Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 31 March 2015

Emas

Salam Selasa......

Jemput sarapan .....
Mau tersekat kat celah kerongkong ni....... hihi


Jangan buat buat lupa bayar zakat pulak yer kalau ada emas banyak macam ni. Korang suka pakai emas?

OKje tak delah suka sangat! OKje lebih suka emas putih sebenarnya! Ala ala 'yeng' gitu, kalau orang dulu cakap hihi....

Separuh orang kus semangatttttt...... bergayut gayut emas kat leher, tak cukup kat leher, kat tangan kan...... Pandangan mak yang tak berapa nak ada emas ni, tak payahlah pakai sarat barat sangat. Hilang dah keanggunan jadinya weyh!

Orang sekarang mana main gelang gelang emas ni, Pandoralah ye dak......





Monday, 30 March 2015

Geng Mommies baca Yaasin

Salam Isnin sahabat!.....
Macamana aktiviti weekend korang ? Menyusur ke mana weyh?

Mak, macam biasalah...... aktiviti hari Sabtu setiap 2 minggu sekali, melawat pak ngan mak mertua. Dalam hati mak berdoa ko, harap harap Pak Jilap balik sebelum maghrib le hendaknya hihi.....
Sebab malam tu geng Mommies taman ada buat bacaan Yassin. Baru pertama kali sebenarnya aktiviti Yaasin ni. Selalunya senamrobik jer pagi Sabtu.

Takkan tak mo join pulak kan, kang mak kena pulau kang, baru tau! Kenalah seimbang katanya, duniawi dan ukhrawi! Hihi.....


Mak ni kalau geng mommies plan nak bergader gader, memang susah hati betul tau. Susah hati nak mintak permission. Memanglah bendanya benda baik, tapi biasalah, Arjuna belahan jiwa mak tu, hujung minggukan hari bersama keluarga katanya. Kalau boleh 24 jam dia nak nampak kelibat bini agaknya.

Nasiblah request of approval last minit lepas! Huh lega......alah bang bukannya lama pun, 2 jam jer, 10.30 nanti hadaplah kelibat orang balik yeh bang hihi..... So, sekarang ni mak dah taulah taktik Pak Jilap. Mintak izin jangan awal awal hokay!

Selain baca Yaasin, ada acara tukar tukar hadiah jugak antara mommies yang lahir pada 3 bulan pertama ni.


Aktiviti bacaan Yaasin ni sebenarnya hasil idea tuan rumah yang manis berdress merah hati tu. Cantik dress nampak beb!!! Pinjam boleh hihi.....Objektif dia sebenarnya nak mengumpulkan geng Mommies yang bukannya ramai pun kat taman ni.

Spaghetti yang mabeles hasil tangan tuan rumah. Nasi lemak pulak sponsor jiran yang tak dapat datang. Apam gula hangus pun hasil tangan mommies jugak, mommy yang pakai tudung kuning diraja tu. Fefeeling kerabatlah tu haha....

Mak ? Sponsor perut kosong haha......


Tak ramai yang dapat datang....... ini jer mommies yang availabe malam tu huhu..... 
Terima kasih geng Mommies! Gurau senda mak yang terlebih harap korang maafkan yer! Korang memang jiran yang baik. Beruntung mak dapat jiran macam korang. Moga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan selamanya.

Tuan rumah, paling kiri berdress merah 
Dari Abdullah bin 'Amr bin Al 'Ash dari Rasulullah saw bersabda : 'Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang paling baik kepada sahabatnya, dan sebaik-baik tetangga si sisi Allah adalah yang paling baik terhadap tetangganya (jirannya) - ( Sunan ad-Darimi : #2330. Isnadnya sahih)


Friday, 27 March 2015

Radio Survey

Salam Jumaat.....

Berat nanang ni kalau tak boleh tidur! Dah kenapa tetiba kecek Kelate ni weyh!!!..... Nampaknya mak pun dah berat nanang jugak ni. Bukan mak yang tak boleh tidur, mak lena sokmo! Usah difikirin lagi bang, resign ajelah, jangan fikir pasal cukup tak cukup, kalau tak cukup kita cukupkan, jangan risau bebeh. So kalau lepas ni korang dah tak nampak mak berkeliaran kat alamaya ni, maksudnya tenet dah potonglah tu ye......

Babai korangggggg..... nak buat macamana demi sebuah pengorbanan katanya huhu..... Dan kalau nampak Mak Jilap jual pucuk ubi kat Pasar Malam tu, ikhlas iklaskanlah beli walau korang tak makan pucuk huaaaaaa.....

Ok tutup kisah tu.....

Semalam petang ada dua orang budak naik motor singgah depan rumah. Masa tu OKje tengah nyembang ngan jiran, jiran hantar Daging Dendeng. Kawan dia jual. Strategi perniagaan ni sebenarnya, manalah tau mak kena jual Nasi Lemak pulak lepas ni kan! So kena pancing customerlah dulu hihi....

Ngerilah jugak mula mula tu. Entah sapa sapa manusia. Maklumlah zaman sekarang ni, muka je nampak baik tapi hati penjahat. Rupanya mereka nak buat survey. Minggu depan nanti kami ambil balik kak. Lepas tu kami bagi Voucher KFC Snack Plate. Laaaa..... ingatkan Voucher untuk Bucket ke Barrel ke hihi.....


Bukan susah pun, Isikan waktu bila kita dengar radio dan radio apa yang kita dengar. Memang pun bukak radio dalam kereta tu. Maklumlah supir! Sejak dah kilauan ni, pandai pulak insaf ko hihi.... IKIM FM 91.5 memang jadi pilihan. Pagi ada motivasi, tengahari sebelum azan Zohor, layan bacaan Al Quran, kasi tenang jiwa dalam kereta. Petang ada usrah.

Kadang kadang layan jugak SINAR FM 96.7 kalau radio IKIM dok cerita pasal produk apa tah. Tak pun bila masuk blog Lynn Munir.  ERA FM 103.3 sesekali, tapi best jugak sebenarnya layan lawak Mak Jemah tu.

Hish korang ni...... takkanlah nak suruh mak dengar THR Raaga pulak hihi ......


Thursday, 26 March 2015

Pantang Sebut

Salam Khamis.....

Hari ni mak malas nak merapu lebih lebih. Tak de mood...... sebab tak boleh berkudap. Puasa weyh ! Orang berebut puasa sunat, awak baru nak puasa ganti! Baguihlah....

So layan ajelah apa yang mak hidang ni....

Masa cuti sekolah hari tu jiran pergi IKEA. IKEA ada sale katanya. Habis tu ko beli apa? Tak beli apa, beli mangkuk salad Rm4.99 sen jer, satu kecik satu besar. Orang pompuan kan memang cenggitu, tak beli tu maksudnya tak beli banyak sebenarnya hihi...... Lepas tu dia cakaplah, dia makan meatball kat IKEA.

OKje memang tak pernah makan meatball kat IKEA tu. Sedap sangat ke? Ramai orang cakap sedap kan....

So macam biasalah mak ni, pantang orang cakap pasal makanan jer, dan dan tu terus teringin hihi.....
Nak ke IKEA semata mata nak makan meatball, macam tak berbaloilah pulak. Lagi pun, Pak Jilap bukannya suka sangat benda benda gini. So marilah kita 'mengemeatball' sendiri jer....

Jangan salah sangka pulak, meatball tu bukan mak gentel sendiri hokay, mak belum lagi rajin macam Puan Kutu, beli siap jer.......Tak kuasa tau!

Dah macam sos black paper jer ghupernya ........ Bukan macam lagi, memang sebijik weyh! hihi......

Petang ni macam teringin pulak nak melompat sambil menikam. Ni gara gara Daddy Ziyyadlah ni. Ditanyanya kita tau ke tidak Kuih Lompat Tikam tu dalam entri ni, Kan dah nak buat petang ni! Macam tak tau pulak, tekak mak ni, kan sensitif kalau dengar orang sebut pasal makanan hihi........

Adik beradik Bubur Sum Sum jer Lompat Tikam tu rupanya..... 


Wednesday, 25 March 2015

Katanya Jilapah......

Salam Rabu.....

Hari ni mak free sampai ke petang ye. Yang sorang ada kelas tambahan, yang sorang ada kokurikulum. So hari ni, tengahari mak boleh 'Sleeping Beauty' kekdahnya haha...... So kena cepat cepat siapkan entri, kejap lagi mak nak pergi cari buku latihan Sains si Angry Bird. Cikgu tuition dah tanya.

Nampaknya April dah menghampiri.......
Semakin dilemalah Pak Jilap tu......Jangan April fool sudah! hihi.....Untuk membuat sesuatu keputusan itu bukan mudah. Apatah lagi nak berhenti dari tempat yang dah berbelas tahun kita bekerja. Dengan gaji di tempat baru yang berkurangan. Dengan nak tampung perbelanjaan yang dah tetap setiap bulan. Dengan bini yang asyik nak beli Instant Shawl tak habis habis hihi....Ye, memang sesuatu yang sangat sukar untuk membuat keputusan bagi seorang ketua keluarga macam Pak Jilap tu. Orang faham, bang.....


Banyak kali dia mintak kepastian mak. Dengan harapan apa juga yang akan berlaku selepas dia berhijrah ke tempat baru nanti, jangan persalahkan diri dia sorang. Abang risau kalau awak tak berapa nak setuju......... ( Of course le kata ganti nama mak dah di tukar hihi..... kang terkejut pulak korang baca, manalah tahu Pak Jilap panggil mak baby uchuuk ke haha....).


Jawapan mak senang jer......
Keputusan abang adalah yang terbaik. Yakinlah dengan keputusan yang telah kita pilih, Insyaallah, selagi ada kurma dalam rumah, selagi tulah kita takkan lapar...... Alahhhh bang, kalau tak cukup makan nanti, pucuk kan banyak....... sambar jerlah dengan lidah kita yang panjang ni hihi....... Katanya Jilapah .......hihi....
 

Saturday, 21 March 2015

Kuih Dangai @ Kuih Rangin

Salam Sabtu......

Tetiba pulak mak terlajak rajin ni hihi.....
Planning hari ni nak ke Tronoh, tetiba pulak anak bujang balik KL. Hish.....baru berhajat nak ushar instant shawl kat sana tau. Hari tu dah perasan dah ada satu kedai jual. Nampaknya terencat hajat mak tau!

Dua hari lepas OKje buat kuih Dangai. OKje panggil kuih Rangin.
Puncanya masa sembang sembang kat WAlah, ada member tu cerita pasal kuih Dangai. Asalnya dia pos gambar pasar Bukit Gambir. Tetiba pulak melarat cerita pasal kuih Dangai kat Pasar Tani depan Pasar Bukit Gambir ni sedap. Memang sedap pun sebab OKje pernah rasa, sepupu bawak masa Raya tahun lepas. Teringat ingatlah kesedapan dia sampai hari ni. Alah..... macam rasa kuih sagun jer sebenarya hihi.... Memang sedaplah bagi orang yang suka, orang  yang tak suka, sedap macamana pun, tetap biasa je  rasa dia ye dak....

Huh..... apa lagi dan dan tu pulak tekak mak teringin weyh. Google resepi rupanya senang banget buatnya! Terus start kereta cari kelapa parut.

Kuih Dangai



















Resepi :

2 cawan kelapa parut
1 cawan tepung pulut
Gula sesuka hati
Sedikit garam

Cara mak yang nak cepat siap memanjang ni, gaulkan  aje semua bahan, lepas tu bakar dalam Pemanggang Ajaib pemberian Umialya. Agak agak dah kekuningan bawah dia, dah masaklah tu. Memang cepat sangat masaknya weyh. Boleh jugak rujuk sini kalau rajin.

Geng kita teringat awak tau setiap kali kita guna Pemanggang Ajaib ni.

Friday, 20 March 2015

Lynn Munir

Salam Jumaat.....

Suka.... suka ...... sukaaaaaa sangat....... Eh? Apa yang suka sangat ni?

Macam ni....... baru baru ni, masa OKje duk menggoogle blog sendiri, ( syok sendiri nampak!!! hihi......) sebenarnya OKje nak cari entri lama sebab nak linkkan dalam entri baru,  tetibakan kita ternampak ada orang review blog kita!

Kita pun apa lagi!!!! Macam tak biasa dengan kita yang sorang tu hihi..... Kembang kuncup sampai ke malamlah jawabnya haha.....


Yelah.... yelah... ingatnya OKje, Cik Nor , Cik Potam , Kak Saniah . Cik Deq . Cik Kesuma pun ada gak buat entri khas untuk OKje.

Ohhhh....dalam hati memang sangat sangat mak tak sabar nak baca. Laju jer terus klik entri 'Hainom OKje' tu.  Berapa kali mak baca entri tu, tak yah tanyalah hihi..... Dan dan tu terus kena sawan baca banyak kali jangkit Jiran Sebelah haha.... Saved jugak dalam Google + buat kenang kenangan.


Lepas baca entri tu kita malu sendiri tau Lyn Munir!  Awak ni....... suka tau buat kita blushing blushing cenggini.....

Apalah sangat dengan blog 'Hainom OKje' , kalau dibandingkan dengan blog 'Lynn Munir -... and I will do it my way....'


Pergh!!! Tengok header kuda berlari dalam salji pun mak dah ngeri tau...... Apa lagi tengok singa belakang gambar profile tu. Terserlah sungguh komitmen dan wawasan awak dalam berblog Lynn Munir! Memang sungguh terbukti dalam entri entri yang dihasilkan. Banyak manfaat daripada merapu. Gaya bahasa dan pengolahan entri yang ditulis jugak nampak sangat matang. Paling kita ingat entri awak yang ni Ceker Ayam dan Kencur Sebab kita pun suka Ceker Ayam tu haha....

Terima kasih Lynn Munir! .



Thursday, 19 March 2015

Ilham menjadi Lastik

Salam Khamis korang!

Eh? Dah hari Khamis eh! Ingatkan baru hari Isnin hihi...... Maklumlah mak bercuti panjanggggg.... mih....mih....mih.... Yelah kan, bila dah lama cuti berblog ni, rasa syok pulak. Sampai lupa korang. Nasiblah ada cikwek cikwek yang rindu mak. Tak sempat mak nak kecik hati!.....

Mak bercuti ke mana? ( Tanya sendiri, jawab sendiri.....haha ) Mana ada kemana mana, kan mak dah cakap, mak duk KL jer, jaga kawasan. Pak Jilap kan memanjang tak dapat cuti! So, mak bawak anak dara tengok wayang jer le.  Cerita Cinderella. Best ar cite dia, walaupun dah tau jalan cerita hihi..... Sedih weyh! Macam biasalah mak, dah katanya Neng Yatimah kan hihi.... Duk dalam panggung srot sret srot sret.... Menusuk jiwa betul bila sebelum meninggal, mak Cinderella pesan kat anak dia #have courage and be kind#Cikgu Aneem tolong translatekan maksud dia. BI mak failedlah hihi......

Ingat lagi tak OKje pernah cakap pasal restu dalam entri ni. Ni ha mak nak cerita, sebenarnya Pak Jilap mintak restu mak pak dia nak berhenti kerja. Nak ubah angin katanya. Dah boring dah kat tempat sekarang ni. Dahlah jauh, semua beban kerja di hempuk atas bahu dia. Walaupun kat tempat sekarang ni, gaji OK, tapi dia tak dapat merasai nikmat masa katanya. Pergi gelap, balik gelap. Sampai ada satu masa tu, jatuh air matanya dek terlampau stress kot. Mak pun apa lagi, pantang nampak air mata orang jatuh, dia pun nak jatuhkan air mata jugak hihi.....  Dan lagi, diri tu pun dah semakin kilauan, terasa nak lebih dekat dengan suraulah kot.

Lama sebenarnya dia komplen pasal ni. Tapi tulah, bila umur dah kilauan ni, bukannya senang nak tukar kerja.

Tempat kerja baru yang dekat dengan rumah dah ada, tapi itulah...... gaji memang jauh lebih rendah daripada sekarang. Sepadanlah kot dengan job spek dia.  Alamak!!!! habislah elaun bulanan mak! Nampaknya mak kena pakai bedak sejuk buat sendirilah weyh!....

Yelah, takut kena ketawa dengan orang pulak, selalunya orang berhijrah tempat kerja baru, offer lagi bagus, gaji lebih tinggi tapi ni sebaliknya pulak ek. Bagi pendapat korang pleaseeeee.....

Jenuh Pak Jilap buat istikharah, tak mimpi mimpi. Akhirnya dia dapat ilham, katanyalah hihi...... Yelah tu bang! Kotnya sebab abang dah nak sangat berhenti tak!
Biarlah gaji rendah pun, biarlah graf gaji tu terpaksa menurun. Dia yakin, getah Lastik yang di tarik kebelakang untuk melanting batu, nanti batu akan jauh perginya. Dahsyat tak dahsyat Pak Jilap punya ilham hihi.....

                                        wherebaik                                               
Sebagai isteri penyejuk dan penghibur seluruh jiwanya, OKje akan menyokong apa jua keputusan yang dia akan buat. Memang pada mulanya, mak takut hokay! Macam macam yang ditakutkan. Takut tak cukup. maklumlah kerak dah besar. Kesian kat anak anak jugak yang dah biasa hidup senang. Tapi yang pasti, takut tak dapat cuti masak haha.......

Tapi lama kelamaan OKje rasa redho pulak dengan jalan yang dia akan pilih. Biarlah gaji kecik pun, insyaallah, kalau berkat, maka Allah akan mencukupkan rezeki tu.


Friday, 13 March 2015

Kisah TUDUNG paling mahal

Salam Jumaat.....

Selamat bercuti kepada Adey Manis dan cikgu cikgu sekolah di seluruh negara. Seronoklah korang ek.... Esok dah boleh start bercuti cutian over the sea! Tak per korang jangan risau..... KL, kasi mak settle! hihi.....

Mai nak cerita ni. Ni bukan niat nak menunjuk tau. Orang tak pernah ada tudung mahal, ginilah jadinya hihi.....

Taunya OKje, korang punya tudung surelah branded branded dan gempak gempak mahalnya. Tambah lagi yang bini bos tak pun bini doktor. Alah...... tak payah nak tunggu jadi bini bini orang berpangkat, korang yang bekerja dan ada duit sendiri, confirm tudung korang mesti mahal mahal kan......

Lainlah mak, hanya seorang housewife katanya, tudung mak standard pasar malam jerlah, tak pun standard Nilai 3. Haih..... tudung pasar malam dengan tudung Nilai 3 pun cantik cantik tau!

Weyh Kak Ton, I'm not demanding hokay!!! Tak pernah pun beli tudung kat Fareeda tau.... Mak nak masuk boutique dia pun mak seram hihi....  

Tapi memang tak dinafikan tudung yang mahal mahal, corak dan kainnya memang cantik. Tulah tu kekadang bila tengok tudung, dah berkenan dengan corak, bila tengok harga mahallah pulak, terus cancel hihi.... Terasa sayang pulak ko. Datanglah bakhil dia tiba tiba tu kan haha.....

Nak jadi cerita, bila dah beberapa kali lalu lalang kat kiosk Tudung IOI Putrajaya Mall tu tetiba terberkenan pulak dengan tudung ni.

2 kali pakai terus tercabut tag Naelofar ni dari tudung, nampak sangat buas hihi...


Taunya tudung pattern gini memang dah melambak sekarang nikan. Jauh lebih murah lagiiiii.
Cik Nor pun ada jual online. Baru baru ni, Cik Puan Aina pun nampaknya dah berjinak jinak dalam bisness tudung ni. Wahhhh.... tak boleh jadi ni, nampaknya mak pun nak jugak menjebakkan diri jugaklah dalam bisness.... Korang rasa bisnes apa yang sesuai dengan mak ni?

Apa? Bisness Tudung Saji! Sampai hati tau!!!!

Oklah berbalik pada tudung yang katanya paling mahal pernah mak beli tu, akhirnya mak pun terbelilah jugak. Tak boleh tahan napsu dah! Masa tu tak banyak pilihan warna, so OKje rembat ajelah warna yang rasa sesuai dengan mak yang dah kilauan ni, warna fefel ....


Udah habis cerita.......
Itu ajelah kisah tudung paling mahal mak yang berharga Rm50 henggit....
Sekian terima kasih hihi..........


Thursday, 12 March 2015

Mee Siput

Salam Khamis.....

Walaupun berjiran dengan orang yang mencurah curah idea katanya, tapi sadisnya jiran dia tetap jenuh cari idea setiap kali nak buat entri baru huhu....

Mailah mak cerita pasal Mee Siput ni. Orang lain mungkin panggil Mee Sanggul kot, tapi sejak mak diberanakkan memang mak kenal benda ni adalah Mee Siput tak de nama lain dah.

Dah terlanjur Pak Jilap cari Gula Melaka yang mil kirim tu, mak pun selitlah kirim sebungkus Mee Siput. Tetiba teringin pulak nak makan. Tetiba pulak nak fefeeling zaman kecik dulu dulu, betapa nikmatnya makan Mee Siput celup dengan sambal kicap sambil main teng teng dengan kengkawan. Tak pun main baling selipar tak pun main nyorok nyorok. Ohhh.... bestnya zaman tu.

Orang Johor tak payah nak tipulah, mereka memang kenal sangat dengan Mee Siput ni, kalau tak kenal nampaknya memang nak kena hukum buang negerilah mereka ni.

Mee Siput









Nilah rupa Mee Siputnya setelah digoreng. Sedap sangat tu tak delah, bolehlah untuk kudap kudapan. Zaman mak dulu dulu, benda ni sedap dia mengalahkan Mr Potato tau. Tak caya tanya Kak Saniah Ibrahim! Hehe....

Wednesday, 11 March 2015

Anak Angkat

Salam Rabu mak......

Jangan salah faham pulak. Tajuk tak bermakna mak nak ambik Anak Angkat. Tak larat weyh nak jaga baby lagi bila dah kilauan ni, kang mak tak cukup tido kang, ha macamana??? Terus tak dapat berblogging hihi.......

Cukuplah dengan 3 anak yang ada tuuuuuu, campur sorang bapak anak, itu pun dah tak terangkat dah ni hihi....


Kisahnya baru baru ni adik ipar aka adik lelaki Pak Jilap ada ambik Anak Angkat. Perempuan. Tak pasti kenapa si emak baby sanggup beri anak dia pada orang lain. Mungkin kesempitan hiduplah kot. Adik ipar OKje ni dah ada sepasang anak dengan bekas isteri terdahulu, cuma dengan isteri yang baru ni belum ada rezeki lagi.

OKje tak tengok lagi anak sedara baru ni sebab minggu lepaskan mak balik kampung.

Kisah hari minggu baru ni, Anak Angkat ni telah disusukan kepada kakak ipar. Kebetulan, kakak Pak Jilap ni ada anak kecik tak sampai setahun lagi. Oklah dah settle...... dari segi aurat dengan ayah angkatnya iaitu adik Pak Jilap sebab dah jadi Pak Sedara sekarang . Cuma yang timbul masalahnya kalau mereka dapat anak sendiri nanti, kalau perempuan mungkin tak de masalah, tapi kalau lelaki,dia tetap jadi bukan mahram kepada adik beradik angkatnya. Selalunya kita risau pasal batas aurat dengan ayah angkat jer yek, kita lupa batas aurat dengan adik beradik angkat kalau ditakdirkan mereka ada anak sendiri nanti. Kebetulan pulak radio Ikim Ahad baru ni cerita isu pasal Anak Angkat.

Apa pun moga adik ipar dan isteri dapat menjaga Anak Angkat dengan penuh kasih sayang dan penuh didikan agama. Yelah..... bukan mudah nak menjaga amanah Allah ni, lebih lebih lagi bukan dari darah daging sendiri.

Dapat kat orang macam mak yang kurang penyabar ni huh..... habis anak orang hihi....,    
Korang ada pengalaman berkenaan Anak Angkat ni?


Tuesday, 10 March 2015

Cerita Gula Melaka dan sesuatu dari Orang Muo

Salam Selasa......

Semalam mak tak bersiaran..... biasalah, kalau semalamnya balik kampung, esoknya mesti banyak benda nak settle. Tu yang blog pun tak sempat nak bukak tu.

Balik KL, selalunya dua benda ni mesti beli......

Gula Melaka dan Kopi 434
Bukannya kat sini tak de, tapi Gula Melaka dari Muar memang terbaiklah! My mil yang cakap hokay!!! hihi..... Pak Jilapkan asal Muar sama macam bini dia jugak katanya.....

Dan setiap kali mil kirim beli Gula Melaka kat Pak Jilap, setiap tu jugaklah mak pun nak jugak Gula Melaka buat stok kat rumah hihi.... Dan setiap kali tu jugaklah Pak Jilap cakap sambil tersenyum OKje dengki....... Hish mana ada! Tak baiklah bang dengki dengan mil sendiri hihi.....

Sebenarnya kan, lepas kawen dengan Pak Jilap, barulah OKje kenal Gula Melaka secara ekslusif tau. Serious ni! Seingat OKje, my mak memang jarang sangatlah guna Gula Melaka ni, kalau guna pun mungkin pakai gula merah kot, sebab gula merahkan lebih murah. Macam tak tau, my mak ni memang penjimat orangnya.


Awal awal kawen dulu, kalau bulan puasa jer pak mertua mesti buat Air Sarbat. Tau tak Air Sarbat tu apa? Air sarbat tu air Gula Melaka dengan halia yang diblend. Jangan pulak minum dengan serdak halia tu, kang tersedak susah! hihi.....  Boleh buang angin katanya. So, dulu dulu, kalau buka puasa hujung minggu kat rumah mertua, OKje mesti ambik kontrak blend Air Sarbat! haha......

Semalam OKje dapat sesuatu daripada orang Muo. Dapat 2 ketul Fridge Magnet. Satu FM Istanbul, satu FM Guilin.


Kak Yon cakap, terimalah seadanya, pemberian ole ole yang tak seberapaTanda persahabatn blog katanya. Bagi OKje pemberian ni dah sangat bernilai tau Kak Yon. Terima kasih sangat sangat pada Kak Yon . OKje ni lagilah, entah bilalah agaknya nak dapat balas balik huhu.....

Sure korang dah kenalkan dengan Kak Yon-Pangkin Nenek ni. Teringat pulak OKje mula mula kenal dengan blog Pangkin Nenek ni. Kalau tak silap entri pertama yang OKje baca tu, pasal deko deko rumah Kak Yon yang ala ala English. Dalam hati, mesti cantik rumah Kak Yon ni. Faham cukuplah yek hihi.... Kalau sampai masuk majalah!


Friday, 6 March 2015

Entri Simple Mimple jer

Salam Jumaat.....

Hari ni nak buat entri simple mimle jer.......


Selain tak de idea macam Kak Tihara, ( ohhhh memanjang fefeeling adik tau mak ni kalau panggil orang kakak hihi..... ) mak nak cepat cepat menebeng rumah korang. Terasa pulak bersalahnya dengan korang, sebab berhutang blogwalking.

Lainlah jiran sebelah rumah mak yang banyak idea katanya tu. Mencurah curah idea dia macam hujan lebat, nak baca entri dia kena tarik lappy sebelah air dua kolah. Senang nak baca sambil berendam haha..... Apa barang cuma sediakan air 5 jag sebeleah lappy!
Eh? Sori Kak Ton, mak termengata Kak Ton pulak di pagi Jumaat ni! hihi.....

Memang betul kata kata Kak Ton dalam komen semalam, sejak kebelakangan ni, OKje memang jarang dah mengadap lappy 24 jam, sebab tulah kebanyakan komen korang pun OKje tak sempat nak balas.

Tak syokkan cenggitu.....

Korang dah macam menyembang seseorang jer dalam blog mak ni
yek, tak de response pulak.....
Lappy lama makkan rosak, ni ha cuma pakai mini lappy jer ni. Lembab pulak tu, harapkan hp cap ayam mak jer ni..... Nasiblah mak belum kena pakai spek rabun dekat lagi, kalau tak, jenuhlah mak asyik typo error memanjang....  

Happy weekand korang .....
Babaiiiii......





Thursday, 5 March 2015

Ayam Golek tepi jalan

Salam Khamis....

Sejak kebelakangan ni, macam ramai jer geng blogger mak yang menyepi macam  Geng LipisYana Yani, Sura...... Mana korang pergi yek? Lama betul korang tak muncul.....

Balik daripada menghantar SA beberapa minggu sudah, Pak Jilap ambik susur keluar Bukit Beruntung sebab nak mengelakkan jem Jalan Duta. So sebelum sampai rumah tu singgah makan kat gerai TomYam tepi jalan area Tesco Rawang tu. Kiranya kedai ni tepi jalan pergi balik kerja Pak Jilaplah ni. Pernahlah jugak dia makan kat sini.

Kebetulan ada pulak orang jual Ayam Golek dekat dekat situ. Terliur sudah mak! hihi.....
Lama tak pekena Ayam Golek tepi jalan ni sebenarnya. Selalu beli Ayam Golek Terriyaki Aeon jer RM15 henggit seekor. Ayam Golek Ayamas lagilah lama tak rasa, sejak menjak dah harga dah mahal ni haha......

Dulu dulu OKje memang suka beli Ayam Percik kat Ayamas ni..... sedap!! Zaman OKje suka beli tu harga dia baru Rm15 henggit seekor rasanya, pas tu naik RM18 henggit, la ni dah naik Rm25 henggit ko....

Agak agak korang berapa harga Ayam Golek tepi jalan sekarang? 

RM18 henggit hokay! hehe..... Tapi puas hatilah jugak sebab ayam dia kira mak beranak soranglah hihi..... Sedang sedang, tak kecik sangat, tak besar sangat! Yang pasti memang sedap untuk tekak mak!

Orang lain makan seekor untuk kenduri, Mak Jilap, seekor untuk 4 orang haha...... Haih! jangan kutuk....jangan kutuk!


Tak taulah kalau sedap sebab makan panas panas atau pun perut mak tengah lapar ..... tapi memang sedap! Tak rugi beli!

Paknya...... maknya tetiba macam teringin nak makan Ayam Golek tu lagi pulak......
Balik kerja boleh tapau tak? hihi....


Wednesday, 4 March 2015

Terima Kasih Ustaz Ebit Lew

Salam Rabu......

Sambungan entri semalam, memasing suruh mak share ilmu yang mak dapat! Alamak!!
Ni yang mak seram ni. Bab buat summary balik ni memang mak failed sungguh ! Kalau pas kat Alif wau ro nga Jim wau ha ro,  tak pun pas aje kat Tokey Rempeyek, mesti kacang je dia olah ni yek....

OKje ke sini sebenarnya semalam......
Jiran yang pakai tudung biru tu AJKnya. So apa apa aktiviti Dar - Assa'adah dia memang dijemput. Kebetulan sorang pun staff dia tak dapat pergi, dia ajak jiran, mak dengan jiran sorang lagi tu pun apa lagi, ikut le! Sanggup dia cuti tu, sebab nak dengar talks Ustaz Ebit Lew punya pasal.

Baru tau Dar - Assa'adah ni rupanya tempat perlindungan wanita atau remaja yang tersasar arah.....

Baru perasan, orang pakai jubah hitam tu paling giant hihi....ohhh ni mesti salah hp cap ayam mak ni....






















Lepas ambik door gift, mak and the geng terus dijemput bersarapan. Kebetulan perut pun memang tengah kosong sebab jenuh mengharung jem tadi. Memang belasah jer ler makan kuih dengan mee hoon yang ada atas meja tu hihi.... Katanya tetamu jemputankan, walaupun cuma mengendeng jer hihi.....Memang layanan VIP sungguhlah.. Sedap weyh popia dia!

Bila nak cerita pasal ceramah Ustaz Ebit Lew ni?? Asyik cerita pasal makan jer haha.....


Tergendala pulak sebentar, kawan lama mak telefon meluahkan perasaan emm....

Semalam Ustaz Ebit cerita pasal tajuk 'Terima Kasih Allah'. Dia banyak kaitkan pengalaman dia berdakwah dengan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Kisah Nabi Junjungan kita yang mengasihi umatnya lebih daripada diri baginda sendiri. Kisah sahabat sahabat Nabi yang begitu kental imannya dalam memperjuangkan Islam. Jugak kisah pengalaman hidup family dia, pendik kata macam macamlah pengisiannya. 

Memang puaslah mak menangis semalam. Bersihlah sikit jiwa mak yang dah berkarat ni tau hihi....

Rupanya, bapak dia yang convert, dia memang dah Islam sejak dilahirkan cuma amalan Islam tu agak kurang kot. Dan alhamdulilah, Allah telah menitipkan anak kecil ini ( Ustaz Ebit ) dan adiknya, untuk menyampaikan hidayah iman kepada mak dan ayahnya. Apa yang dia buat sampai mak dan ayahnya hidup hatinya untuk belajar tentang Islam, adalah dengan membaca Al Quraan dan Hadis setiap hari. Jangan lupa juga peluklah anak anak, suami atau isteri kerana dengan berkasih sayang tu rahmat Allah akan turun mencurah curah kepada kita. Belajarlah mensyukuri nikmat Islam dan hidayah Allah yang kita dah dapat ini, kerana kedua duanya teramat mahal harganya. 

Banyak lagi yang dia cerita, tapi kan mak dah cakap mak tak pandai nak mengolah hihi.... Kalau rajin boleh jugak baca blog Aku penghibur ni. Dia ada jugak cerita pasal Ustaz Ebit Lew ni

Of kozlah mak tak boleh lepaskan peluang berselfie dengan Ustaz Ebit......sayangnya gambar blur pulak ek! huhu....

Pergh!! muka mak kembang bulat sedulang hihi..... Pasti salah hp cap ayam mak ni....huhu! 





Monday, 2 March 2015

Chicken Pie Kak Noor

Salam Isnin......

Sambil sambil layan Chicken Pie  dalam blog kak Nooriah Abdullah tadi, terlelap pulak atas kain baju semalam yang belum berlipat. Ustaz TV 9 hari ni memang cakap sorang soranglah gamaknya hihi.....

Manalah mak tak terliur sampai tak sedar diri, kalau tengok gambar macam ni! Aduhhhhh bilalah nak rajin ni....

Kak Noor oooo Kak Noor, pinjam gambar ye, nak bagi orang lain terliur jugak....
Ni memang kesukaan OKje ni!!.......Tapi buat jer tak suka hihi.....Kalau ikut resepi yang Kak Noor bagi tu nampak simple jer, memang boleh sangatlah kalau nak cuba. Tapi tulah.....cuma tunggu sawan rajin sampai jerlah.

Comel, comel gini, memang sekali gus jerlah masuk mulut OKje hihi....

So? Macamana hujung minggu korang?
Hujung minggu OKje, biasa biasa jer. Minggu ni tak panjat shopping mall mana pun, cuma panjat Tesco nak restock ikan sayur yang dah habis. Melawat jugak PIL sekejap untuk mintak restu. Restu apa? Nanti nantilah mak cerita. Mak pun nak kena mintak restu jugak dengan Pak Jilap sebelum cerita dalam blog huhu....

OKlah, babai...... mak nak jemur baju!