Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 29 April 2016

Gonjeng pun gonjenglah

Salam Jumaat.....

Tayar Ferari Pak Jilap kena paku pulak malam tadi so terpaksalah Pak Jilap bawak Lamborghini mak ke tempat kerja. Sajalah tu kan, nak bawak keta baru...... Mak pulak jadi mangsa, terpaksa bawak keta ke workshop. Siap suruh mak buat balancing lagi.... ceh!


Bila dah bukak tayar, tayar pulak dah makan tepi, koyak, brake plate pulak dah nipis katanya..... Mak, ha 'a kan ajelah. Nak cakap lebih bukannya tau apa pun. Tapi memang dah biasa pun dengan workshop ni. Workshop depan rumah. Ferari lama mak dulu pun selalu jugak hantar sini, so insyaallah boleh dipercayai kot..... 

So Pak Jilap cakap, tukar tayar spare jer dulu. Dah workshop tak de stock tayar yang sama saiz. Bila mak WA dia gambar ni, dia boleh tanya pulak kenapa tak tukar sport rimnya.... Gonjeng katanya! Tak puas hatilah tu!!!!! Laaaa..... mana orang terfikir!!! hehe.....

 Alahhhh.... oklah tu, gonjeng pun gonjenglah, sementara jer pun ....


Thursday, 28 April 2016

Sepetang di hospital

Salam Khamis.....

Rindunya dengan korang!!!...... Huh! Jangan percaya ini tipu haha.......

Semalam mak bizi hokey! Sepetang di hospital katanya! Tak de sapa yang sakit haih! Meneman Pak Jilap hantar mami check up bulanan jer. Mula mula tu nak suruh si SA yang meneman je sementara dia tengah cuti ni kan...... Tapi bila fikir balik, rindu pulak dengan mami, lama tak jumpa ( kehkehkeh.... ni statement nak mengipas Pak Jilapah namanya....)! Hihi....


Jumpa doktornya pukul 2, pukul 11 lebih dah ambik mami, tolong siapkan mami pakai baju, terus bawak ke hospital. Takut jem, takut parking tak de. GH katanya kan....... Nasiblah jalan clear. Cantik GH sekarang ni rupanya. Banyak bangunan yang tengah di baik pulih. Macam kat Klinik Neorologi ni meamng selesa sangatlah, aircond pun sejuk...... mungkin tak ramai orang kot!

Sampai sana, terus makan kat kafe hospital. Wahhhh kayalah Pak Tam ni, bukan kat RnR je bisness dia sapu, dekat hospital pun dia bolot! Memang terbaeklah Pak Tam! Mak makan Passembor Ayam, mami makan Mee Rebus, Pak Jilap makan Nasi Ayam. Weyh..... sedap Passemboq Pak Tam ni rupanya. Baru tau! Selama ni duk ulang alik singgah Tapah RnR, tak terliur sikit pun nak rasa Passemboq Pak Tam tau!

Hajat tu nak jugaklah menyenap gambo Passemboq. Tapi malu pulak cheq dengan mami. Awat nggelenyar sangat menantu dia ni, perangaiiiii.....mak uiiii kui semangat!........Yang pasti cheq dengan mami bukan orang Utaghalah noh hihi.......  Puan KutuKiera mohon jangan kecam mak! 

Settle hambik ubat, settle hantar mami semua, pukul 6 baru sampai rumah mak. Huh ..... penat sungguh semalam. Mata mak dah tak boleh tahan lagi lepas ikut Pak Jilap ambik Angry Bird tuisyen malam tadi, mak terus  Zzzzz.....


Tuesday, 26 April 2016

Tasbih Mini

Salam Selasa.....

Shawl Mak Lang Nora Karim sebenarnya dah pun sampai minggu lepas lagi. Mak of course lah gembira bukan kepalang....... maunya tidak, bukan shawl jer mak dapat, pakej sekali dengan tasbih weyh!!!  Terima kasih banyak banyak Nora Karim. Moga Allah murahkan rezeki awak sekeluarga.


Sebenarnya dia suruh mak pilih 2 helai mana mana tudung yang berkenan di hati. Mak pilih yang warna hitam pink tu, satu lagi mak serahkan kepada dia untuk memilih. Agak agaklah weyh!! Takkan nak pilih dua dua, lebey nampak! Kehkehkeh.........

Tu dia....... Bila makcik sudah kena sawan selpie !!!! haha..... Tudung baru haruslah kena rasmi, walaupun duk dalam rumah sambil taip entri haha......



Nampak ni...... sebeban tasbih dia bagi. Sorang satu katanya!
Alahai cantiknya Nora Karim. Sebenarnya kalau rajin, ada aje lubang untuk berbisnesskan. Ini kalau dah masalahnya, malas! Satu hape pun tak jalanlah hahaha......Harap selpie jer hihi..... Huh......

Nora Karim pun ambik tempahan tau. So sesiapa yang berminat nak buat cenderahati untuk apa apa majlis bolehlah terus hubungi dia, Nora Karim di FB atau di nombor 019 3441384.



















Satu dah mak letak dalam keta! .....
























Monday, 25 April 2016

Menumpang merasa

Salam Isnin.....

Hari ni mak rasa macam malas sangat. Rasa alangkah bestnyeeee kalau dapat tido. Memang salute kat semangat korang yang melawan kemalasan bekerja di hari Isnin yang blues ni. Terutama suamiku.......Moga Allah memberkati rezeki suamiku dan rezeki korang semua. Aminnnn...

Mak suspek inilah sebab utama kemalasan mak hari ni....

Kita salah kan ajelah pada menu dia tu! Habis cerita haha...... Makanan sedap sedap pulak tu. Tulah kan, datang suruh makan pun dah rasa letih. Tu belum suruh rewang,  kalau suruh rewang mau fengsan pagi ni hihi...


Alhamdulilah..... 
Bila sesekali dapat menumpang merasa nikmat rezeki orang. 

Merasa melihat perbezaan suasana majlis perkahwinan di tempat tempat cenggini. Sesekali dapat memenuhi halwa telinga.  Satu nikmat dunia namanya tu.


Hidangan nak suruh balik namanya ni haha ....

Dah.... tak payah sebok sebok nak tengok gambar pengantin, kang tenggelam pulak pengantin kilauan hihi.....Hadap je gambar mak ni ! Babai.....


Friday, 22 April 2016

Hidup adalah pilihan

Salam Jumaat ......

Kadang kadang perkara kecik pun boleh jadi stress pagi pagi ni! 

Ni ha ...boyfriend Si Onyeng ni,  Si Tompok, tak reti bahasa betul, asyik nak masuk rumah jer kerjanya. Dari semalam mak kerja menghalau dia jer. Tak cukup oksigen mak tau!!! Makanan kucing bukan tak de kat luar tu. Adanya. Mak tengok dia pun dah jadi kecik beso, kecik beso jer. Kang ada yang kena sembelih jugak Tompok ni ....


Betullah tu...... hidup ini memang sentiasa kena memilih. Nak menyembelih atau pun tidak ! Haha...... Ganas sungguh Mak Jilap pepagi ni. Nak menyembelih saja.....

So, apa plan hujung minggu ni korang?

Mak ada kerja kawen pakcik Pak Jilapah. Ada pulak temanya.  Kena pakai hijauuuuu..... 
Pak Jilap tak de baju lagi tu! Mak pakai baju raya tahun lepas ajelah ek.....


Thursday, 21 April 2016

Bolot sorang

Salam Khamis..

Hari ni mak bizi. Pagi pagi lagi dah kena pergi sekolah. Perjumpaan tiga penjuru antara guru, ibu bapa dan murid untuk program SPM. 

Pak Jilapah cuti tapi dia hantar abah pergi hospital. So mak pergi sorang sorang. Balik sekolah dah pukul 10 lebih. 

Takkan nak masak? Hish! Mana sempat! Walaupun kelihatannya mengelat, tapi nampak logik kan alasan mak ni hihi.....

Tanya si TLBD nak makan apa. Jawapan dia tu memanjang je nak makan luar. Ok, jom kita drive thru aje ...... tempat dirahsiakan, sebab kontroversi haha ......

Tetiba tekak mak teringin pulak nak makan Pengat Keladi. Lunjur terus kat kedai makan yang jual macam macam pengat dekat dekat kawasan situ. Pengat labu, pengat pisang, pengat gandum, pengat keledek. Entah apa lagi pengatlah..... rasanya ada dalam 6-7 bekas besar pengat atas meja tu. Tapi mak pilih Pengat Keladilah sebab dari tadi memang terbayang dah Pengat Keladi.... 


Masyaallahhhh..... nikmatnya makan pengat tengahari tengahari gini weyh. Dahlah isinya lembut, lemak, kenyal. Hayooooo..

Memang perghlah weyh!!!

Yang ni, tak payah dah nak risau pasal orang belakang sebab tak de sapa pun yang suka! Untung weyh, makan benda yang orang lain tak suka, sebab kita bolot sorang haha.....

Wednesday, 20 April 2016

Berhenti sebelum kenyang

Salam Rabu....

Maafkan mak korang, maaf kan mak Knor sebab hari ni, esok dan bila bila rasanya mak akan tempek gambo makanan lagi. Nak buat macamana......kalau tak letak benda benda gitu memang tak berentrilah mak sampai sudah huhu....

Ni semua Kanda Zakie punya pasallah ni..... mohonlah kecam Kanda Zakie jangan kecam mak, haha....


Menu kanda Zakie tu buat mak masak benda sama semalam..... daging  masak kicap, sambal belacan dengan berulamkan timun. Wallah weyh......nikmat sangat mak makan petang semalam !! Tak payah nak ke Bawang Kecik nak makan nikmat. Hajat di hati nak tambah nasi tapi takut orang belakang tak cukup nasi pulak. Sudahnya tahan nafsu ler gamaknya.

Ni baru betul ikut sunnah, berhenti sebelum kenyang! Yelah..... Ikut sunnahlah sangat tu, penuh satu pinggan haha....



Tuesday, 19 April 2016

Nasi Kukus jerlah

Salam Selasa.....

Masa pergi The Curve hari tu bingung mencari tempat makan. Kedai makanan punyalah banyak. Tapi tetap susah nak buat pilihan. Tekak teringin nak makan western, harga pulak kurang menepati bajet. Kalau dah sepinggan cecah Rm50 henggit, mulalah sawan bakhil mak datang haha......  

Sudahnya makan nasi kukus jerlah. Kenyang jugak! Harga pun berpatutan, pakej dengan Teh O ais lagi.



Ada ayam goreng, kuah gulai, sambal, ikan bilis dan timun. Okaylah...... Cuma nasi dia sedikit peroi.  Yelah dah katanya nasi kukuskan, takkan nak lembik pulak! Hihi...... Tapi rasanya ada jugak nasi kukus yang lembut kan? 

Dah.... dah.... tak payah nak gaduh gaduh, buat kesimpulan terus, kalau nak makan nasi lembut, sila masak sendiri! Senang! haha.....

Monday, 18 April 2016

Rm3.90

Salam Isnin....

Asal hari Isnin jer penat lain macam weyh...  Kaki badan semua sakit. Akibat aktiviti mengukur jalanlah ni agaknya.

Tapi mak ok jer......
Katanya persediaan nak ke Mekah kan, nak bertawaf, nak bersaie sok sok. Kenalah training.Tak delah buku lali terkejut nanti hihi....

Minggu ni Pak Jilap bawak ke The Curve. Macam biasalah, memang tak de tujuan pun. Sajaaaa..... cuci mata. Dah terlanjur ke sana katanya tu,  singgah lak ke Ikea. Tengok tengok...... kot kot ada barang murah, bolehlah beli hihi.....

Memang betul pun, mak terbeli...... haha..... jam Ikea, Rm 3.90 seketul.


Beli jugak cermin dinding putih hitam tu buat tambah tambah koleksi yang dah sedia ada. Harga seketul pun Rm 3.90.



Hajat di hati nak beli benda ni, rak kecik 3 tingkat macam bekas bawang tu tapi nasiblah kehabisan stok! Lega mak ! Kalau tidak melayang duit! Hihi....



Friday, 15 April 2016

Shawl Mak Lang Nora Karim

Salam Jumaat.....

Jenuhlah mencari ilham nak buat entri pepagi ni weyh.....
Tetiba FB messenger masuk.... Datangnya daripada Nora Karim. Ye, Nora Karim empunya blog Dialog Uda. Biasalah kan, sejak berblog ni, kawan blog jadi kawan FB haha..... Nasiblah tak aktif berinsta kalau tidak kawan blog jadi kawan Insta jugak gamaknya hihi..... Haih! Kilauan bukan sebarang kilaun hokey!!! Hahaha......

Apa ni Nora Karim ? Apa kes ni? Nape lak mak kena pilih pilih shawl pulak ni? Dia kata sempena bezday mak! Alahai terharunyaaaaaa, bila Allah kurniakan mak sahabat alamaya yang baik macam awak, Nora Karim.... Padahal dia pun baru bezday jugak, semalam! Eh? Kena tukar tukar hadiah ke hape ni?

Mak memang dah lama mengikuti blog Dialog Uda ni. Dari dia menetap di Melaka hinggalah dia berpindah ke KL. Kagum dengan penulisannya yang penuh mesej, walaupun berkisar pasal 2 orang putera puterinya yang comel, Faris dan Alisya. Gaya penulisannya juga sangat sopan santun seiring dengan raut wajahnya yang sangat keibuan gitu. 

Ko hado mak? Haha......Memang  nan hado!..... Mak merapu yor lobih! Kikiki.... Ha gitu..... bila Jaws cakap Nesilan.

Berbalik kisah shawl tadi, dia cakap lagi, sebab mak suka menyakat dia kat FBlah, dia teringat ingat mak sampai nak bagi shawl . Ohhhh..... Nora Karim I lap U lah.....Tak sia sia menyakat orang boleh dapat shawl rupanya hihi...

Tapi serious weyh....... kalau kat KL ni, shawl 3 helai, Rm24 henggit memang murah sesangatlah......
Oklah korang, nantikan ajelah kemunculan mak bershawl Mak Lang yek hihi....


Thursday, 14 April 2016

Blood Pressure Monitor

Salam Khamis.....

Masa balik kampung hari tu perut memasing dah lapar sangat, so Pak Jilapah ajaklah makan kat Mydin Melaka. Mana tak laparnya, memang time makan masa tu. Serious weyh !! Memang tak mampu dah nak tahan perut sampai Muar, confirm boleh pengsan kat Sungai Rambai kalau tak stop kat Mydin hari tu kikiki...... Alasan sangatkan!!! 

Mak lompat bintanglah apa lagi!! Sebenarnya best jugak singgah kat sini, sebab boleh cuci mata tengok tudung hihi...

Kebetulan masa Pak Jilapah pusing pusing kat situ, ada satu farmasi ni tengah buat offer Blood Pressure Monitor brand Rossmax. Kalau ikutkan memang dah ada satu benda ni kat rumah, tapi macam dah rosak jer, yelah, sebab bila check bacaan bp Pak Jilapah memanjang rendah, tapi kalau check kat klinik, bacaan bp dia boarder pulak. Ini sudah kes tipu! Haha..... 

Tu yang cari lain tu!


Dah...... jangan ngengada nak tanya, berapa bacaan bp mak! Mak nak cari peria katak sekarang ni nak buat ulam! Hoho...... Jom Kak Ton kita makan peria katak sama sama! Huh....lega mak weyh, dah ada kawan pening sekarang! hihi....

Masalahnya, mak ni jenis pengecut nak check check doktor, tambah lagi memang ada sejarah Dare Tinggi masa mengandung dulu. Trauma pulak rasanya. Lagi trauma kalau Pak Jilap ada sekali huhu.... 

Kalau boleh, tak maulah Pak Jilap tau yang kita ni sakit huhu..... Cukuplah dia mengadap diri dia dan mak bapak dia yang dah sedia sakit tu..... Sian laki ai hokey!


Dapat free satu termometer jugak. Meh sini .....sapa nak check demam??? Mak tolong checkkan..... Bukak mulut sekarang! Hihi....

Wednesday, 13 April 2016

Bakal mengundang pilu....

Salam Rabu......


Hari ini, 
ianya mungkin tak akan memberi makna.....

Tapi, satu hari nanti,
 percayalah ia bakal mengundang pilu..... ke lompat bintang? Huh....

Apa tah lagi,
 kalau orang yang menulisnya telah tiada huhu..... mak pulak yang sedih!

Tak payahlah baca tang umur tu banyak kali! Sekali cukup! hihi.....


Tuesday, 12 April 2016

Mana Telurnya

Salam Selasa.....

Bertabahlah dengan cerita kampung mak yang belum habis ni ek.....

Selalunya mak kalau sampai kampung petang tu, malam tu memang jarang masak. Sebab utamanya dah tentulah malas haha...... Hish !! Penat tau duduk dalam kereta 2 jam setengah tu hihi....
So jalan paling mudah, makan kedai ajelah.... Yang penting kena cari kedai yang dekat dengan rumah. Sebab kalau jauh, bonda akan bising! Sebab dia kena tinggal sorang sorang. Dahlah balik sesekali, asyik keluar jer! Ha....dia punya statement! Nak diajak sekali, memang dia tak naklah, selain daripada bertongkat empat, payah nak turun naik, memang pantang dia makan kedai. Orang dulu dulu, biasalah...... kan jimat.... 

Kedai yang selalu mak pergi, dah tentulah Nora Cafe..... Kalau ikutkan, banyak jer gerai gerai tomyam tepi jalan lebih dekat dengan rumah, tapi malaslah asyik hadap Tom Yammmm jer! Kat KL dah tentulah Tom Yam, tak kanlah balik Muo pun nak Tom Yam jugak.

Namanya pun tekak orang Muo kan, sesekali balik kampung wajiblah dia mintak Mee Bandung hihi....Budak budak ambik western, Pak Jilap mengalah malam tu, ambik paling murah,  Puding Sagu hihi.... Gasaklah...... mohon bagi laluan kat mak, mak lapo malam tu, mak nak makan Mee Bandung. 

Mee Bandung Muar
Sampai atas meja terus mak selak Mee Bandung ni ke kanan ke kiri. Mana telurnya???? Tak jumpa pun! Silaplah kan..... hidang Mee Bandung kat orang Muo tak de telur! Lainlah hidang kat Puan Kutu ka, kat Makcik Senyum ka, depa tak biasa. Hidang kosong pun dia balun.....Eh! Ya ka? hihi....

Lupa katanya..... Ceh!!! Terbantut selera makcik tau! Kasi taruk sekarang jugak! Gituu..... berani nak derhaka dengan makcik kilauan?hahaha....

Berapa lama dah meniaga ni?? Haih..... bukan ke Telur pecah sebiji tu wajib ada dalam Mee Bandung Muo!!! Makcik bukan marah ni tau, nasihattttttt.....

Monday, 11 April 2016

Mee Siam kosong turun temurun

Salam Isnin korang.....

Semalam balik kampung.  Macam biasalah kalau balik kampung, tugas subuh hari mak mestilah buat sarapan bonda. Melayan tekak Bonda ni senang aje, apa pun boleh, cuma jangan pedas jelah, perut dia tak tahan. Paling dia suka kentang goreng.Tapi jangan..... bila time jemu dia sampai, memilih jugak tu hihi....

Semalam dia teringin mee siam! Johoriankan panggil meehoon, mee siam......  Tak caya cuba tanya Dana ke, Lieya Latiff ke, Kak Yon ke, tak pun tanya Kak Ton...... Confirmed jawapan dia mesti 'ye'..... kalau jawapan diaorang 'tidak' maksudnya diaorang saja nak sabotaj maklah tu!...... 

Mee siam kosong turun temurun. Rencah dia selain bawang putih dan bawang merah cuma belacan, ikan bilis dan kicap jer. Tak de seekor binatang pun dalam tu haha.... Dah katanya pepagi subuh kan.... mana mak nak cekau!

Tapi mee siam cenggini pun dah cukup istimewa buat bonda! 

Kerja si Angry Bird..... pakaikan bonda tudung dua muka hihi..... 

Friday, 8 April 2016

Jari Manis

Salam Jumaat....

Untung tak mak? Walaupun jasad sado mak tak pernah sampai ke Nami Island tapi mak dah boleh bayangkan suasana musim salju kat sana! Tengok FM ni pun mak dah rasa sejuk menggigil hokey!!! Belum lagi ke sana! Hihi......

Nampak tak betapa kuatnya aura FM dari Jari Manis ni. Yelah......nama pun Jari Manis kan. jari anak dara gitu, surelah sweet sweet! Lainlah jari mak ni, jari kilauan mau Jari Jempol jadiknya hahaha....... Tak faham cari kamus Jaws! 


Kagum dengan keberanian si genit Jari Manis ni bila dia travel sorang sorang! Bayangkan sorang sorang kat negara orang! Hish...... mak kalau tercampak kat KLCC tu belum tentu dapat balik tau! haha..... Harap Kak Ton tolong selamatkan mak ajelah, itupun kalau sawan dia baik! 


Terima kasih Jari Manis, kerana jari jemari manismu begitu berharga buatku! 

Thursday, 7 April 2016

Bakal wakil Malaysia

Salam Khamis .....

Dah Kak Ton kata mak celebrate bezday 365 hari kan! Ambik peluanglah apa lagi hihi.....Meh mak nak tunjuk satu lagi hadiah dari Pak Jilapah. Hadiah ni sebenarnya lagi special daripada yang tu tau. Tapi biasalah manusia kan...... memandang duniawi sesaja, maklah tu hihi.... Tak denya dapat Pandora ke hape haih! Itu Lieya Latiff !!! Huh..... nampaknya  sampai habis musim pun, tak merasa Pandoralah mak ni haha.....

Tahun ni tak de kad, ucapan tulis atas wrapping paper jer! Jimat! Hihi....


Al Quran baru! Lengkap dengan panduan hukum hukum tajwid, panjang pendik dan sebutan makhraj sekali hokay! Brilliant haaa......kumpul pahala sorang sorang!

 Tahun depan mak boleh wakil Malaysia nampaknya ni hihi.... 

Untuk dengung, panjang pendik bacaan, qolqolah, waqaf, boleh tengok pada perbezakan warna pada tulisan tu. 

Sekarang ni mak bertaranum pakai Al Quran ni je. ( Ceh! bertaranum konon...... macam terer hahaha..... Taranum mengikut kamus maklah weyh, maksudnya baca qur'an macam biasa tu. Baca biasa biasa pun kelam kelibut, ada hati nak bertaranum konon hihi.....Lainlah Kanda Zakie kan, johan menunggu negeri Johor katanya hihi...... Qur'an ni mak beli dengan office mate masa kerja dulu. Sampai sudah belum khatam khatam weyh. Nampak sangatlah rajin baca Qur'an. Malu ngan Nabil. malu ngan Azhan! huhu.....




Wednesday, 6 April 2016

Tiada yang sempurna....

Salam Rabu ......

Rupanya bukan hanya dalam setandan pisang aje ada satu yang busuk, tapi dalam sepeket pau pun ada gak yang tak menjadi cenggini....Gitulah, tiada yang sempurna!

Kalau mak yang buat sendiri, harus semua bantat agaknya hihi....


Kita salahkan ajelah Mesin Penguli kilang tu, habis cerita! haha.....


Tuesday, 5 April 2016

1 Million Kiss

Salam Selasa.....

Bertabahlah ye korang dengan bezday gegurl. Maklumlah dah kilauan, aura bezday dia memang lain macam sungguh le....... terasa sepanjang bulan April ni macam 3 Aprillah pulak weyh hehe....

Sesuatu yang special, di hari yang special, daripada orang yang special haruslah kena tempek kat sini supaya terus menjadi sesuatu yang indah untuk di kenang sampai bila bila. 

Terima kasih Tuan Anas Jilapah sebab tukar Ferari jadi Lamborghini baru! Nah orang bagi 1 millon kiss untuk abang ekekeke...... Impian dalam hati mak jadi kenyataan jugak akhirnya weyh! Berkat kesabaran bertahun tahun haha..... Sebenarnya Ferari lama mak tu memang dah teruk sangat. Dah uzur! Sama jer kilauan macam tuannya hihi.... Aircond pun banyak angin daripada sejuk, memang macam bersaunalah mak anak beranak tiap tiap hari ke sekolah tu. Alhamdulilah...... sekarang tidak lagi!!! (macam iklanlah pulak! ) Memang full blastlah mak kasi pusing hihi.....

Cantik tak???  Sambil goyang dua dua kening ! Hihi....


Mak Norazimah !!! Ko memang boleh jadi dukun kan! Hihi.....

Balik daripada rumah PIL hari tu, rehat sekejap, mandi mandi terus celebrate bezday gegurl kilauan katanya. Tak delah celebrate pun, makan makan biasa jer. Jarang sangat masuk Manhattan ni. 

Pak Jilap bawak kek malam tadi, balik dari kerja. Dahlah bukan kek faveret mak! Kek faveret dia, American Brownies. Ceh!Cakap jerlah dia yang teringin nak makan kek hihi.....


Nasiblah mak dah makan Cheese kek petang semalam, kawan mak belanja. Terima kasih Sheriza Nazir 

Monday, 4 April 2016

Inilah hadiah diHari Jadiku

Salam Isnin yang bizi.......

Baru balik dari Tesco ni, soping ikan. Dah jadi padang jarak padang terkukur esbok mak tu tau. Adalah ayam segera A1 sebungkus. Naik jemulah pulak nak menggorengnya. Semalam tak sempat nak menyoping, maklumlah, semalamkan mak jadi bezday gegurl,  haruslah memanjakan diri sepanjang hari katanya hihi.....

Nak di jadikan cerita, pagi Sabtu iaitu sehari sebelum menjelangnya bezday mak, mami telefon Pak Jilap bagi tahu yang abah mertua mak demam. Dalam hati mak, huh sudah! Nampaknya musnahlah harapan mak nak celebrate bezday mak besar besaran kalau cenggini punya gaya ( tak de maknanya besar besaran, propa jer lebih ni hihi....)

Abah tak boleh nak bangun. Kalau dah abah yang demam memang tak de sapalah yang nak diharap mengurus mami. Nak memandikan, nak menyuapkan. Mami mak kan Parkinson, so memang tak mampu nak uruskan diri sendiri.

Jadinya, sebagai menantu hantu yang ada sikitlah saki baki solehah katanya, dengan rela paksa terpaksalah menurut perintah suami soleh menguruskan syurganya.

Bukan mudah mempunyai ibu bapa atau mertua yang sakit yang memerlukan kita sebagai anak menguruskannya. Yang sesekali pun berat apa tah lagi kalau selalu. Allahu akbar..... itulah dugaan yang Allah beri kepada kita sebagai anak dan menantu sebenarnya....

Bergenang juga air mata mak ni, ketika memandikan mami, melihat tubuh uzurnya, yang ada ketikanya bergoyang tanpa henti, rasa bersalah pada diri sendiri pun ada jugak.... maafkan saya mak, saya tak mampu untuk duduk sebumbung dan mengurus mak sepenuh masa....

Terasa derhaka sangat diriku ini huhu..... 

Inilah hadiah dihari jadiku. Gigi bondaku sendiri pun tak pernah ku gosokkan sebegini. Moga benda yang sekecil ini mampu meraih rahmatmu nanti Ya Allah huhu.....

Friday, 1 April 2016

Sawan Hujung Minggu

Salam Jumaat....

Hari ni Tuan Tanah mengalami sawan mabuk aka sawan hujung minggu.....

Penawarnya kena makan rebus rebus, tak boleh makan goreng goreng. Kalau makan goreng goreng jugak, nescaya boleh bawak kepada muntah dan pening kepala. Tambah kronik lagi kalau kena masak sendiri haha....



Syukur masih dapat merasai nikmat makan.
Selamat berhujung minggu korang....