejam celik pejam celik dah 9 Ramadhan. Tapi lemak tak kurang jugakkkkk......

Kemana korang hujung minggu lepas? Mak ke rumah mertua. Berbuka dengan ipar duai. Konsep potluck gitu. Mula tu mami cadangkan konsep masak sama sama. Tapi nasiblah Pak Jilapah cadangkan konsep beli aje hihi..... Selamat mak tau! Dah tau sangat dah sawan hujung minggu bini dia agaknya kikiki....I lap u lah bang......

Mak suruh Pak Jilapah sponsor Nasi Arab. Beli kat kedai yang biasa mak makan tu. Kat situ sedap! Kasi chancelah biras mak rehat sesekali. Kerja mak pun senang kikiki.....Tak payah nak basah ketiak sangat nak memasak. Kang sedapnya belum tentu, diri sendiri dah lencun macam orang mandi hihi.... Tak confident weyh nak masak Nasi Arab untuk reramai ni. Kalau masak untuk anak beranak sendiri tu boleh lagilah kot. 

Tapi mak perasan sejak 2 menjak ni, nasi dia dah kurang sedap. Beras dia pun dah kurang panjang. Tak macam mak makan mula mula dulu. Nikmat sangat weyh. Huh..... cut cost ler tu agaknya!

Tuan rumah aka adik ipar Pak Jilapah buat karipap dan bubur lambuk. Adik lelaki dia sorang lagi bawak KFC. Cuma 4 beradik jer dapat berkumpul. Yang bongsu, tak de, balik kampung bini dia. 
Nampaklah terpancarlah kegembiraan mak ngan pak mertua mak tu, sesekali dikelilingi anak anak dan cucu cucu. Bukan selalu dapat berkumpul cenggini kan. Gambar tak payah tanya! Mak tengah berlakon jadi muslimah sejati waktu tu hahaha....

Alah.....Macam Kak Noor jugaklah kekdahnya. Seronok dapat bersahur, berpuasa dan berbuka dengan anak anak kat London tu. Walaupun puasa start awal kat sana. 2.50 pagi dah masuk Subuh katanya.... Apa ada hal! Janji dapat bersama dengan anak anak, kan Kak Noor? Kalau tak caya cuba tengok gambar 2 beranak ni. Kan terpancar kegembiraan di wajah meraka tu .....


Dapat poskad daripada Kak Noor dah beberapa hari sudah. Entrinya baru hari ni hihi... Al maklumlah tuan blog diserang sawan sejak 2 menjak ni hihi.... Pemandangan di Royal Victoria Park Bath. Terpegun mak tengok bunga bungaan yang mekar tu. Kalaulah dapat tengok realiti, confirm saya selpie merata ni Kak Noor hihi.....

Terima kasih jugak untuk FMnya ye Kak Noor. Untung tau ada jiran sebelah yang muka tembok ni, dia mintak, mak pun dapat sekali hihi..... 

Friday, 10 June 2016

Salam 5 Ramadhan

Salam 5 Ramadhan....

Selamat berpuasa korang.......
Kalau rasa nak insaf pepagi ni meh le tengok video ni. Sedih weyh.....

video


Mak ada je kat rumah ni Mia, Azra.... Tengah terbongkang atas sofa baru. Maklumlah bulan Ramadhan kan, pulak tu cuti sekolah, terbongkang ajelah mak kerjanya. Eh! Tercakap pulak sofa baru dah sampai hihi..... Tulah tu, mak pun tak tau kenapa....... sejak balik kampung minggu lepas, mak terus kena sawan malas pulak. Huh......

Terima kasihlah pada Kak Ton sebab bertanya khabar mak, tak de tempat nak menyakatlah tu! Sebab tu rindu orang! Eleh.....macam orang tak tau! Pada Adey Manis jugak, yang bertanya khabar sambil menjerangkap samar mak! Blushing, blushing ni tau, sebab jerangkap samar Adey Manis tersasar jauh, ..... Lainlah Yati tu, jeles ai hokeh!!

Nak bagi tahu korang ni weyh, mak dah siap beli baju Raya. hoho....Tema Royal Blue dengan Pink gitu..... Biru tu pilihan Pak Jilapah. Ikut mak, mak memang kurang minat warna biru ni. Macam tak masuk je dengan kulit mak yang sawo ni. Macam jadi lebam aje. Tapi dah Paknya nak, kan. Maknya ikutkan ajelah. Lebam pun lebamlah di pagi Syawal haha..... Sanggup tuuu tak nak beli baju Melayu kalau bukan biru. Ceh! Guna kuasa veto nampaknya bang! Eleh!Nak ugut maklah tu...... Tak pa mak kasi chance, mentang mentanglah Raya rumah mak dia tahun ni!

Dah....dah..... Sekarang bayangkanlah macamana vougenya mak berjubah pink di pagi Raya, tapi jadi penunggu sinki sebab basuh pinggan kahkahkah......
  

Thursday, 2 June 2016

Bulu pun nak ceritakan

Salam Khamis.....

Mak Nor Azimah, mak sarapan Mee Hailam pagi ni. Itu pun sebab ada lebih petang semalam punya! Sapa lagi nak bagi perabis kalau bukan mak? . 


Sebenarnya mak bukan nak cerita pasal makan, mak nak cerita pasal bulu hihi..... Bulu pun nak ceritakan hihi..... Sebabnya pagi ni terkejut tengok kemunculan Daddy Ziyyad dalam blog. Daddy Ziyyad kan kaya bulu hahaha..... ( Jangan marah beb! ). Dah sedar dari fengsan rupanya dia. Ingatkan fengsan sampai Raya!!!  OK, cukup cukuplah mengenakan orang tu, kang mak pulak yang kena injek ubat tido dengan dia hihi....

Memanglah laki mak spesis tak de bulu, janggut pun sejemput je, tapi anak mak, si abang tu memang sespisis dengan Daddy Ziyyad! Kalau dah bapaknya jenis tak berbulu, dah sah sahlah ikut gen mak gamaknya hihi....  

Eh! Ni nak tunjuk bukti janggut sejemput ke nak tunjuk makcik yang berjemput jemput hahahahaha..... 












Weyh...... remeh jugak nak jaga bulu rupanya tau. Mak tengok anak mak tulah..... Bila cukur hari ni, esok lusa dah naik balik. Minggu depan dah serabai hihi.....  Kalau cenggini Pencukur satu bakul pun tak cukup weyh hihi.......Macamanalah Wak Doyok tu yek!


Wednesday, 1 June 2016

Wes suwi orak mangan koyo kuwi

Salam Rabu.....

Mak jarang ambik sarapan nasi pepagi ni. Kononnya nak kurangkan ambik karbolah. Kononnyalah hihi.....

Tapi pagi ni bukak tudung saji tengok benda ni atas meja, nafsu tak terkawal pulak dah.....






Benda ni sebenarnya lebih petang semalam
Mak goreng buat lauk, sebabnya si TLBD tak nak makan nasi, dia nak makan nestum jer katanya, Pak Jilapah pulak sebelum balik kerja tu dia dah mengeteh dengan kawan dia, malam dia tak nak makan katanya, dah kenyang, si Angry Bird pulak, semalam cikgu dia belanja makan ngan jalan jalan kat IOI. So setakat perut mak sorang baiklah mak goreng ikan bilis aje. Lagi pun kepingin kok, wes suwi orak mangan koyo kuwi haha...! Tak paham mohon tanya Dana, suruh Dana translatekan!

So, memang pergh le..... lega hokey!!! Mak tak payah masak hihi....

Sudahnya, ambik nasi, bedal ajelah!!!! Walla weh....nikmatnya bukan main ko.... Alhamdulilah masih terasa lagi nikmat makan....