Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 29 July 2014

Salam SYAWAL....

Salam 2 Syawal......

Ingat nak buat ucapan sebelum Raya, sampai ke sudah.... hehe....
Biasalah..... kalau dah jadi emak tu, segala galanya atas bahu kita. Rasa macam nak 'fengsan' seminggu jer huhu....

Malam tadi pukul 10 lebih baru sampai, hari ni nak balik kampung pulak. Baju tak packing lagi. Okay dululah yek..... sehingga bertemu lagi! Mak Jilap nak berkemas, huhu penatnyaaaa....

SALAM SYAWAL dan SELAMAT HARI RAYA, maaf zahir batin buat semua kengkawan blog mak!
Al maklum le.... ada kalanya komen tak mengingat hehe....

Meh tempek gambar sekeping, selfies anak beranak pagi Raya, depan langsir ....haha...







Saturday, 26 July 2014

RAMADHAN yang beransur pergi

Salam 28 Ramadhan......

Makin menghampiri penghujung Ramadhan......
Ada kalanya bila mendengar lagu Ramadhan Maher Zain, sayu rasa hati, sedar tak sedar tetamu kita yang bernama  Ramadhan akan beransur pergi meninggalkan kita. Andainya keberkatan dan ganjaran bulan Ramadhan dapat kita tengok, pasti tidak ada satu saat pun yang akan kita sia siakan.....Entahkan dapat jumpa Ramadhan akan datang entahkan tidak .......huhu


Meneman anakanda bongsu main bunga api malam tadi. Dah tak de adik kecik nak diajak bermain katanya, ibu dengan Jumjumatunlah yang jadi mangsa!.


Bersahur pagi tadi, cawan dah jadi lima.... Anakanda SA dah balik petang semalam. Naik keretapi dari Batu Gajah. Sejam setengah dah sampai Rawang. Kalau naik kereta tak tentu lagi secepat tu....

Okaylah nak pergi Pasar Tani cari  lauk untuk Raya Isnin ni..... Dah plan ke ayam daging nak masak apa Raya ni?

Esok ada satu hari lagi puasakan.... esok ajelah Ucap Selamat Hari Raya yek....

Thursday, 24 July 2014

Menyekut lagi

Salam 26 Ramadhan.....

Semalam petang mak menyekut lagi ..... Buat 3 adunan sekali gus. Cepat sikit dapat banyak. Tak kuasa mak nak buat sikit sikit! Tapi macam biasalah, kalau  3 adunan katanya butter 450g, Mak Jilap buh jer terus 500g haha..... Memang menderhaka memanjang! Ada effect tak Pakar Biskut?

Hari tu dah buat sikit, tapi cuma dapat 2 balang besar aje. Mana cukup! Nak bagi mak sini lagi, mak sana lagi, rumah lagi...... SA kalau makan biskut ni, bukan main satu dua ketul...... Sebalang mau dia hadap!

So, rumah Mak Jilap ada 3 jenis ajos kuih Raya hehe....... Satu, siput yang tak cukup rasa tu ( tawar hebeh weyh...... ingat nak cari serbuk perasa dialah, kat kedai bahan kuih ada jualkan? ) , cornflake madu pemberian biras mak dan choc chip yang tak berapa nak semenggah ni hehe..... Udah!  


Ni mau kena gelak aje dengan Sue Bee ni, bakar tak rata. Belasah ajelah, objektif mak nak cepat habis! hehe.....Sepetang jugaklah OKje menghabiskan buat benda ni semalam! Boring weyh buat sesorang!.....
Macamanalah orang yang ambik order buat biskut raya tu yek?
Apa apa kerja pun kena minat sebenarnya. OKje ni, apa yang minat pun tak tau! hihi.....    


Bila Mak Jilap nak keluar entri mintak maaf ni? Esoklah yek.....
Esokkan last kerja. Mesti korang seronokkan nak cuti panjang. Esok confirm sesi mintak maaf antara departmentkan. Ada yang plan nak ngelat balik awal ke? hehe....

Wednesday, 23 July 2014

Jumjumatun

Salam 25 Ramadhan....

Tak de idealah pulak nak menulis hari ni weyh!......
Korang dah tukau duit Raya? Tak yah tanya dengan geng mak nan sorang, nun jauh di mata tu, dia memang awal awal lagi dah siapkan duit Raya. Jom kita serbu rumah dia! hehe....

Semalam pergi bank depan rumah, habis dah duit singgit. Tukar duit singgit ni bukan apa, senang nak berkira kira..... nak bagi singgit boleh, 2 henggit boleh, 10 henggit pun boleh..... kalau dah note RM5 henggit aje yang ada, terpaksa pulak bagi 5 henggit hehe..... Satu lagi bukan apa, sok sok lepas Raya, kalau lebih, boleh buat duit saku budak sekolah. Tetiba pulak teringat pesan Farah, nak bagi duit Raya ni biar ikhlas, kalau rasa singgit aje yang kita mampu, singgit ajelah yang kita bagi.... Tak gitu Farah?

Ni ha...... OKje dah ada task tambahanlah pulak. Jadi satu kerja pulak OKje kena jirus najis budak Jumjumatun tu. Suka betul 'membuang' kat tepi getah air.  Udahlah 'membuang besar' depan rumah, 'membuang kecik' pun pun pernah dalam rumah. Dan dan tu jugak Mak Tiri suruh TLBD pergi cuci! Dia yang nak sangatkan bela. La ni, kalau budak budak bersekolah jangan harap Jumjumatun nak duduk dalam rumah.

Nampak tak Mak Tiri dah marah ni....... Terus tak de pahala hehe.....

Ada petua tak nak suruh dia membuang luar gate rumah.......
Kat sinikan banyak master master pencinta kucing, manalah tahu ada petua bombastik yang boleh disharekan......

Psst ..... tau ke makna Jumjumatun tu? hehe....
Kalau tanya orang Johor sure dah sinonim sangat nama tu. Entah..... Pak Jilap yang namakan budak tu.
Si TLBD dengan Angry Bird pulak, kejap panggil Shaza, kejap panggil Tambi kejap panggil Aisyah. Hish..... janganlah nama manusia! Naik konfius akhirnya budak Jumjumatun tu kang nama dia apa! hehe...

Oklah weyh nak blogwalking pulak, banyak dah hutang ni!


Tuesday, 22 July 2014

Macam macam PROJEK

Salam 24 Ramadhan.....

Dah 3 hari tak memblog rasa rindu pulak dengar cerita kengkawan......
Tapi tulah masalahnya, kalau dah menghadap blog kang...... boleh terbengkalai kerja rumah yang dah sedia terbengkalai tu hehe....

Nak ucap terima kasih pada Vee Sandy yang sudi hantar kad Raya pada OKje..... Nampaknya tak dapatlah nak balas Vee, sebab dah nak Raya hehe.....


Minggu baru ni memang macam macam PROJEK yang di buat.

Projek meronda Plaza Peransang Shah Alam. biasalahkan selagi tak Raya. Tujuan utama datang sini memanglah nak tengok tengok baju. Pilihan memanglah banyak kalau nak banding dengan Plaza Kajang tu hehe..... Kuss semangat punyalah ramai umat manusia. Dah sampai sana dengan cenggitu punya keadaan, wajib rembat jugak sehelai dua, kalau tidak, pasti kena sepatah dua dengan Pak Jilap..... Ingat nak mencari baju kurung tambahan untuk anak dara 2 orang tu sudahnya mak dara pulak yang terlebih rembat sampai dua pasang, masa bila nak pakai pun tak tau, mengalahkan cikgu!....

Balik tu singgah Alamanda sebelum menyinggah Bazar Ramadhan Putrajaya, cadangnya nak terus berbuka dengan FIL sekali lagi. Takkan nak datang rumah biras lenggang kangkung kot! Ada yang kena hempuk dengan biras kang hehe.....

Bendera separuh tiang tanda berkabung di Putrajaya.....


Laki sapa lahai yang macam penat sangat melayan bini shopping tu  hehe.....


Hari ni separuh hari habis kat projek MENYIPUT. 1 kg tepung cuma dapat sebalang bekas tu aje. Penat mak menggentel hehe...... Rasa jangan ditanya. Tunggu ajelah malam nanti baru boleh komen! Kalau tak sedap nampaknya Mak Jilaplah yang kena habiskan sebalang tu!





Friday, 18 July 2014

Macam macamlah weyh!

Salam 20 Ramadhan....

Al-fatihah buat mereka yang beragama Islam yang telah pergi menemui Al-Khaliq dalam tragedi pesawat MH17 malam tadi. Takziah juga buat keluarga dan kenalan mangsa.
                              ___________________________________________________________

Semalam, petang bawak ke malam tangan sebelah kanan ni lenguh. Bukan lenguh biasa tu. Hanya Allah aje yang tahu betapa bisanya, terasa berdenyut denyut tangan mak tau. Rasanya habis separuh botol Yoko Yoko tu OKje oles (oles lah sangat! hehe...) di lengan mak ni. Rasa macam nak demam kekdahnya. Tulah kan..... nikmat sihat yang Allah tarik sekejap malam tadi ....huhu..... Syukur alhamdulilah, pagi ni dah OK.... Korang pernah kena cenggitu tak?

Pagi semalam OKje basuh tingkap dapur, sekali menyental dengan sepenuh tenaga pintu dapur yang berkeladak ya amat tu. Agaknya otot tu terkejut!  Tau ajelah pintu kalau dekat dengan dapur masak.  Faham sendiri cukuplah kan ..... hehe.... Rumah ni manalah ada dry kitchen ke wet kitchen, hood kitchen apatah lagi, tu yang kena menyental pintu dan dinding tu. Tahun ni baru sedar pintu tu tak semenggah hehe....Tahun sebelum ni OK jer, walau tak semenggah pun hehe....... Dari sehari ke sehari nak menyentalnya sampailah hari semalam baru nak rajin sikit......

Butterlite dah keluarkan tu ......macam nak membiskut Raya pulak hari ni. Harapnya idaklah masuk esbok balik butterlite tu. Kengkawan yang bekerja tu tak yahlah susah payah nak membiskut, keluar duit jerlah senang. Badan pun tak penat, dapur pun tak berkecah. Ha...... biskut Raya korang dah dapat ke belum?  

Macam macamlah weyh nak kena buat nak Raya ni, lepas ni macam nak tukar langsir pulak, bukan langsir baru pun, langsir lama 3-4 tahun sudah ajos. Lagi pun dah setahun tak berbasuh langsir yang ada tu......  

Semalam try buat Shepherd Pie..... gara gara terbaca kat blog Lady Wa. Dan dan tu tekak terus teringin. Lagi satu nak buatnya pun macam senang jer..... Jiran sebelah mesti suka ni. Makanan ruji dia! Tapi malangnya manusia dalam rumah ni macam kurang gemar jer! Makan pun sikit.  Ohhh..... nampaknya mak le yang kena habiskan seloyang tu hehe....


Bolehlah jugak Shepherd Pie ni..... cuma OKje rasa kalau nak buat lagi, kena tebalkan lapisan inti dia tu, lapisan kentang tu biar nipis pun tak pe. Rasanya kalau guna daging lagi sedap kot!


Thursday, 17 July 2014

Ikan kicapku MASIN

Salam 19 Ramadhan....

Semalam Mak Jilap masak lew.........
Takkan nak makan kat Resepi Rahsia sekali lagi kot...... Tokey balak pun boleh bankrap ini macam! hehe....   Lainlah jiran sebelah weyh! Hujung minggu rumah depa asyik gelap jer, sapedek kat hotel! Itu baru betul bini boss Adey Manis haha.......

Aternya semalam dak TLBD nak berbuka dengan ikan kembung masak kicap ( masak kicap jer yang dia ingin...... tak mencabar langsung kan! hehe.....). So pergi carilah kat Aeon depan rumah ni lepas hantar dia ke sekolah agama, nak pergi Tesco maleh, jauh! Macam biasalah.....pompuan bila dah sampai market, ada aje benda tambahan dalam troli. Dengan ayamnya, dengan tembikai sebelahnya. Kiranya semalam, Mak Jilap berbuka dengan air tembikai le hehe.....

Masak punya masak, siaplah Ikan Kembung Kicapnya..... OKje kurang suka beli ikan kembung ni, sebab jarang jumpa yang sedap isi dia. Mesti terbeli isi yang macam tak fresh tu! Padahal mata ikan tak merah punnn.... Nyampah tau! Baik beli ikan sardin, dah tentu isi dia lemak.


Sekali makan semalam, mak aiii....... Ikan kicap ku masin! Takkan nak kawen pulak, dah terlebih kawen dah OKje ni haha.....  Terlebih garam masa menggoreng ikan rasanya. Kalau masak kicap biasanya memang guna kicap manis dan tak pernah buh garam pun. Tak suka jugak yang berkuah macam tu ha, lebih suka kuah dia melekit lekit aje. Dah termasin semalam so tambah air le, tapi still masin lagi.

Gitulah adanya......
Pengalaman yang luas dalam 'bidang memasak kicap' ni, rupanya tak boleh dipandang pro jugak tau hehe...... Ada masanya kita kecundang jua.... huhu....
     

Wednesday, 16 July 2014

Tetamu Ramadhan

Salam 18 Ramadhan......

Semalam Pak Jilap buka luar bawak Client. Dah dua hari jugaklah dia terlepas terawih berjemaah kat surau, dan bakal terlepas lagi untuk hari ni dan esok nampaknya.

OKje pulak semalam lepas penat mengukur jalan, balik terus malas nak masaklah apa lagi! Macam tak biasa! haha ... Kebetulan lauk yang tinggal kat fridge cuma Ikan Lidah dengan Kepala Ikan Merah. Tambahlah mood tak mai!! Masa PIL datang hari tu OKje tak masak semua Ikan Merah tu, tinggalkan kepala dia, OKje simpan, sebab mak ada plan nak makan mata dia dengan nyamannya haha......

Ingat semalam nak beli Nasi Kerabu kat Bazar Ramadhan aje, sebab hari tu dah beli, macam sedap pulak. Biasalah kan mak ni, kalau sedap, mau diulang beli lagi selagi belum jemu.

Anakanda Angry Bird pulak macam tak mau, dia teringin nak makan Spaghetti Resepi Rahsia pulak. Mak ai!!! Selera bukan main anak aku! Akhirnya, sang ibu pun tewas dengan pujukan sang anak. Kalau tak berbaki budget Raya Pak Jilap semalam, tak menjadi jugak tu.....

Ginilah sebenarnya OKje berpegang pada prinsip, 'Bila Suami makan sedap, anak bini pun kena makan sedap jugak'. Boleh gitu? So?  Faham cukup haha......
Udahnya.....


RM84.00 henggit melayang semalam. Lepas makan baru menyesal.....    Kalaulah makan KFC jer..... Kalaulah makan Nasi Kerabu jer...... huhu....  

Ini pulak Tetamu Ramadhan kitaorang. Mula mula duduk tepi tempat sampah luar rumah tu. TLBD lah yang mengajaknya masuk dalam. Udah 3 hari menumpang kasih..... Hari keempat, tidur atas simen yer Tambi! hehe.....


Bukan main suka lagilah budak Tahi Lalat Bawah dagu tu! Di usung ke sana ke mari......Rimas mak tau! Mak biasalah...... kan ibu tiri hehe...



Tuesday, 15 July 2014

Baju Sang Arjuna dan Sri Kandis

Salam 17 Ramadhan.....

Hari ni Pak Jilap keroje..... Nyampah tau!
Gitulah company Pak Jilap tu, dia kumpul Public Holiday, himpunkan sekali dalam cuti Raya kot. Mak jugak yang rugi, tak dapat nak shopping Raya jejauh sikit huhu.....

Semalam meronda area Metro Point Kajang...... Mak ai!! Baju memasing bukan main mahal lagi..... yang cantik cantik semua RM150 henggit ke atas, tak de yang yang bawah RM100. Jadi takut pulak OKje tengok baju kurung! Rasa nak pakai baju kelawar jer pagi raya hehe......

Sudahnya pergi Mydin.....
Boleh tahan cantik cantik jugak baju kat Mydin ni, harga pun berpatutan. Rembatlah jugak 2 pasang baju melayu buat dua orang Sang Arjuna hamba tu! Oklah jugak, bagi OKje dah sempurna sangat dah tu....... mungkin kain dia jenis panas sikit kot, tapi tahan ajelah weyh ..... nak bergaya punya pasal di pagi Raya!

Pedulikanlah sesuai ke tidak warna tu dengan kulit anakanda SA.... hehe, janji mak suka! Udah.....



    
Masa Pak Jilap bagi budget baju Raya hari tu, Pak Jilap cakap, belilah baju untuk OKje ngan budak budak sekali, dia tak payah, dia pakai baju lama jer.....  Oit! Malam tadi, sampai jer rumah, OKje terus suruh try baju tu, eleh...... suka jugakkan dapat baju baru sebenarnya!!! hehe....

Baju Sri Kandis? Dah beli dah, kat Mydin jugakkkk ....... yang tu, biarlah rahsia........ hehe....
Okaylah weyh.... Mak Jilap nak mengukur jalan kejap lagi.....


Monday, 14 July 2014

Sehingga ketemu lagi

Salam 16 Ramadhan......

Syukur.....  Mak dapat menyempurnakan hajat Pak Jilap nak berbuka bersama mentuanya hehe ....... yolah tu....  Terima kasih yeh bang!

Bajet baju Raya dah mak terima !!! Kita boleh enjoyyyy!!! hehe.....
Ingat nak usha baju raya kat Melaka masa on the way balik Muar hari tu. Malangnya tak de yang berkenan dihati. Tetiba jer terdengo dengo suara sumbang..... 'Pompuan ni memang suka bazir masa, habis 2-3 jam, satu habuk pun tak de'....... Perasaan telinga mak? Telinga mak OK jer..... pasang ear phone hehe.....
Yelah, dah tak de yang berkenan, takkan nak beli jugak! Memang susah shopping bawak orang lelaki ni, eloknya suruh tidur je kat rumah depa ni tau hehe......  
 
Dua hari berbuka di kampung, dua hari jugaklah orang Bazar Ramadhan tolong masakkan. Nampak tak betapa pemalasnya mak kat situ. Redho ajelah bang dapat bini cenggini hehe....


Dan satu satunya benda yang OKje masak sepanjang berbuka kat kampung, semalam......


Itu pun sebab nak pulangkan mangkuk jiran belakang rumah! Pikir punya pikir menu, akhirnya, pilih menu yang paling senang nak buat dalam dunia, teringat Bubur Sum Sum Cik Sue....

Sebelum balik semalam, kasi snap gambar mak dengan cucus.....


Selamat tinggal mak, selamat tinggal kampungku! Sehingga ketemu lagi di Hari Raya ke dua nanti, Inshaallah.......



Friday, 11 July 2014

Jejemput Sayur

Salam 13 Ramadhan.....
Nampaknya Mak Jilap sudah kekeringan idea yang melampau ni. Tak tau lagi nak buat entri apa dah.....

Semalam, sekali lagi OKje tak pergi Pasar Ramadhan. So, dah dua hari jugaklah Mak Jilap jimat lebih kurang RM30 henggit untuk 2 hari tu.

TLBD tu suka mencari air kat Pasar Ramadhan tu. Yang selalu jadi pilihan dia, Air Kelapalah.
Sebijik kelapa dah RM3.50. Kuih campur campur dalam RM4.00 henggit. Selalunya kuih koci, buah melaka dan sardin gulung jadi pilihan kitaorang selain murtabak. Murtabak pulak kalau beli, tak mahunya seketul, nak 2 ketul jugak........ dasar tamak! Tak habis kuih, padanlah muka mak, kena marah dengan Pak Jilap hehe......

( Kita bermewah mewah di sini, sedara kita di Semenanjung Gaza beriftarkan bedilan meriam dan bom, sedihnya ...... doa kita semoga keamanan dan kemenangan menjadi milik mereka segera.... )

Sambung balik cerita iftar tadi, so bila dah tak shopping kuih kat Param, kepala otak ni gigih le mikir nak buat kuih. Nak kena jugak makan kudap kudapan selepas makan nasi tu, nak jugak feel bulan puasa katanya..... 

Sudahnya buat kuih kaswi dengan Jemput Jemput kita pendikkan jadi Jejemput ajelah yek! ( ni mak yang teringin ni sebenarnya hehe....). Kali ni OKje buat Jejemput Sayur sebab tak mo keras kebatun katanya.     ( Memang tak pernah buat Jejemput Sayur sebelum ni cuma pernah rasa je ) . So satu manis, satu masin. Oklah kan....

Nak ceritanya kat sini pasal Jejemput Sayur tu.......
OKje ni nama jer dah kilauan emas, tapi buat Jejemput memang fail dari dulu. Tak pernahnya jumpa Jejemput tu lembut sampai malam. Silalah bagi petua nak bagi Jejemput Ikan bilis jadi lembut, kalau ada!

So semalam lepas ambik dak TLBD sekolah agama, gigihlah mak membuatnya. Tak sangka sedap dan lembut sampai sahur hehe....., tekak maklah yeh ! Terasalah jintan dia tu.....

Gambar? Tak de...... tak dan nak ambik...... gambar jintan adalah tu....  pagi ni baru ambik hehe......

OKje campur parutan lobak merah, hirisan kobis, taugeh dan bawang besar. Bancuh kiub ikan bilis dan garam guna air suam. Taburkan 2 beradik jintan kat bawah ni sikit.


Teringin pulak nak buat lagi......  


Thursday, 10 July 2014

Raya, raya, raya.......

Salam 12 Ramadhan.....

Hampir setengah bulan dah kita berpuasakan.......
Tak lama lagi dah nak Raya..... Satu apa pun OKje tak beli lagi. Korang dah habis shopping yeh!!! Taulah kita Cik Jah awak dah ada  Kebaya Nyonya hijo untuk Raya tahun ni.....

Kalau dulu zaman anak anak masih kecik, memang terasa seronok betul nak beraya.  Baju Raya sebelum puasa dah hantar tempah, sekali siap, sedondon...... anak beranak pakai baju sama, biskut Raya awal awal lagi dah order, pantang member tunjuk kuih contoh, time tu jugak order. Baru sedar banyak tempah kuih, masa nak bayar esok bila dekat nak Raya, menggigil keluar duit haha....

Paling best kalau nak beraya kat rumah barulah, memang double celebrationlah, awal tahun lagi dah siap pilih langsir. Langsir kena match dengan cat dinding. Kalau boleh nak kena match dengan sofa sekali. Kalau match dengan bekas kuih pun lagi bagus! haha......  Memang bizi sangatlah, macam kita sorang ajelah yang ada rumah Raya tahun tu! Tak gitu Yan D hehe.....

Tapi itu dulu......
Sejak dah hampir masuk senja ni terasa semakin kurang pulak semangat nak menyambut Hari Raya. Dengan Pak Jilap yang semakin stress dengan kerjanya, mak tengok. Nak ajak bershopping pun SERAM hehe....

Abang Ipar sulung pulak masuk hospital Batu Pahat 3 hari sudah, macam kena mild stroke, separuh badan dari pinggang ke kaki lemah katanya. Semalam, tak boleh nak telan air liur.
Begitulah kita sebagai hambanya, memang tidak sunyi untuk di uji oleh Al-Khaliq. Moga kakak ku sabar dan tabah hendaknya.

Insyaallah bolehlah melawat hujung minggu ini, memang kebetulan nak balik kampung pun .......

Tuesday, 8 July 2014

Ikan LIDAH JILAPAH

Salam 10 Ramadhan .....

Semalam pecah rekod.....  OKje tak pergi Pasar Ramadhan pun. Selalunya lepas ambik dak TLBD sekolah agama, terus je singgah Pasar Ramadhan. Biasanya memang cari kuih je pun. Time puasa ni pulak tekak mengada ngada mintak dessert hehe...... Tapi semalam bila tanya dia, nak singgah Param ke tidak, dia kata dia malas nak turun, nak tunggu dalam kereta je.

OKje pun jadi malaslah pulak, terasa canggung pulak jalan sesorang kat Pasar Ramadhan tu, toleh kiri kanan cari kuih, dahlah time tu belum ramai orang lagi hehe..... Itulah pasalnya tak pergi tu. So, semalam makan apa yang ada aje ajelah....

Banyak kali jugaklah bila emak OKje telefon, dia cerita yang dia makan lauk Ikan Lidah goreng. Tak habis habis dia kata sedap. Orang yang mendengarnya ni pun jadi naik teringin hehe.... Betul ke nama dia Ikan Lidah? Ke Ikan Sisa Nabi?

Terus dapat agak ikan yang mana satu. Selalu jer nampak ikan ni kat Tesco, tapi tak teringin nak jeling pun. So, Sabtu baru ni cubalah beli. Biasalah Mak Jilap, kalau membeli bukannya mau seekor dua, beli terus lapan ekor hehe......

Beli sikit kang, kalau sedap...... ha ... acane?? Takkan nak berulang alik ke Tesco pulak....

So petang Ahad tu OKje buat lauk berbukalah. OKje tak goreng masa family Pak Jilap datang, sebab rasanya depa tu kurang reti kot makan benda benda pelik gini. Lidah Pak Jilap tu dah kena train dengan bini dia, makan apa saja hehe....

Nak cakap macam LIDAH JILAPAH lew tu......hehe


OKje buh garam kunyit je pas tu buh tepung sikit . Rasa dia? Emm....... OKlah jugak, bolehlah layan...... isi dia tu mcm ikan kerisi punya style, bukan macam isi ikan kembung. Isi dia memang sikit, kalau tak de lauk lain mau 5 ekor sorang makan tu haha.....

Monday, 7 July 2014

Sajalah nak JACK bini tu...

Salam 9 Ramadhan......

Baru lepas balik menjenguk abang Nuffnang. Kasi chance le panggil abang, nampak muda sikit hehe.... kan Nuffnangggg.....

Alhamdulilah..... Sabtu hari tu, seperti yang dirancang berbuka puasa bersama PIL dan ipar duai di rumah mak berjalan lancar. Walaupun cuma 2 keluarga adik beradik Pak Jilap yang dapat datang tapi dah macam penuh satu rumah. Bukan orang yang ramai, rumah Mak Jilap yang kecik sebenarnya hehe.... Kalau semua datang, harus mak gelabah tahap panda tu hehe.... Lupa pulak nak snap gambar walaupun dah planned sebenarnya.

Yang pasti, menu hari tu, bukan menu mamak seperti yang dicadangkan Kak Jah yeh..... ( tak laku weyh menu ko Kak Jah hehe....)

Seperti yang dirancang, menu Sup Ikan Merah, Udang Sambal, Ayam Percik special menggunakan Pemanggang Ajaib pemberian Umialya, sayur goreng biasa, ( tak jadi mak nak buat pecal guna Sambal Kacang segera Adey Manis ) dan Puding Karemel! Air, OKje buat Air Sirap tambah Soda, lain kali lah Knor nak buat Air Tembikai  yang Knor suggest tu! Udah itu aje menunya, maleh teman nak masak banyak banyak hehe.... Kuih pedas, mak suruh Pak Jilap cari Murtabak Singapore kat bazar Ramadhan.....
Settle!....

Kasi tempek Puding Karemel sebagai bukti yang mak masak bukan beli! hehe........


Syukur alhamdulilah....... terima kasih Ya Allah kerana memberikan rezeki ini dan dapat lagi dikongsikan bersama orang orang kesayangan Pak Jilap!

Terharu pulak terima ucapan Terima Kasih daripada Pak Jilap dalam Whatapp malam tu hehe....
Sajalah nak JACK bini..... cakap lazat bagai tu hehe....



Saturday, 5 July 2014

Cadangnya....

Salam 7 Ramadhan....

Sebelum nak pergi ambik Report Card si Angry Bird meh cari idea nak masak apa petang ni.....
Ada ke nak suruh mak beli lauk pauk sekali satu set siap air kat Kedai Mamak depan rumah tu....Cis! Tercabar mak tau!
Hampir terlupa ada buku Resepi Chef Henieliza yang dah berzaman beli kat dapur tu hehe.... Beli jer lebihhhhh..... masaknya tak habis habis Ayam Masak Kicap.


Cadangnya nak masak Sup Ikan, nak masak Asam Pedas takut terbakar pulak perut memasing puasa puasa ni hehe....... Lagi pun puasa puasa ni mcm tak konfiden pulak tang rasa tu....


Pas tu ingat nak buat sambal udang tapi ternampak pulak Udang Kesturi ni.....macam menarik jugak ni.....

Pas tu tambah Sayap Panggang dan sayur. Sayur kita goreng aje le.... senang kerja mak tak yah nak celur mencelur. Kuah Kacang makan Raya sok ajelah Bah hehe....

Kita tengok petang ni apa yang jadi akhirnya hehe....





Friday, 4 July 2014

Bagilah cadangan MENU weyh...

Salam 6 Ramadhan di hari Jumaat yang penuh barakah.....

Ginilah kehidupan seorang surirumah semenjak bulan pose ni, tiap tiap hari menunggu anak dan suami turun bersahur. Omak eh dah menyantap dulu hehe..... lambat bonar nak tunggu mereka turunnya. Belum tepat 5 suku jangan harap mereka nak turun. Kiranya rebut sunat sahur betul betul mereka ni hehe....



Nasi OKje masak memang ngam ngam untuk berbuka dan bersahur sekali. ( dasar 'P' mak dia ni hehe.....) Tapi pagi tadi tak cukup pulak, semalam, bukan main bertambah lagi TLBD, sebab ada Lemak Ketam faveret dia. So pagi tadi Mak Jilapahlah yang kena makan chapati .....  Bukan sekeping yeh, tapi 2 keping hehe.... Lapar pulak weyh pepagi ni, sejak bulan puasa. Macamana nak pakai baju saiz budak kecik Raya ni! huhu.....

Papa Zir bagi tahu malam tadi ayahanda dan bondanya nak datang rumah berbuka esok.......
Pergh.....  dan dan tu jugak kepala otak Mak Jilap ligat berfikir cari menu untuk esok. Nak cari menu yang cepat dimasak dan senang. Haih kome ni!!..... tak mungkinlah maggi hehe....

Bukan apa, macam tahun tahun sebelum ni, time nak berbuka je mesti mak jadi kelam kelibut tau!
Biasalah ..... bila ada tetamu apatah lagi time puasa cenggini, kenalah makan berhidang dan bersila reramai, ye dak..... manalah cukup meja 6 kerusi Mak Jilap tu hehe.... nanti tunggulah Papa Zir jadi jutawan, beli rumah banglo, beli meja makan 30 kerusi .... .

OKje dah dapat bayangkan ni macamana kelam kelibutnya mak esok, harus terbelit leher esok ni hehe..... nak masak lagi, nak menyaji lagi, ( macam ramai hehe....). Walaupun mak dah kawen 19 tahun, tetapi depan ibu mertua ku tetap mak nerbes ko..... Mereka kool aje sebenarnya, menantu jer yang over haha.....  

Bagilah cadangan menu weyh.....


Thursday, 3 July 2014

Feel RAYA sebelum raya

Salam 5 Ramadhan....

Hari ni malas betul nak update blog, tak tau kenapa......
Balik dari menghantar anak dara berdua tu, terus landing atas sofa buruk mak tu. Tertidur sekejap sambil TV yang tengok mak hehe. Bangun bangun terus basuh pinggan yang penuh sinki tu ...... Adoiyai !!!

Semalam akhirnya jadi jugaklah Mak Jilap feel Raya sebelum Raya hehe.... Nak tau apa, kena tengok kat sini. Walaupun biasa biasa aje ghupenya, tapi bagi peminat fanatik benda tu, sure lazattun sangatkan! hehe.....Sebab tulah malam tadi lagi dah poskan buat Geng nan sorang kat Lipis tu. Jadiklah kan geng walau sekadar jamu mata aje hehe.....

Semalam masa OKje cakap nak buat Sambal Kacang, tetiba ada insan perihatin yang offer nak bagi Sambal Kacang segera! Ya Allah..... bagaikan tengah lapo dihidang dengan Pizza Sambal Bilis Domino, maunya OKje nak tolak!!! Mestilah laju laju jawab mau hehe..... Tetiba Mak Jilap teringat Pak Mertua yang memang suka sambal kacang ni makan dengan sayur mayur ala ala pecal gitu. Nampaknya hujung minggu ni bolehlah bawak Sambal Kacang Adey Manis makan sama sama dengan Pak Mertua tersayang .....hoho...

Cepat sungguh sampainya...... semalam pos , hari ni dah sampai! Cekap sungguh POSLAJU
Terima kasih Adey Manis..... semoga rezekimu akan bertambah luas di bulan yang mulia ini......Aminn...

Yang ni sambal kacang sendiri bikin Mak Jilap semalam. Memang kaw kaw punya koestrol hehe.....
OKje buh daging ...... Dah atenya mak kan nak sonang keroje hehe..... Korang pernah buat cenggitu? Separuh orang memang tak biasa kot tapi senang weyh....tak yah masak rendang dah hehe......  



Sorilah yeh buh gambo makanan ni..... Mak taunya setakat gambo Sambal Kacang minyak berkepul kepul ni tak delah orang yg terliur haih.....   ngeeee.....  


Wednesday, 2 July 2014

Mak NYANYUK nak semalam....

Salam 4 Ramadhan.....

Hari ni macam teringin nak masak Nasi himpit dengan kuah lodeh,  buat sambal kacang manis manis sikit.......Bajet Raya hehe....  Sedap kot yek !! Jemu pulak asyik makan nasi tak sudah sudah. Apa kira jiran sebelah tak suka sambal manis pun, bukan nak bagi dia pun hehe....
Apa pun tengok ajelah apa yang jadi petang ni.

Hari ni macam nak beli lagi sardin gulung tulah..... Sedap pulak makcik tu buat semalam, sardin dia pun tak kedekut. Semalam beli 5 je, hari ni harus tambah 3 keping lagi gamaknya, nak malu apa, psst... Papa Zirkan tak ada, mak dengan TLBD yang shopping kuih tiap petang haha......

Semalam Papa Zir sampai rumah, awan masih cerah, tak jammed sangat katanya..... Kalau ikutkan, ambik masa 1 jam aje perjalanan dari Rawang tu, tapi biasalah kan, KL katanya.

Dan semalam jugak buat pertama kalinya kitaorang makan nasi lepas solat maghrib.
Selalunya memang OKje anak beranak belasah sekali harung time berbuka tu...... lepas makan kurmaha , makan kuih, lepas makan kuih makan nasi. Bunyi Erkkk..... baru berhenti, itu pun kadang tak berhenti lagi sambung pulak makan kuih hehe...... Senang contoh macam bulldozer tu....... sekali jalan semua barang habis licin! haha.....

Mak nyanyuk nak semalam! Bukak tudung periuk, nasi mak masih mentah! Kes lupa tukar plag periuk nasi. Sudahnya makan kuih, telan ayor dulu le......

hazwanimusic
Tapi kurang feellah kalau makan nasi kemudian .....
Sebab perut dah kenyang, makan pun kurang selera, kurang nikmat! Ke memang lauk yang mak masak semalam tak sedap hehe.....  TLBD pun nasi tak habis, selalunya bukan main lagi dia yang bertambah!